Written by AbangNara | March 8th, 2015

Alhamdulillah. Elfira Loy telah pun mengesahkan bahawa dirinya telah pun berhijrah dan kini tampil dengan penampilan bertudung serta menutup aurat. Keputusan ini telah dipendam lama oleh Elfira dan bersempena hari jadinya yang ke 21, pelakon genit ini telah nekad untuk melakukan perubahan ini. Tahniah diucapkan Elfira. Sesungguhnya keputusan ini pasti amat menggembira hati keluarga, teman rapat dan juga para peminat anda.

elfira loy bertudung

Elfira Loy juga turut mengesahkan yang perubahan inilah yang dimaksudkan dalam salah satu gambar yang dimuatnaik ketika Anugerah MeleTOP Era 2015 baru-baru ini. Walaupun ada yang cuba mengaitkan ia dengan perkahwinan bersama Baim Wong, namun itu ternyata tidak benar. Kata Elfira:-

Andaian itu semua tak benar (kahwin dengan Baim Wong). Saya sebenarnya pernah cakap kepada mama bahawa angka 21 tahun ini sebagai ruang terbaik untuk mengotakan apa yang saya pernah hajati ini. Perasaan mahu bertudung itu sudah lama.

Tapi bila belum bersedia sepenuhnya, saya belum berani menetapkan hati untuk ini. Jadi 8 Mac (hari ini) saya nekad bertudung sebagai simbolik seperti kelahiran semula.

Jika ada anggap angka 21 itu sebagai kunci kebebasan dan bagi saya pula adalah sebaliknya. Ia jadi kunci untuk saya terus memperbaiki dan mengubah diri. Insya-Allah menjadi lebih baik daripada hari sebelumnya

elfira loy bertudung

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Elfira Loy atas penghijrahan ini. Semoga ia tidak menjadi penghalang kepada Elfira untuk mengembangkan lagi karier seninya. Abang Nara perhatikan semakin hari semakin ramai selebriti tak kira tua muda yang mula mengikut tuntutan Islam. Semoga ia turut sama memberi impak positif kepada dunia hiburan serta para peminat mereka. Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

28 responses to Elfira Loy Sahkan Dirinya Kini Bertudung Sepenuhnya

  1. Roke says:

    Alhamdulillah. Muda2 da tbukak hati utk pakai tudung.

    0

    0
    • Elfira Choy says:

      so what????

      0

      0
      • Anonymous says:

        Congrats elfira. Alhamdulillah. Makin bertambah minat aku kat dia ni.. keep it up girl !

        0

        0
        • jambusangat says:

          “pelakon genit ini telah nekad untuk melakukan perubahan ini”
          Nekad tak nekad perubahan ni wajib dilakukan.undang2 Allah bukan boleh ubah2..ingat kau bole create undang2 sendiri ke..
          Nara tolong buat ayat canteekkk sikit ok..puuuiiiihhh

          0

          0
        • amoi says:

          alhamdulillah..cuma jgn lah bertudung sebab nak jual tudung dah la yer…bukan apa, selalunya lepas bertudung, kuar lah desasdesusdesis retis tu jual tudung plak..

          0

          0
  2. ada says:

    Alahmdulilah kami dari Indonesia sebagai salah seorang peminat dari Elfira berasa bangga dan ikut bahagia atas segala penghijrahan Elfira sekarang ini….

    Semoga menjadi awal yang untuk masa depan yang lebih indah….

    0

    0
  3. Mimi Aziza says:

    sengeh mcm kerang busok.

    0

    0
  4. Trend Artis says:

    Dah jadi trend artis Malaysia dah sekarang ni, pakai tudung “secara rasmi” sempena hari lahir. Lepastu kena announce kat public. Hahahaha wow sangattt! Apapun alhamdulillah le, moga terus istiqamah.

    0

    0
    • Eeeeee says:

      kan. artis pakai hijab…mcm kucing tumbuh tanduk. itu pun nk kena heboh.
      orang lain dh lama berlitup.

      0

      0
  5. lagi cantik dia ni bila pakai tudung

    0

    0
  6. ASHA says:

    MIMI AZIZA YANG KOMEN “SENGEH MCM KERANG BUSOK” TUH NMPK SGT NKO NIH MULUT BUSOK N HATI BUSOK KN…. MUAHAHAHAHAHA…

    0

    0
  7. makjemah says:

    Erra pajira gak yg x insap2 walau da tua…..

    0

    0
  8. PiraLoy says:

    Lepas ni twinkle by elfira rancak keluar koleksi tudung pulak. Kita tunggu dan lihat.

    0

    0
  9. joiy says:

    alhamdullilah ..

    0

    0
  10. uyat says:

    tahniah la btw menda gini pun nak msk news ke…lahaiii….kdg nara ni kaki kipas retis..sikit2 puji comel bagai….

    0

    0
    • uyat bongok says:

      Benda mcm ni la patut dijadikan news untuk di jadikan contoh. Cetek sungguh pemikiran kamu semua yg mengutuk.

      0

      0
  11. weng weng says:

    bagus budak kecik…awal2 dah tutup..kekalkan

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Bertuah sapa yang dapat memperisterikan dia ni… x perlu tanggung dosa mendedahkan aurat

    0

    0
  13. i am me says:

    rambut dh bleach lum? rambut dia kn merah…hrp2 suma tu dh dibuat sblm pki tudg..x gne pki tudg tp rambut karat…x sah solat….

    0

    0
  14. melati says:

    Tak hargai Rambut langsung…..rambut kan mahkota Wanita kenapa ditutup???

    0

    0
  15. Aku says:

    Aku rasa x salah dia buat pengumuman tu. Kena ingat. Dia tu artis. Kena bagitau sebab tawaran lakonan, ikLan etc adalah berkaitan. JiKa dia nak buat bisness tudung pUn apa salahnya. Salah satu eleman penting perniagaan adalah publisiti. Dia ada nama. Xde salahnya menggunakan oesempatan yang ada. Satu lagi..perniagaan barangan muslimah juga salah satu dakwah dan ibadah yang boleh dilakukan oleh artis. Kenapa perlu skeptikaL? Kita tak tahu apa yg mereka fikir dan nIaT mereka. So, Bersangka baik sahajalaH. Tak rugikan….

    0

    0