Eina Azman Enggan Berlakon Kerana Tiada Kontrak & Aksi Ranjang

Hiburan

Eina Azman Enggan Berlakon Kerana Tiada Kontrak & Aksi Ranjang

Lama tidak mendengar perkembangan terbaru mengenai Eina Azman. Sejak kontroversi dengan Afiq Muiz tidak lagi diperkatakan, Eina Azman dilihat memberi fokus sepenuhnya terhadap kerjaya. Namun baru-baru ini nama Eina Azman timbul sekali lagi apabila dikatakan enggan memberi kerjasama dalam penggambaran filem “Kuntilanak Ciliwung” yang merupakan usahasama syarikat Malaysia dan Indonesia.

eina azman

Advertisement

Seperti biasa perkara pertama yang bermain di kepala Abang Nara ialah “buat hal lagi si Eina Azman nie“. Namun selepas membaca penerangan yang diberikan, sedikit sebanyak timbul rasa hormat terhadap pelakon ini. Memang ada sebab kukuh untuk Eina tidak terlibat dalam penggambaran ini. Kata Eina menerusi MalaysianDigest:-

Okay sedikit yang saya boleh katakan, saya tidak diberi kontrak. Bayangkan bagaimana saya mahu meneruskan pengggambaran. Saya bekerja di negara orang, kalau apa-apa jadi, siapa yang mau bertanggungjawab dan apa jaminan saya. Selain itu, saya juga disuruh berlakon aksi-aksi di atas katil. Berdasarkan skrip saya, saya perlu melakonkan babak-babak tersebut

eina azman

Abang Nara puji tindakan dan sikap tegas yang diambil oleh Eina Azman. First thing dalam apa-apa perkara pun, mesti ada hitam putih untuk tidak timbul sebarang isu di masa hadapan. Lagipun filem tersebut ada aksi ranjang, jadi lebih baiklah tak terlibat langsung. Seperti yang kita tahu, aksi ranjang filem Indonesia ini memang lain macam sikit. Kang tak pasal-pasal timbul kontroversi murahan. Satu langkah yang baik buat Eina kerana menolak untuk turut serta dalam filem ini. Tahniah!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...