Elak Fitnah : Akim Dan Stacy Nikah Februari Tahun Depan

Hiburan

Elak Fitnah : Akim Dan Stacy Nikah Februari Tahun Depan

Tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh pertunangan mereka,  Akim dan Stacy membuat keputusan untuk mempercerpatkan tarikh perkahwinan mereka  pada bulan Februari tahun hadapan selepas mendapat persetujuan daripada keluarga kedua belah pihak.

Advertisement

Akim memberitahu beliau akan mengadakan dua majlis sahaja iaitu majlis akad nikah di kediaman Stacy di Sabah, manakala majlis resepsi akan berlangsung di rumah keluarga Akim di Johor Bahru.

Kami percepat tarikh nikah iaitu pada Februari depan kerana saya tidak mahu bertunang lama-lama kerana kalau ikutkan perkenalan kami bukan baru, kami sudah enam tahun berkawan.  Bagaimanapun, tarikh nikah saya akan umum bila kad jemputan siap untuk diedar tidak lama lagi.

Menurut Stacy pula , keputusan mereka  membuat persiapan untuk berkahwin dalam masa yang terdekat  itu juga disebabkan mahu mengelak fitnah.

Saya setuju kerana kami sudah lama berkawan dan yang penting keluarga sudah setuju. Lagi pula saya rasa tidak manis bertunang lama-lama kerana kami sering keluar bersama, walaupun atas urusan kerja ia boleh menimbulkan fitnah.

Benda yang baik tidak salah untuk dipercepatkan apatah lagi jika pasangan itu ingin mengelak daripada fitnah bukan? Semoga segala persiapan hari bahagia Akim dan Stacy berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...