Written by Bella | June 13th, 2016

Sebelum ini, Elly Mazlein enggan mendedahkan butiran mengenai perceraian beliau dengan bekas suaminya Azmi Hatta.

Namun, setiap hari Elly dihimpit dengan pelbagai gosip yang membuatkan ada pihak yang menyangka Elly adalah penyebab utama rumah tangganya runtuh. Baru-baru ini, tersebar fitnah dimana kononnya Elly diceraikan kerana curang bersama lelaki lain.

Berikut penjelasan Elly mengenai fitnah yang sudah tersebar itu :-

Saya mengelakkan publisiti yang tidak mendatangkan manfaat kerana mahu menjaga aib diri dan bekas suami. Bagaimanapun semakin saya berdiam diri, semakin banyak cerita yang tidak betul sampai ke telinga saya. Lebih-lebih lagi selepas saya membuat kemunculan semula dalam industri hiburan.

Baru-baru ini saya dapat tahu tersebar fitnah yang kononnya bekas suami menceraikan saya kerana dia ‘tangkap’ saya dengan lelaki lain sewaktu saya menjalani penggambaran untuk sebuah drama di Pulau Langkawi.

Teringin juga saya nak tahu siapakah lelaki yang ditangkap bersama-sama saya itu? Sedangkan ketika itu, bekas suami datang membuat kejutan di hotel penginapan ketika saya sedang menjalani penggambaran selama sebulan di pulau berkenaan.

Elly mengakui beliau yang ingin bercerai kerana tahu rumah tangga mereka tidak mampu untuk diselamatkan lagi. Mereka juga sering bertengkar.

Malah, Elly mendedahkan selepas bercerai Azmi langsung tidak bertanyakan khabar beliau dan anak didalam kandungan sedangkan Azmi berjanji untuk menjaga beliau sehingga habis tempoh berpantang.

Azmi juga bertindak untuk meninggalkan Elly bersendirian dan anaknya yang baru sahaja lahir yang pada waktu itu terkena demam kuning.

Sepanjang perceraian saya, bekas suami langsung tidak bertanya khabar sehinggalah Sefhia lahir. Saya yang sedang sarat mengandung memandu sendirian ke hospital pada hari pemeriksaan kandungan.

Saya dimasukkan ke bilik bersalin pada 1 tengah hari sebelum melahirkan anak pada 6.35 petang. Saya ditempatkan ke wad dalam pukul 8 malam. Kira-kira pukul 10 malam, bekas suami sudah sibuk mahu pulang. Sedangkan sebelum itu, dia sudah berjanji untuk menjaga saya hingga selepas habis berpantang.

Saya merayu kepadanya untuk tidak meninggalkan saya (ketika itu) tetapi tidak dilayan. Lebih-lebih lagi selepas Sefhia terkena demam kuning.

Walaubagaimanapun, Elly sedikit pun tidak menyimpan rasa dendam ataupun marah tetapi beliau agak terkilan dengan perubahan sikap Azmi ketika itu.

Elly pada masa yang sama memberitahu beliau sudah halalkan wang hantaran bernilai RM 11,111,11 yang sehingga kini tidak diserahkan oleh Azmi kepada beliau.

Saya tak marah. Itu adalah perkara yang harus saya telan. Cuma saya tidak sangka dia boleh jadi (bertukar sikap) macam itu. Selama ini saya tidak pernah berkira. Tak sangka saya dibalas sebegitu rupa.  Kalau saya berkira, saya akan ungkit tentang wang hantaran (berjumlah RM11,111,11) yang belum lagi saya dapat sampai ke hari ini. Tak apa saya halalkan semua itu.

Elly harap tiada lagi pihak yang memburukkan beliau dan bercerita tentang perkara tidak benar mengenai penceraiannya. Buat masa ini beliau tidak akan mengambil tindakan undang-undang tetapi akan melakukan perkara itu jika ia sudah melampaui batas.

Sumber Berita : Utusan Online

44 responses to Elly Mazlein Dedah Punca Bercerai : Nafi Dakwaan Beliau Kononnya Curang Pada Bekas Suami

  1. Anony says:

    Kesiannya elly..

    0

    0
    • minah jambu says:

      elehhh tkan lah elly nk buat perkara yg mengarot macm tu huh ! kalau dia nk curang dh lama dia curang sebelon dia kawin lagi huh ! ini semua fitnah mulot orang aje atau mulot bekas laki dia aje al maklom lah kalau dh tk suka dh ada betina lain macm2 la dia cakap !

      0

      0
  2. Sapa betul sapa salah ni??

    0

    0
  3. Anonymous says:

    ayat awak macm tergantunglah elly..suami buat kejutan dtg ke bilik hotel awak..pas tu apa? skg awak yg terkejut ke dia yg terkejut nampak awak dgn lelaki lain? kalau boleh ayat tu bak kata p.ramlee..”biar terang”..jgn marah ya..sekadar bertanya.

    0

    1
    • minah jambu say no to DRUG says:

      laki dia jumpa dia kt bilek hotel ngan jantan sape jantan tu ????? kalau betol kenape tk laki elly tk pangil jantan tu n bersemuka ngan jantan tu ???? sengaja kan nk cari salah elly pasal laki elly dh ada betina lain !!

      0

      0
  4. aku tulis ape aku rasa jer says:

    Kalau ikutkan diaorg dah berceraikan masa sephia dilahirkan? Kiranya bukan muhrim dah kan? Np kawin gak kalau dah nampak awal2 lg tau x bertanggungjawab aka duit kawin pun nak hutang bini ke?…tu ciri2 awal laki tu xleh harap yer adik2 sekalian . Blm kawin dah pandai pinjam2 pas kawin lg la. This ppl will taken granted cakap omputih. Mana yg baik jd tauladan mana yg xbaik cepat2 la jauhkan. Jg bila berkawan cinta cintun tu cepat2 mintala tuhan beri petunjuk. Lu lawa elly n deserve better. Kipidap elly!?

    0

    0
  5. aku tulis ape aku rasa jer says:

    Kalau ikutkan diaorg dah berceraikan masa sephia dilahirkan? Kiranya bukan muhrim dah kan? Np kawin gak kalau dah nampak awal2 lg tau x bertanggungjawab aka duit kawin pun nak hutang bini ke?…tu ciri2 awal laki tu xleh harap yer adik2 sekalian . Blm kawin dah pandai pinjam2 pas kawin lg la. This ppl will taken granted cakap omputih. Mana yg baik jd tauladan mana yg xbaik cepat2 la jauhkan. Jg bila berkawan cinta cintun tu cepat2 mintala tuhan beri petunjuk. Lu lawa elly n deserve better. Kipidap elly!?

    0

    0
  6. Dah la tak guna, sengkek plk tu! says:

    Aiyoo.. Bhutang wang hantaran? Apa punya jantan la.. Kesian Elly! Hrp Elly tabah mengharungi kehidupan..

    0

    0
  7. Mummy77 says:

    Sabarlah elly, ada hikmah disebalik setiap kejadian…kalau dah wang hantaran pun x ambil peduli biarkanlah dia.. ramai lagi lelaki yang bertanggungjawab ingin mengisi hati elly..doakan yang terbaik untuk elly dan baby. aminn

    0

    0
  8. Anonymous says:

    herannnn wang hantaran pun boleh bagi kemudian dan hutang kah ? betul betul tak bagus…

    0

    0
  9. Febriany yg Suka Kena Jilat says:

    sebelum ni elly ckp laki dia betanggungjawap.. ce tgk IG dia ada pic laki dia teman check up last day sblum deliver baby.. pic tangan si anak hatta ni pegang perot elly lagi..dah tu ada pic elly up yg laki dia dukong anak dia lepas dia deliver baby.. ne dah mcm lain plak stetmen.. aiyooo..mula2 aku ksian kat elly sbb kena cerai msa tgh mengandung skrg ne stetmen dh mcm lain plak.. ntahlaa tak tau spe yg salah n sape yg btoi.. smoga tuhan tutup aib kedua2 belah pihak.. aMin yarabal alaminn..

    0

    0
    • kutu says:

      tula pasal..mase baru2 besalin stalk gak ig dia..
      ada nampak si ex teman g check up..then katenye si ex juga ada sama mase proses bersalin..dah bersalin pon ex teman lagi dalam wad..
      ntah la..husnuzon je lah.

      kalau kene fitnah, nafikan fitnah dah la..tak yah citer lebih2..
      kate tak nak bukak aib ex..ni dah kira aibkan ex la ni..siap citer ex hutang duit hantaran lagi..kalau gini jawabnya mmg jd mcm telenovela lah..berpanjangan.

      0

      0
  10. anti says:

    jantan…dah dapat, dah sedap pastu x tau hargai….

    0

    0
  11. suci says:

    kate pengarah..hantaran pung hutang..??..10x baik kje kilang la kalo camtu..

    0

    0
  12. markonah says:

    tu la dulu hatta ni masih berbini ko sibuk merenyam.. kan dah mendapat.

    0

    0
  13. Anonymous says:

    dah anom kat atas tadi kata ayat dia tergantung ramai dislike komen anom tu..skg korang pikir mesti ada yg tak kena dgn elly ni..bukan apa..kejap crita bekas suami bertanggungjawab..tunjuk gambar lagi..pas tu bila dah dengar difitnah semua keburukan bekas suami terkeluar..macm desperate nak defend diri tu..dia kata suami surprise dia kat hotel..pas tu tertanya jugak pas tu apa..stop situ aje..memang surprise tapi sapa yg tersurprise…

    0

    0
  14. Anonymous says:

    11,111,11 tu 11juta ke 11 ribu..titik xde, koma je lbh

    0

    0
  15. melati says:

    Elok sgt lew ko bercerai dgn lelaki ni….muka laki ni pun jenis muka ayat pompuan jer..!!! seriously saya cakap memang tak padan ko dgn bekas suami ko Elly…ko cantik Elly & muka Laki ko mcm Getah Pemadam..!!! bayang kan lah cam ner dia Ayat ko pasal Wang Hantaran RM11,111.11.. sampai tak bayar kt ko.. saya tgk muka laki ni pun macam Indon dtg Malaysia cari Keje., pasal muka ketat (muka kedekut terlampau)…ni jenis lelaki yg duit org dia nk duit sendiri kedekut…!!! pasni saya jamin Elly byk menanti ko……!!!

    0

    0
  16. Hamba Allah says:

    Ermm..musykil gak..suami dtg buat kejutan sempena hari jadi maksudnya msh ada loving2 gitu tp Elly minta bercerai sbb perkahwinan tak dapat diselamatkan lagi dan asyik bergaduh. Pening sekejap baca. Mengenai duit hantaran tu biasalah, kadang2 artis ni nk tunjuk nombor je, janji kuar suratkhabar, kdg2 duitnya belum tentu ada.

    0

    0
  17. Anonymous says:

    Klu Dia nak curang xdenya dr awal dia nak pilih muka ko yg mcm rumah x siap tu dia blh dpt lg hensem n kaya,ko yg ada affair dgn si faye tu sibuk nk tuduh org..jantan x guna betui..

    0

    0
  18. Anonymous says:

    ehhhhhh…mane satu cite y btl2 ni…dlu masa bru brsalin aku baca kat BN ni bekas laki dia ad tmnkn elly..bekas laki dia carring la..tu elly y ckp..laaaaaa…ni cite dh lain dh..dh kna tiup angin pus2 ke?
    ni cite btl tau…dlu elly ni kna sakit buatan org…pas tu ad hmba allah ni laki org tolong elly berubt..bila dh smbuh si elly ni ajak laki org tu kawin…nsb baik laki org tu teguh pendirian n x cair…gatal gupanya elly ni sanggup nk caras laki org..laki org tu sndri y cite kat bini dia y elly syok kat dia n nk ajak kawin…memula aku x sangka bla kwn baik aku tu cite sb nmpk elly ni lembut je…smpi bini org tu bersumpah n ckp semuanya adlh btl…hmmmmmmmm

    0

    0
  19. Anonymous says:

    xtau sapa betul sapa salah..tapi kalu elly betul gud job elly..bila buat kes hak penjagaan anak pun bila ditanya senang je jawapan elly bagi ‘sebagai langkah berjaga2’ langsung xde nak bagi peluang wartawan burukkan sapa2

    0

    0
  20. Pandan Kaya says:

    Tak logic la Elly nak curang, kan Elly masa pregnant kene cerai. Kalau nak curang takdanya Elly nak pregnant. Nampak sangat ada orang buat fitnah. Elly sabar ya

    0

    0
  21. Anonymous says:

    Hurm, memula cakap ex-suami sangat bertanggungjawab, jaga dia dalam pantang dengan baik, tak pernah lepas tangan. Alih-alih kantoi. Tu la, dia dah elok elok jaga aib kau tak nak appreciate.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Betul tu… rasanya mcm tu… dia xnak je cerita yang suami dia teman dia kejap je masa lepas bersalin tu… nak tunjuk suami dia baik di mata orang lain.. tapi alik2 dia yang kena pulak… lagi 1, check bersalin ni bukan sekali je.. byk kali.. so kalau dlm IG dia tunjuk suami dia teman, tah2 sekali tu je dia teman elly pergi check up… kesian… diam2 utk jaga aib, tapi org buat dia…tak kan nak diam lagi…

      0

      0
  22. #eh#entah#lah# says:

    laki ni dh ada bini kot.

    0

    0
  23. damai says:

    dia ckp kerana nak jg aib suami time tu, mungkin dia dtg jap lepas azankan terus balik and terus tak timbul2. tengok cerita lambaian ramadhan, si isteri seboleh depan anak tak nak nampak suami salah tapi bapak nya yg buat hal anak2 tahu sendiri, dan mungkin lelaki dia dah mmg ada prmp lain dulu so ternampak silap elly padahal elly x buat apa2 terus menerus salahkan elly, or mungkin ckp tinggal dgn elly rasa panas lah apa.

    0

    0
  24. Sabri Ali @ Nick says:

    Sabar la akak Elly.. Keep it up akak Elly..

    0

    0
  25. ikan says:

    Aku pun baru kawin ni bulan lepas. Memang asek bergaduhhhh je memanjang. Kadang2 je ok. Takde langsung rasa happy kawin. Sakit jiwa lagi ada. Brape lama la nak bergaduhnye baru nak ok aku pun taktau. Tapi aku set limit 2 tahun je. Kalau cenggini je jugak smpai 2 tahun. Dahla, baik aku dok sorang. Hati tak sakit, dosa x dapat.

    0

    0
    • Anonymous says:

      aku dah dapat sedikit gambaran apa yg terjadi dari witness di atas komen ni..mungkin ini salah elly..berkwn dgn laki orang sampai lupakan suami sendiri..suami mana yg tak marah..sampai tinggalkan isteri sdg mengandung..bila segala terklur dari bekas suami..elly mula menggelapah cari salah bekas suami dari a to z…nampk tak permainannya elly di situ

      0

      0
    • ayam says:

      ikan.. sabarlah.. saya baru 6tahun kahwin.. 4tahun pertama cabaran dia hanya Allah yang tahu..dah masuk tahun kelima baru rasa aman tenteram sikit.. tahun keenam ekonomi keluarga pun semakin baik.. 4tahun pertama tu, xada hari yang baik. asyik gaduh masam muka..rasa nak give up rasa macam2.. tapi sabar byk2.. ini ujian Allah pada kita. dekatkan diri dengan Allah pohon segalanya dari Allah. ingatlah.. cerai tu sesuatu yang halal tapi paling dibenci oleh Allah

      0

      0
      • UDANG says:

        same laa kite ikan..dh nk msuk taun ke 6 ni pn blh la dikatakan aman damai..
        sblm ni Allah je la tempat mengadu..sbb tu la org klu doakan pengantin msti cakap “kene banyak sabar”.

        0

        0
  26. Mia says:

    Elly pon kene la jujur. Dulu dia pernah berkahwin dengan datuk roslan jadi isteri kedua…sampai ke sudah tak mengaku…huhu

    0

    0
  27. bodopiang says:

    skg dok jual cerita aib pulak ..
    hahhahhahahhaa..
    jual simpati

    0

    0
  28. Rickyman says:

    Sbar la to ujian dari se tiap hmba2 nya

    0

    0
  29. Anonymous says:

    Sabar kak elly….

    0

    0
  30. Miss z says:

    Astagfirullahalaziim…Biarlh drg nikn hal rumah tangga drg..Kita doakn yg baik2 jew utk elly,anak dan ex dia…Semuanya ada hikmah jg..Klu kita na salahkan drg x guna jg sbb kita tak tahu hujung pangkal cerita drg ni…Semua manusia d dunia x de yg sempurna.Semua pernah melakukan kesalahan

    0

    0
  31. Miss z says:

    Astagfirullahalaziim…Biarlh drg nikn hal rumah tangga drg..Kita doakn yg baik2 jew utk elly,anak dan ex dia…Semuanya ada hikmah jg..Klu kita na salahkan drg x guna jg sbb kita tak tahu hujung pangkal cerita drg ni…Semua manusia d dunia x de yg sempurna.Semua pernah melakukan kesalahan….Semoga Allah melindungi umat yg x bersalah.Amin

    0

    0
  32. Kyungsoo says:

    Syg, jgn sedih atas penceraian syg, abg akan selalu ade menyokong syg dan sefhia

    0

    0