Written by AbangNara | August 1st, 2016

Baru-baru ini ketika anak-anak sedang tidur, Abang Nara pun membaca tentang telefon pintar terbaru yang ada di pasaran. Fuh!!! Memang macam-macam jenis ada. Namun satu yang berjaya mencuri perhatian Abang Nara ialah Huawei P9. Cantik kebabom sungguh rekaannya. Tergoda Abang Nara melihatnya.

huawei p9

Paling mencuri perhatian Abang Nara ialah kewujudan dual kamera di Huawei P9 yang dikuasakan dengan lensa Leica. Kalau sebut Leica, memang semua orang tahu kepoweran lensa kamera rekaannya. Jadi bila digabungkan dengan telefon pintar Huawei P9, Abang Nara dah dapat bayangkan kualiti gambar yang super duper awesome. Confirm cun melecun macam Siti Saleha.

huawei p9
Tapi Abang Nara tertanya-tanya jugak kenapa nak ada sampai 2 kamera. Apa kelebihannya? Baca punya baca, Abang Nara dapat buat beberapa kesimpulan tentang kelebihan dual kamera. Antaranya:-

1, Satu kamera untuk mengesan warna RGB dan satu kamera adalah untuk kesan warna hitam putih (monochrome)
2. Kamera monochrome membolehkan penangkapan cahaya 3 kali lebih banyak berbanding kamera biasa
3. Bila cahaya lagi banyak masuk, maka kualiti gambar pun makin tinggi. Lebih sharp dan jelas. Itulah kelebihan dual kamera Huawei P9.

huawei p9

Part yang paling best ialah dual kamera Huawei P9 ini dapat menangkap cahaya 270% lebih banyak berbanding iPhone 6S, and 70% lebih daripada Galaxy S7. Seperti yang Abang Nara katakan tadi, lagi banyak cahaya lagi cun melecun lah gambar. Jadi kesimpulan yang boleh dibuat ialah kamera Huawei P9 adalah lebih power berbanding pesaingnya. Memang sesuai sangat untuk mereka yang suka ambil gambra dan mahukan kualiti yang lebih padu!!!

huawei p9

Sekarang ini di Facebook Huawei Mobile APAC, sedang dijalankan satu peraduan yang hadiahnya adalah Huawei P9 ini. Kalau menang, bolehlah anda merasai sendiri kehebatan dual kamera Huawei P9 yang dikakatakan lebih hebat daripada kamera iPhone ini. Senang je cara nak sertai peraduan yang diberi nama #OOBWPetsView Photo Contest Challenge ini. Korang cuma perlu tangkap gambar pandangan seekor binatang secara hitam putih. Contohnya gambar pandangan seekor kucing yang sedang mengejar seekor tikus. Atau gambar pandangan seekor burung yang sedang terbang tinggi di langit. Boleh hantar gambar menerusi Instagram (jangan lupa tag @huaweiapac dan guna hashtag #OOBWPetsView, #HuaweiP9 dan #HuaweiMobileAPAC). Atau nak lagi senang, upload je kat link Facebook ini dengan hashtag yang sama.

huawei p9

Selamat mencuba dan selamat bergaya dengan Huawei P9 sekiranya anda dipilih sebagai pemenang. Maklumat lanjut di Facebook Huawei Mobile APAC. Jangan lupa layari laman web Huawei Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehebatan telefon pintar Huawei P9 dengan dual kamera.


PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 responses to Dual Kamera Huawei P9 Lebih Power Daripada iPhone?

  1. Anonymous says:

    aku hairan dengan pengguna iphone yang megah sgt pakai iphone….padahal beli yang murah….cer bawak rilek je

    0

    0
    • ida says:

      hahhahaaa tahu xpe…nth2 beli set refurbished punya..

      0

      0
    • Anonymous says:

      ko cakap camni.. cer bgtau ko penah guna iphone x?

      0

      0
    • X says:

      Tak payah nak heran lagi.ada pengguna iphone dah tersedar betapa xbestnya iphone.hahaha.muka tak bersalah puji android.

      0

      0
    • kendall jenner says:

      ade sorang officemate ni, dia pakai iphone 4, asal borak pasal phone je mesti dia highlight yg dia pkai i phone…”aku kan pakai iphone blablabala” “aku pakai iphone okay…” “dlm ni aku sorg je pakai iphone” “smalam aku lepak ngan kwn2 skolah, aku, siti dan dayang smua pakai iphone” “iphone, iphone iphone”

      padahal aku beli samsung lg mahal dr dia beli iphone 4 tu(dia beli time rega dah turun ataupun set refurbished, ntahla)

      pastu satu ari iphone dia problem…aku nak gelakkan dia, igtkan iphone tak blh rosak,,,rosak jugak….kahkahkah tp aku x smpai ati….

      bkn apa, dia pakai iphone 4 je pun, org lain pakai iphone 6 x kecoh pun…hahaha

      0

      0
      • Anonymous says:

        “dlm ni aku sorg je pakai iphone”

        perempuan tu kerja kat mana yang sampai takda org pakai iphone tu? plus, rarely org pakai iphone4 dah sekarang yang dia nak banggakan. iphone4 sekarang 250 pun dapat dah. kelakar kawan awak tu, suruh dia masuk Super Spontan this Friday

        0

        0
        • Anonymous says:

          iphone mampu milik dh sekarang.tp kalau problem, kau nak fix balik mahal woi.mampus poket

          0

          0
        • loserr says:

          biarlah kesian kwn awak tu maybe baru berjinak kot, btw iphone still terbaik camera dia skang 6s n se terbaekk, hp lain ok jugak cuma agak plastik
          korang kalau nak beli hp ada bajet rm2k save lagi dptkan iphone sebab iphone byk kelebihan berbanding android
          1 – market susah jatuh pakai setahun nak upgrade iphone 6s ke iphone 7 x byk modal yg dikeluarkan
          2 – kualiti gambar terbaik
          3 – x perlu risau crash hang or whatever
          4 – lebih bergaya ( bagi yg suka menunjuk bila org tgk awak diorang akan ckp wahh pakai iphone byk duit nih, cuba pakai android yg mahal ada org kisah? )
          5 – aku pernah pakai iphone4 selama 5 tahun tanpa sebarang masalah

          so juz fikir baik2 nak dpt rm2k bukan senang, bukan apa apa2 brand berlumba keluarkan handphone ( kecuali iphone ) tp x fikir makin byk dorang keluarkan model makin cepat harga market sesebuah handphone turun, nak pakai android boleh juz pakai yg below rm1k,
          aku bukanlah pengguna tegar iphone tp jadilah penguna yg bijak

          0

          0
  2. cik Fie says:

    mmg terbaik HUAWEI P9.Best!

    0

    0
  3. anon says:

    Who cares ade dual power ke tak, ia bkn iphone….Tak kiralah org kata apepun, aku tetap nak iphone. Samalah jgk kalau org kata hyundai or kia lbh power dari Mercedes or bmw, aku tetap nak continental car jgk. Hanya yg low class je nak huawei ni….hehe.
    So far banyak tempat jgk yg aku dah pergi, asia & europe, selalunya paling banyak org pakai iphone dgn samsung.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Tak kisahlah korang nak komen apa. Yg penting hakak pakai iphone 6+ tak keluar duit sesen pun. Yg penting bukan set yg murah2 jual kat insta bagai atau refurbished. Company hakak bagi. Kau hado?

    0

    0
  5. Anonymous says:

    iphone ke huawei ke tak kisah la..yg penting org jual handphone sendiri bgtau aku nak dengar lagu best beli la radio..nak gambar cantik belila kamera..kesimpulannya iphone ke huawei ke samsung ke xpayah nak eksyen sgt..

    0

    0