Written by Bella | October 13th, 2016

Lama memendam rasa dan “makan hati” dengan segala kemelut bersama bekas suaminya, penyanyi Elly Mazlein semalam telah berjaya menuntut nafkah anaknya, Putri Sara Sefhia  yang kini dalam jagaannya sebanyak rm 1,500 sebulan berkuatkuasa serta merta.

Perintah itu dikeluarkan oleh hakim syarie, Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Che Abdullah Che Hassan selepas mendengar kes terbabit pada pagi Rabu.

Che Abdullah turut meluluskan permohonan Elly untuk Azmi menyerahkan wang berkenaan melalui pihak mahkamah pada setiap bulan sebelum diserahkan kepada  beliau untuk memastikan bekas suaminya itu tidak gagal menjalankan perintah mahkamah bagi pembayaran nafkah anak mereka itu.

Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kepada Allah kerana hari ini segalanya telah pun selesai dan paling penting ialah hak anak saya.

Tiada apa lebih menggembirakan saya apabila mahkamah meluluskan permohonan saya dan tak apalah saya tidak dapat sebarang hak sepanjang bergelar isteri kerana paling penting kebajikan dan hak anak saya terbela.

Menurut Elly, jumlah nafkah yang beliau pinta itu tidaklah banyak mana dan bertimbang rasa kerana memahami Azmi masih lagi menanggung dua lagi cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

Saya tiada bantahan selain bersyukur dengan keputusan mahkamah kerana itu adalah rezeki anak saya. Saya juga faham dengan situasi bekas suami yang mempunyai dua lagi anak yang perlu ditanggung dan tidak mahu membebankan dia dengan tuntutan terlalu tinggi.

Pada masa yang sama, Elly memberitahu beliau tidak mahu lagi mengenangkan segala derita dan “drama” yang berlaku antara beliau, Azmi dan Faye Kusairi.

Insya-Allah saya sudah boleh tidur lena selepas ini dan enggan lagi melayan apa sahaja melibatkan Azmi dan Faye Kusairi selepas ini.

Peminat saya pun marah apabila laman sosial saya penuh mengenai mereka dan meminta saya agar lupakan sahaja kisah lama itu dan fokus kepada anak dan karier.

Baguslah kalau tuntutan berkenaan dipersetujui oleh kedua-dua pihak, jadi perkara pun tidak perlu dipanjangkan lagi. Kami harap Elly Mazlein juga kekal tabah dalam apa jua dugaan selepas ini dan boleh hidup tenang bersama anaknya.

Sumber Berita : mStar Online

28 responses to Elly Mazlein Berjaya Tuntut Nafkah Anak RM1,500 Sebulan

  1. stephanie says:

    Tahniah Elly…

    28

    0
    • Anonymous says:

      Ko tuntut byk lagi sis…buat mcm Rita Rudaini tu. Baru puas hati.

      11

      0
    • kak nam says:

      Faye Kusairi- Air paip.
      Elly Mazlein- Evian mineral water.

      25

      0
    • peah loren says:

      Jantan x ada duit ni bagi jer kat faye …….nak bayar nafkah anak 3 orang pun macam x ada duit, wang hantaran pun hutang…… buat apa susahkan hati pasal jantan nie ??????? Kepada faye selamat menjilat sepuas2nya ……. nanti x cukup duit jangan bergaduh pulak dengan jantan yg you cinta sangat tu …. hehehe

      4

      0
  2. Anonymous says:

    alhamdulillah. insyaAllah life will be much better lepas ni. live life to the fullest girl. u have the cutest baby on earth. ada hikmah semua benda berlaku. maybe Allah sayangkan elly and baby sefhia. lots of love.

    28

    2
  3. Yekeni says:

    Nak puji pun agak2lah. Cutest baby on earth? Cute, can lah. All babies are cute.. cutest?….. on earth somemore?

    Muka iras2 anak lana nordin eh?

    2

    0
  4. anon says:

    tahniah elly
    kerana tidak terlalu meminta2 macam ada artis tu ..
    tak habis2 nak menuntut itu dan ini ..
    teruskan hidup dan berjuang demi masa depan anak mu …

    2

    37
    • Mumia says:

      Alhamdulillah dptkan hak ank. Tk salah kalau “artis lain” yg berkaitan memohon agar hak2 yg lain dipertimbangkan. Itu bukan meminta minta lah. Makhamah yg akan menentukan sah atau tidak sesuatu permohonan atas dasar hak. Org2 perempuan ambil berat pertahankan hak2 anda .

      48

      0
    • Anonymous says:

      meminta yg sememangnya kita x salah hoke.. harap maklum!

      5

      0
    • mak c kina says:

      dia meminta utk anak la tu..2org kot..ank dah skolah pulak tu..mcm2 nk sediakan

      1

      0
  5. ae says:

    good job elly..
    skg bg full attn kt anak n kehidupn serta kerjaya.insyallah yg baik2 akan menyusul.
    ketentuan n takdir..serah pdNYA..DIA lebih mengetahui..

    14

    0
  6. Anonymous says:

    Baik juga mamat ni. x banyak kisah. akur je. jangan x bagi nafkah dah la.. mengaum lagi. banyak juga tu RM1500. Itu anak sorang, kalau 2 orang..RM3000..

    12

    0
  7. Anonymous says:

    Bodoh la Faye tu terkejar2 si Azmi tu jgk.. kwin pun bhutang hantaran.. ni pulak nafkah nk kna bg ank.. anak lak bderet.. byk komitmen.. silap2 g mkn kt kedai Azmi order mkanan dua air satu je.. sweet konon share air.. pdhal dlm poket ngam2 je dua mkanan n satu air..

    15

    0
  8. orgtua says:

    Bila makin besar sikit jer tu…

    3

    0
  9. Anonymous says:

    Alhamdulillah .. Happy for you Elly, am sure there is bright future wait ahead you & baby as Allah knows what best to blessed you both ok ..
    Keep strong faith & walks with straight head up .. Show the world you live without …

    4

    0
  10. cassandra eve says:

    Alhamdulillah .. Happy for you Elly, am sure there is bright future wait ahead you & baby as Allah knows what best to blessed you both ok ..
    Keep strong faith & walks with straight head up .. Show the world you live without …

    0

    0
  11. Anonymous says:

    napa muka ini aja kuar ari2 hihihi

    3

    0
  12. kecik says:

    mahkamah dah tetapkan.. harap ex husband jangan tak bayar ye.. nanti hari2 kena baca luahan hati elly pulak..

    3

    0
  13. Anonymous says:

    Rr dulu tuntut 3k edel kata melampau! Rr 2 anak dh p sekolah lg. Itu duit byk ckp mcm tu kedekut!! Ely tuntut gk duit raya tp si rr tk tuntut pulak.. Aku suggest rr tuntut gk duit raya..edel ni tk penah ambil tau belanja kuarga sb rr buat semua.. Itu sb dia berkira brfikiran sempit! Skrg ni aku rasa zarema yg uruskan sb dia ni bukan reti ape..mcm mutaah ely ni kawin kejap je tk sampai setahun kawin.. Tk pasti layak ke tk??

    3

    0
  14. TeamSitiSarahGV says:

    Tak habes2 crite sal minah kecoh ni. Crita sini habes sini lah ye..sebenarnya si Jemi tu memang nak byr pun duit nafkah tu tiap bulan tpi di sebabkan si Elly ni nak memaki hamun je kerje nye ex laki pun xtahan so sbb tu tpksa buat tuntutan kat mahkamah. Die blh je byr lebih kalo nak..dia mampu ape cuma dia malas bak habiskan duit byk2 utk baby tu baik dia uruskan anak yg lagi 2 org yg hensem tu berbaloi la jugak.
    Tipu la si Elly tu ckp Jemi ni x bertanggungjwb aku tgok gmbr2 Jemi ngn anak2 die okay je sbb ex wife die pandai tolerate x mcm Elly ni melalak lebih tu pasai kawen pun kejap bercintan cintun je lame

    2

    10
    • KEPADATEAMSITISARAHGV says:

      dia malas bak habiskan duit byk2 utk baby tu baik dia uruskan anak yg lagi 2 org yg hensem tu berbaloi la jugak.??? omg. baby tu anak azmi tu jugak okay. macam orang tak waras komen. paling kesian anak-anak diaorang ni. tak dapat merasa kasih sayang mak dan ayah diaorang.sedihnya T-T

      7

      0
    • Anonymous says:

      ko ni mst kipasduduk si fake tu kan..ceh!

      1

      0
  15. tuti says:

    Mntk byk lg sis..biar mati kejung laki hang…biar dia nk p dating xda duit…biar dia mnyesal sapo sruh buat prangai..

    2

    0
  16. loyalmalaysian says:

    lelaki2 ni x faham tanggungjawab ke? nak kene pegi mahkamah ke? sendiri x tau ke…pathetic…klu x dituntut alamat sampai ke mati la x dibayornye….

    4

    0
  17. riz says:

    sikit sgt tu kak elly!! u should mintak more from ur EX !! hurm…

    0

    0