Written by Bella | August 18th, 2015

Belum lagi reda dengan isu beliau memuat naik foto “coffee art” yang menyerupai seekor babi,nama Elfira Loy mula hangat kembali apabila beliau telah dikritik mengenakan pakaian seperti rahib di gereja pada acara Kuala Lumpur Fashion Week 2015 baru-baru ini.

Berikutan perkara tersebut,  Elfira telah dikritik oleh peminat beliau di Instagram dan rata-rata menasihatkan beliau agar lebih peka denga cara pemakaian beliau agar ia tidak mengundang sebarang fitnah.

Namun, ada juga yang berpendapat cara pemakaian beliau itu tidak sama dengan rahib di gereja. Malah, Elfira juga telah menutup aurat beliau dengan baik.

Nampaknya acara KLFW 2015 kali ini banyak menimbulkan kontroversi di kalangan artis melalui fesyen yang  mereka gayakan pada acara tersebut. Macam-macam gaya kita boleh lihat daripada yang seksi sehinggalah yang agak pelik.

Apa pendapat anda? Sama ke pakaian Elfira Loy dengan rahib di gereja?

33 responses to Elfira Loy Dikritik Kerana Berpakaian Seperti Sister Di Gereja?

  1. Anonymous says:

    kemon makcik makcik, preachers.. silakan debat antarabangsa hebat di zaman ini..

    0

    0
    • Lovelyvic says:

      Aku penah jmpa dia kat ikea…
      dia ngan abg/adik lelaki dia..
      kecik je orgnya… tp kening mmg lebat…
      Dengan t-shirt lengan panjang, jeans lusuh, tudung bawal…
      Sangat polos je orgnya… tak sombong… bila aku tertoleh dia 2 kali..( sbb terkejut)
      dia senyum je.. makeup pun takde..
      Pelik betul kalau tgk org beriya2 sgt nak hentam dia..
      dia buat jahat ngan kowang ke?

      0

      0
      • Anonymous says:

        for me yg kate macam sister gereja tu sekadar nak crik kesalahan..bukan menegur..
        kalau betul2 nak menegur tegur skinny jeans die, lengan baju yg jarang tu..
        tak tutup kaki.
        but other part nampaknye ok2 je..

        0

        0
      • less is more says:

        Elfira kena lebih peka as celebrity.
        isu khinzir pd coffee dan iklan utube coke, padehal terang2 org boikot produk israil. Bila ditegur secara baik, cecepat delete..

        0

        0
  2. Anonymous says:

    Ini salah… Itu salah… Semua pun salah… Macam mana nak hidup nie?… Semua pun x kena… Sedih!…

    0

    0
  3. sherry says:

    Niat dh bagus tutup aurat.. tp hurmmmmmmmmmmm….. mcm ada yg xkena.

    0

    1
  4. sharifah says:

    niat dh bagus nk tutup aurat.. tp hurmmmmmm mcm ada yg xkena.

    0

    0
  5. Lovelyvic says:

    woii… pi google la gambo rahib gereja….
    lain tudung rahib tu dengan elfira…
    Anak tudung lain… cara tutup dahi pun lain..
    Elfira banyak ke arah tudung fesyen
    Orang ni tutup aurat pun dah besar rahmat dah…
    yg menyalak ni silap2 aurat pun tak tutup sempurna lagi..
    Nak kondem je…. buhsan.

    0

    0
    • acah acah says:

      Klo cemtuh tutup kepala pakai baldi pown blh diangkat as fesyen. Legging pun dah dah salah, bertudung xmenutup dada pun dah salah.
      Tutup aurat tu bagus tapi lbh bagus ditutup dgn sempurna. Dalam kubur tu bkn ditanya jenama atau fesyen apa…maaflah sy ni duduk zaman kayu. Tepuk dada tanya iman.

      0

      0
    • Anonymous says:

      mcm jugak buat lukis2 kat badan tu…..kalau da menyerupai tatu still dikira haram…..pahamkan konsep menyerupai….nak berfesyen pon janganlah sampai menimbulkan fitnah….menutup aurat bukan la pada pakaian je

      0

      0
    • Lovelyvic says:

      Hmm… sebenarnya stigma org bergantung kepada pemikiran dan minda seseorang tu sendiri..
      Sebab bila aku tgk tudung dia ni..
      Aku cuma teringat inner yg cover leher yg melambak2 jual kat pasaran…
      macam2 kaler tu.. pastu tudung half moon kaler putih…. cover tudung inner tu..
      Kalau majlis jamuan annual dinner kat kompeni…
      melambak2 pakai style ni… cuma warna je lain…
      Takde plak aku merasakan mcm rahib…
      Stigma seseorang kan…
      Bergantung kepada cara dia berpk…

      0

      0
  6. palate says:

    She is a very nice girl. Humble and bersopan santun. Carrying herself real good and respect others. Good acting skills as a performer.

    0

    0
  7. gigihnya ko says:

    Anonymous.. Ko ni mesti elfira kan kan.. pikir la positive. nk butthurt lbh2 lak. bdk2 skrg mmg xleh ditegur.

    0

    0
  8. anti poyo says:

    sapa la yang rajin sangat follow ig artis ni? lepas tu panas memanjang.

    0

    0
  9. hmmmm says:

    Boleh tak guna perkataan “bertudung” dari menutup aurat? ada 2 perkara yg berbeza ya. Tak salah menegur.. tak kira siapa sekali pun tapi biar beradab..yg di tegur & terasa pulak sila ambil iktibar.. jgn melenting tak tentu pasal.. cheers

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Bila orang non-Muslim mengenakan tudung apabila melawat masjid atau menghadiri majlis buka puasa sebagainya, kita memuji dan berkata “Moga2 terbuka hati untuk menerima hidayah”.

    Bila orang seagama kita sendiri menutup aurat tetapi lain sedikit sahaja fesyennya, terus kita melatah dan condemn?

    Double standards di situ ataupun iman sendiri tak cukup teguh? Agama kau sendiri dah cukup kuat ke??

    0

    0
  11. NANANANI says:

    memang elok niat baik untuk menutup aurat tetapi biarlah yang betul2..kalau dah selau ketat macam tu bagaimana…? Buat baik biar yang betul2…

    0

    0
  12. NANANANI says:

    memang elok niat baik untuk menutup aurat tetapi biarlah yang betul2..kalau dah SELUAR ketat macam tu bagaimana…? Buat baik biar yang betul2…

    0

    0
  13. gigi emas says:

    Pakai tudung adalah tuntutan agama Yahudi dan Nasrani….so apa yg nak dikritikan memang semua pompuan islam yg pakai tudung adalah seperti rahib nasrani…bertaubatlah dan kembali kepada jalan yg benar, tidak ada sepatah ayat dalam quran yg menyuruh perempuan pakai tudung. Tetapi ada banyak ayat dalam kitab injil dan taurat……..subhanallah

    0

    0
  14. Anonymous says:

    niat tidak menghalalkan cara

    0

    0
  15. think positive says:

    bdk2 skrg senang terikut trend fesyen. btnya raya haji ni perempuan pakat pakai tudung mcm ni.. sndiri mau fikir la.

    0

    0
    • Anonymous says:

      kan…nak berfesyen pon biarlah berpada…..tutuplah aurat dengan sempurna….org lain berfesyen elok je tutup sempurna….kenapa mesti kena ketat dan menyerupai kaum lain

      0

      0
  16. anon says:

    Org2 kita ni mmg takde keje & suka mengkritik. Semua tak kene. Ape lah nak kecoh sngt, kebetulan je tu. Lagipun sister pakai seluar ke? Kalau dia masuk kristian or agama lain, barulah ok kalau nak buat kecoh pun. Bende mcm ni pun nak sentap. Tak paham sungguh org2 melayu ni…..ye org melayu.

    0

    0
  17. ila says:

    elfira comel sgt…cm belasan tahun je…xpe…bnyk pahala org sedekah kat awak elfira…allhamdulillah….

    0

    0
  18. Anonymous says:

    nmpk dia pakai mcm syle tudung biasa je..mungkin psl warna baju hitam putih kot, org yg komen tu confused kot..rasa kalo baju colour lain, sama je mcm style org lain pakai tudung..

    0

    0
  19. ff says:

    dulu sorg ustaz pun dah bgtau.. tak kisah la dia nk pakai mcm mana pun janji tutup aurat dan tak berubah sedikit pun iman dan kepercayaan dia.. tgk kt youtube ceramah sorg ustaz akulupa nama dia.. dah sentuh psl pakaian mcm rahib ni.. dulu yuna kena hentam teruk. ustaz kata xpe. rahib tu pun asal dr agama tauhid jugak.. janji dia tak de sanggol tinggi mcm bonggol unta mcm nabi sebut tu dan berbaju ketat.. over la korg nk hentam org. tutup aurat salah tak tutup lg la..

    0

    0
  20. zasshhh says:

    mmg la dia menutup aurat tapi pakaian kena lah loose……….bukan mengikut susuk tubuh badan. definisi aurat ialah menutup tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan….kalau nak bertudung atau menutup aurat kena berlandaskan hukum2 Islam. jgn nak main ikut suka hati je apa nak pakai….

    0

    0
  21. Her Ladyship says:

    bila fesyen rekaan manusia di dahulukan & dipelbagaikan agar tidak ketinggalan oleh arus kemodernan, maka firman Allah swt tentang pakaian di anggap ringan.

    0

    0
  22. Anonymous says:

    Kita manusia biasa, tidak lari dr kesilapan.. jangan terus menghukum. Berilah peluang. Agama x salah, bangsa pun x salah. SIKAP!! sikap manusia yg salah.. Walaupun kamu rasa kamu sudah yakin masuk syurga, tunjukkan lah contoh yg baik kpd org lain.. Jika luaran kamu nampak bersih, tunjukkan sikap dalaman kamu yg bersih juga. P/s: Rasa menyampah dengan komen2 manusia yg memberi komen seperti alim ulama. Menegur ada caranya, bukan mengaibkan.. Doa…Doakan lah yg terbaik utk mereka yg masih jahil agar terbuka iman di dadanya. ###Bila EMOSI melampaui AKAL FIKIRAN… #Just Saying

    0

    0