Written by Bella | September 15th, 2016

Sering merasa rindu dan memerlukan kasih sayang anak-anaknya, Datuk Eizlan Yusof merasa syukur kerana bekas isterinya, Vie Shantie Khan tidak pernah menghalang anak-anak mereka untuk bertemu dengannya.

Alhamdulillah Vie tidak pernah meletakkan sebarang had. Saya percaya Vie faham anak-anak juga memerlukan kasih sayang seorang bapa.

Justeru, dia tiada masalah sekiranya saya mahu bertemu atau membawa anak-anak tinggal bersama pada bila-bila masa.

Menurut Eizlan, jadual kerja yang padat sebagai seorang pelakon dan usahawan bukanlah alasan untuk beliau tidak meluangkan masa dengan anak-anaknya.

Siapa yang mengikuti perkembangan saya di laman Instagram, pasti tahu saya kerap habiskan masa bersama anak-anak.

Bagi saya, walaupun sibuk dengan rutin kerja yang tidak menentu, anak-anak tetap menjadi keutamaan. Selalunya saya dan anak-anak akan berbincang ke mana kami mahu pergi.

Buat masa ini, Eizlan dan tiga orang anaknya tinggal bersama kerana Vie kini sedang mengerjakan ibadah haji.

Seronok juga kami melihat telatah Eizlan Yusof bersama anak-anaknya menerusi video yang dimuat naik di Instagram. Alhamdullillah, bekas isterinya memahami hasrat Eizlan dan anak-anaknya. Penceraian sebenarnya bukan satu penghalang untuk anak-anak tidak mendapat kasih sayang daripada ibu atau bapa mereka. Ia bergantung kepada bagaimana cara bekas suami dan isteri itu sendiri menangani masalah mereka tanpa melibatkan anak-anak.

Sumber Berita : Harian Metro

13 responses to Eizlan Yusof Syukur Bekas Isteri Tidak Halang Anak-Anak Berjumpa Dengannya

  1. Anonymous says:

    tok lan x nak cari pengganti vee ke..
    seperti masih ada rasa sayang dengan vee je

    0

    0
    • mak jemah says:

      semoga rujuk balik dgn bekas isteri dia…..harap2 balik mekah ni vie trbuka hati nak terima ex dia semula

      0

      0
    • Lembu Gemok says:

      Ya Allah..comelnya anak2 diorg…tp kena menghadapi keadaan parents berpisah…sedihnya la hai…semoga ada jalan yang baik utk kalian…in shaa Allah…~

      0

      0
    • Anonymous says:

      ayah penyayang..betul cara masing2 je nak jaga or x..nk rumit or xnak..jgn contohi aidl. opss! sb mak bapak nafikan anak sendiri

      0

      0
    • minah jambu says:

      rasa sayang aje nak buat ape kalau si vee tu dh tknk ngan dia lagi…anak2 dh besar cantek2 cute tah happe si vee nak lagi pon tak tau lah..kalau vee dh tknk lagi ngan si eizlan ni kasi kan ngan si lofa aje sudaaa kalau susah2 sangat..

      0

      0
  2. nok gebuzzz says:

    dah besar mesti handsome n cantik…..comel btol anak2 eizlan..

    0

    0
  3. sha says:

    hensem ank lelaki dia.. <3

    0

    0
  4. See a far.... says:

    alangkah baiknya jika dpt “bina semula rumah yg dah roboh”
    jadi semua dpt tinggal sebumbong….
    hanya yg punya diri tau hal yg sebenar…
    yg si pompuan nampak mcm lebih selesa “solo”
    makin mencabar penambilan dia..
    yg si lelaki nampak benar2 kehilangan dan berusaha unt bersatu..
    apa2pun…. Allah berserta dgn perasaan Hambanya..!!!

    0

    0
  5. sentap says:

    anak2 pun cantik2 & hensem…bagus Eizlan…x cam jantan JDT sekor tu…turun naik mahkamah ckp xda duit…g bercuti ngan bini baru ada lak duit…mewah jerk…

    0

    0
  6. kin says:

    Bagusnya pasangan ni. Wpun berpisah, anak anak masih dapat kasih sayang dari ibubapanya. Ada toleransi antara dua pihak. Erra-Engku Emran pun bagus. Kasih sayang utk Alisya tak terabai. Dan rasanya ramai lagi pasangan yg bertoleransi spt eizlan dan erra , demi anak anak. RESPECT pada mereka,, Sbb dpt buang jauh jauh masalah antra mereka dan tidak dicampurkan masalah tu dgn hal anak anak.
    Tak mcm pasangan ala ala femes yg satu tu. Maaf ckplah, dua dua pun aku rasa duk sibuk menegakkan benang yg basah. Kecoh satu Malaysia mcm mcm cerita. Yg jadi mangsa anak anaklah. Sorang cengeng, sorang buat dekk, dua dua pun EGO, sibuk menuding jari je…ingat diri sendiri je betul…pengakhirannya kesian kat anak anak. Hmmmm … sekian

    0

    0
  7. Anonymous says:

    hensem dan cantik ank mereka ni nanti. kecik2 dah terserlah hensem dan cantiknya. muka ank prmpuan dia yg tua tu mcm pakai make up sdgkan tdk, bulu kening cntk kemas semula jadi.

    0

    0
  8. X says:

    Apalah yg kurang .semua ada kot.perempuan nak enjoy lupa anak2 ramai dah besar…

    0

    0
    • minah jambu says:

      mungkin eizlan ni asek asek buat style yg samaaaa aje tkde style lain babtu la si vee tknak gak nye…

      0

      0