Elly Mazlein Janji Tidak Akan Sorokkan Kekasih Jika Bercinta Lagi

Hiburan

Elly Mazlein Janji Tidak Akan Sorokkan Kekasih Jika Bercinta Lagi

Sudah setahun penyanyi Elly Mazlein hidup sendirian membesarkan seorang anak perempuan yang masih kecil. Selepas bekas suaminya, Azmi Hatta bernikah dengan Faye Kusairi, Elly mula dihimpit dengan persoalan, bila pula beliau akan melupakan kisah lalu dan kembali bercinta.

Advertisement

Menerusi portal BH ONLINE, Elly akui, sejak bercerai ramai lelaki yang mendekati diirnya dan menyatakan hasrat untuk menjadi peneman hidup Elly, namun bukan mudah untuk mereka membuka pintu hati Elly. Penyanyi itu mahu melihat sejauh mana kesungguhan mereka untuk memenangi cintanya.

Saya anggap semua yang hadir itu hanya sebagai kawan. Jika benar ingin serius, mereka perlu berusaha dan bersabar menanti hingga pintu hati saya kembali terbuka untuk bercinta. Terpulang kepada kebijaksanaan mereka bagaimana mahu memenangi hati saya. Orang cakap, kalau hendak seribu daya, jika tidak mahu seribu dalih.

Sekiranya beliau ditakdirkan untuk bercinta dan mendirikan rumah tangga lagi, Elly berjanji beliau pasti tidak akan merahsiakan berita gembira tersebut daripada peminatnya.

Jika ditakdirkan saya bercinta atau ingin mendirikan rumah tangga satu hari nanti, saya berjanji tidak akan menyembunyikannya daripada pengetahuan umum. Majlis itu nanti akan dibuat secara terbuka. Untuk apa saya menipu mereka yang selama ini banyak membantu dan menyokong kerjaya seni?

Elly tidak pernah menetapkan ciri-ciri jejaka idamannya meskipun pernah gagal dalam perhubungan sebelum ini. Walaubagaimanapun, Elly kalau boleh enggan bercinta terlalu lama.

Sumber Berita : BH ONLINE 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...