Edry Tidak Faham Mengenai Tugas Che Ta – Ramli MS

Hiburan

Edry Tidak Faham Mengenai Tugas Che Ta – Ramli MS

Perselisihan faham antara pengkritik tetap AF2015, Rozita Che Wan dan Pengetua AF215 Edry KRU antara topik hangat yang menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.  Che Ta yang tidak boleh menerima teguran Edry menyifatkan pemuzik tersebut seorang yang tidak profesional sehingga beliau membuat keputusan untuk menarik diri daripada program realiti tersebut.

Advertisement

Kes ini juga mendapat perhatian seorang lagi pengkritik AF2015 iaitu Datuk Ramlis MS dimana beliau berpendapat Edry dan penonton salah faham mengenai tugas Che Ta.

Mengakui beliau juga pada mulanya mahu tergelak kerana Che Ta sering memberikan komen positif meskipun persembahan sesetengah pelajar teruk, tetapi aktres itu  hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pengkritik awam dan bukannya seorang yang pakar dalam bidang muzik.

Pada minggu pertama, diakui saya nak gelak dengan komen Che Ta yang terlalu positif walaupun persembahan pelajar itu teruk. Jadi saya nasihatkan dia untuk beri komen secara jujur sebagai seorang penonton dan dia buat. Dan saya sokong setiap komen-komen yang diberikan. Cuma dia tidak tahu menggunakan ayat-ayat sesuai orang seni muzik gunakan. Dia bukannya orang muzik.

Dia bercakap mengikut apa yang dia rasa dan saya faham maksudnya itu. Saya anggap isu ini timbul kerana salah faham mengenai tanggungjawab yang diberikan kepada Che Ta. Mereka tidak faham tugas Che Ta sebagai wakil orang awam.

Pada masa yang sama, Ramli MS berharap orang ramai tidak membandingkan beliau bersama Che Ta.

Jangan bandingkan dia (Che Ta) dengan saya. Jangan lihat dia sebagai pengkritik profesional kerana dia hanyalah pengkritik awam yang mewakili masyarakat luar sana.
Saya lihat Edry dan tenaga pengajar sangat prejudis dengan pihak pengkritik. Mereka tidak faham tugas Che Ta sehinggalah saya perlu menjelaskan semula kepada tenaga pengajar dan barulah mereka faham. Saya lihat Che Ta tidak bersalah dalam perkara ini.

Setiap orang ada pendapat masing-masing, tetapi mungkin langkah Che Ta untuk undurkan diri daripada program tersebut adalah wajar beliau pun sebelum ini menerima pelbagai kritikan daripad orang ramai di media sosial dan sedikit sebanyak ia boleh mengganggu emosinya juga nanti.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...