Elak Babak Bersentuhan : Hafidz Roshdi Nafi Dikongkong Isteri

Hiburan

Elak Babak Bersentuhan : Hafidz Roshdi Nafi Dikongkong Isteri

Sebelum ini pelakon Hafidz Roshdi ada memaklumkan tentang prinsipnya yang mahu elak bersentuhan dengan wanita bukan muhrimnya semasa berlakon.

Advertisement

Prinsip Hafidz nampaknya diterima baik oleh syarikat produksi dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah buat kerjayanya. Namun, ada beberapa pihak mempertikaikan tindakan Hafiz itu dan melabelkan Hafidz sebagai seorang yang berlagak.

Sejak awal kemunculan lagi saya sebolehnya mengelak melakonkan adegan bersentuhan. Alhamdulillah perkara ini tidak mendatangkan masalah pun. Tambahan pula adegan sedemikian boleh dilakukan menerusi helah kamera.

Tidak timbul isu saya berlagak sebaliknya ia atas kesedaran diri sendiri. Lagi pun, ketika mendapat tawaran perkara ini antara yang saya utamakan. Sekiranya produksi bersetuju, saya pun okey.

Bukan itu sahaja, Hafidz dikatakan menetapkan syarat berkenaan kerana beliau dikongkong oleh isterinya.

Walaubagaimanapun, Hafidz menafikan perkara berkenaan dan berharap tiada lagi pihak yang memanjangkan isu tersebut. Buat Hafidz, beliau percaya dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

Saya bukan artis pertama yang meletakkan syarat ini. Saya lihat rezeki rakan-rakan artis yang sama pendirian dengan saya tak pernah putus pun. Jadi saya percaya rezeki Allah. Namun, saya tidak mahu perkara ini dijadikan isu kerana masing-masing ada pilihan. Setiap pelakon lain caranya.

Kadang-kadang susah hendak puaskan hati semua pihak. Bila seseorang artis itu berlaku baik tetap menjadi bahan kritikan juga, apatah lagi kalau mereka buat salah, lagi teruk cacian yang diterima.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...