Written by Bella | February 1st, 2015

Zain Ruffedge yang kini aktif berlakon mendedahkan beliau masih lagi berusaha untuk memujuk bekas isterinya selepas berpisah pada November 2014 walaupun tempoh edah mereka berbaki dua minggu sahaja lagi.

Untuk pengetahuan anda, Zain dan bekas isteri masih lagi tinggal bersama dan menanggap tempoh edah adalah masa terbaik untuk memperbaiki hubungan yang telah retak.

Isya-Allah saya minta doakan kami untuk kembali rujuk dan buat masa ini kami masih lagi tinggal bersama. Sebelum tempoh edah habis lagi dua minggu saya tak berani untuk cakap apa-apa.

Mungkin orang lain bercerai terus membawa haluan masing-masing, tetapi bagi saya tempoh edah adalah masa terbaik untuk kita perbaiki hubungan.

Hubungan Zain dan bekas isterinya mula bergolak pada awal tahun 2014 dan sudah menjalani beberapa sesi kaunseling sebelum membuat keputusan untuk berpisah secara baik pada tanggal 13 November 2014.

Ia merupakan dugaan paling besar dalam kehidupan Zain apabila pada masa yang sama bapa tersayang meninggal dunia hanya selepas 5 hari beliau bercerai.

Buat masa ini, Zain sering meminta nasihat daripada rakan baik beliau terutama sekali Sein Ruffedge yang sebelum ini pernah bercerai dengan isterinya Nana dan kembali rujuk sekitar tahun 2011.

Zain dan Khazmira Anuar telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langar pada 13 November 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Arriana Rani yang kini berusia 6 tahun.
Masalah kahwin cerai dan merujuk semula bukan perkara kecil. Kasih sayang serta hati yang sudah rapuh bukan mudah untuk dirawat. Namun, jika masing-masing setuju untuk berubah dan belajar dari kesilapan lalu, tidak salah untuk bersatu semula. Inshaallah.

Sumber Berita: mStar Online

24 responses to Edah Hampir Tamat: Zain Ruffedge Tetap Usaha Pujuk Bekas Isteri

  1. Anonymous says:

    Boleh ke edah dok serumah?

    0

    0
  2. minah jambu tk suka hipokrit says:

    rancangan mentor kt TV3 ni betol2 tk adil huh !!
    sepatut nye mentor ella yg terkeluar pasal markah sikit berbanding mentor zainal ngan mentor dayang ..mingu lepas mentor mas idayu markah sikit dengan secepat kilat kasi keluar kenape pulak tadi mentor ella tk di keluarkn ????????? pasal protegi ella bertudong kesian nk kasi keluar gitu ???? pertandingan macm ni mana boleh kesian kesian terkeluar is terkeluar mana boleh kesian kesian !! kalau nk kesian sangat kasi mentor ella menang aje lah tk payah bertanding habis cerite !! TV3 jangan buat perkara yg mengarot lah menyampah pulak huh !!!

    0

    0
    • maria says:

      engkau ni dah kenapa nk ckp pasal org tu bertudung patot nk kesian. kan ke semua sekali dapat masuk balik…

      0

      0
    • Anonymous says:

      juri tu yang problem.. bagi markah rendah gila sbb tak suka orang tu dan nak pastikan peserta favourite dia ke peringkat seterusnya. memang sah pekak dan tuli. Kalau nk bagi markah rendah pun biar la logik. orang tu nyanyi sedap tu, bukannya nyanyi kelas karaoke dalam jamban.. mana la fan tak meroyan, kalau fan meroyan, jatuh la rating rancangan tu oii

      0

      0
    • Puiii says:

      ada lg orang tgk Mentor ek?
      busuk2 AF tu, ade ramai la jugak produk diorang kat pasaran.

      Mentor? Harap Black sorang je…tu pn suam2 nails….

      0

      0
  3. shikinn says:

    dalam tempoh iddah still boleh tinggal serumah syggg. mst korang taktau ni…
    cuba refer link ni

    http://zaharuddin.net/rumahtangga-&-keluarga/704-kesilapan-umat-islam-ketika-penceraian.html

    0

    0
  4. first time komen says:

    Edah mmg boleh duduk serumah.. salam pun boleh.. takde hal.. dgn cara tu nanti kasih sayang boleh bercambah semula… hanya utk bersetubuh tu kena lafaz rujuk dulu… kalau ikut mazhab, ada beberapa perbezaan pendapat.. ada yang bersetubuh tu pun dah kira rujuk secara perbuatan… tapi mazhab shafie kena rujuk secara lafaz baru perbuatan.. dan kalau ikut Islam hak utk merujuk tu hak suami.. kira kalau suami kata, abang nak rujuk sayang.. dah kira sah rujuk. tapi dalam undang2 syariah negara kita, perempuan kena setuju dulu baru kira rujuk tu sah… sekian.

    p/s: sebab ramai ingat lepas cerai talak satu n masih tempoh edah terus nak keluar bawa haluan masing2 la banyak jadi kes macam erra dan engku emran.. dah lama tak berjumpa.. bawa diri masing2. macam mana kasih nak berputik semula.. dalam tempoh eddah tu la kita akan mula berfikir semula… now pasangan xde, apa kita rasa.. thats how perasaan kasih tu akan berputik semula… n jgn jg lupa… dalam tempoh eddah, masih tanggungjawab suami utk sediakan makan, pakai dan tempat tinggal isteri… if tak buat semua tu, jawablah dgn Allah.

    0

    0
  5. juju says:

    apa kata u pujuk i sbb i jiran mak u kt kota damansara tu, bole i tlg tgk2 kan rumah org tua u .. hehe

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Dok serumah pun ko masih tak dpt pujuk. Perempuan ni keras2 kerak nasi. Ni mesti ko ada buat hal yg buat wife patah hati.

    0

    0
    • minah jambu tk suka scandal says:

      ada salah yg di buat oleh laki dia laaaaaaaaa sampai dia maseh tk boleh terima laki dia baleeeeeeek…kite2 ni mana lah tau ape salah yg laki dia dh buatttttttttt…mungkin salah besarrrrr gak nye or mungkin laki dia ni ada scandal amcam leh caya ?

      0

      0
  7. Olga says:

    bole tahan mamat nih rembes kak dik, kalau dia nak main boleh aje

    0

    0
  8. anon says:

    Hmm….gatal sngt nak bercerai pahtu sebok pulak nak rujuk…. Talak bukan boleh dibuat main2, next time fikir banyak kali dulu sebelum lafaz. Kalau aku jadi bini dia pun aku merajuk je, kalau dah nak sngt bercerai, berpisah je, esp kalau laki curang. Once a cheater always a cheater. Perangai manusia mmg tak berubah.

    0

    0
  9. Leen says:

    So skrg diorang ni dah rujuk balik ke? atau dah bawa haluan masing2?

    0

    0