Written by Bella | June 6th, 2016

Sudah dua tahun bergelar janda, pelakon yang sentiasa tampak awet muda dan seperti seorang remaja, Sari Yanti belum lagi bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan sekali lagi.

Buat masa sekarang, fokus Sari Yanti adalah untuk membesarkan dua orang anak lelakinya hasil perkahwinan bersama bekas suami, Mohd Edy Casmadi sebelum bercerai pada 11 Disember 2014.

Jujurnya saya sendiri tidak tahu sama ada saya sudah bersedia atau pun tidak untuk berkahwin semula.

Pada tahap sekarang saya tidak terlalu memikirkan soal perkahwinan kerana sibuk menguruskan anak-anak selain karier juga padat dengan pelbagai aktiviti.

Namun Sari Yanti akui, ada ketika hatinya merasa sunyi  serta memerlukan kasih sayang seorang lelaki. Malah beliau pernah terfikir untuk berkahwin. Walaubagaimanapun, beliau menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT kerana tidak mahu terburu-buru dalam mencari pengganti.

Jika saya belum pernah berkahwin mungkin saya agak risau kerana belum berumah tangga tetapi saya sudah melalui kitaran berkahwin, mempunyai anak dan bercerai. Ada saya terfikir tentangnya tetapi ia sekadar itu sahaja dan tidak terburu-buru pun hendak mencari pengganti.

Insya-Allah jika ada jodoh pasti saya berkahwin dan menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Ilahi.

Gagal sekali tidak bermakna akan gagal selamanya. Siapa tahu kali ini mungkin Sari Yanti akan bertemu dengan jejaka yang boleh menerima diri beliau seadanya dan menjaga anak-anaknya dengan baik? Setiap wanita pasti memerlukan kasih sayang seorang lelaki meskipun kadang –kala mereka tidak mengakuinya.

Sumber Berita : mStar Online

10 responses to Dua Tahun Bergelar Janda : Sari Yanti Belum Bersedia Untuk Kahwin Lagi

  1. adudu says:

    lawa meh sari yanti ni

    0

    0
  2. Nisa says:

    InsyaAllah, Jodoh pertemuan rahsia Allah..
    Semoga yang terbaik utk kak sari yanti =)

    0

    0
  3. minah jambu say no to DRUG says:

    kau tu jambu sweet cute n maseh muda lagi cantek tk payah la nk ingat ingat nk cari jantan n nk berlaki pada masa ni..nk jadi pelakon kan ? ha jadi pelakon betol betol jangan jadi pelakon separuh jalan buang masa aje ..! cari duit betol betol n dapat kan anugerah bintang paling paling popular macm artis artis lain yg dh lepas lepas tu..capai cita cita sampai Berjaya ..jangan ingat nk berlakiiiiiiiiiiiiiiiiii aje tk habis habis……..jadi pelakon untok nk cari laki huh ! tk payah laaa buang masa huh !!

    1

    2
    • minah jambu say no to DRUG says:

      nanti bila dh berlaki lepas tu beranak beranak beranak banyak banyak tk habis habis pastu cerai huh !!

      0

      0
  4. melati says:

    memang lew blom sedia ,sebab yg ngorat byk Mat Rempit..!!!

    0

    0
  5. hijau says:

    dia ni knp bercerai ha??? lawa2 gini bercerai hmnm…

    0

    0
  6. Anonymous says:

    dia ni paling aku minat dulu,sampai skrg,tapi tak paham,apsal dia kawin ngan orang gila dulu tu.

    0

    0
  7. Tom Bollock says:

    den duk pilah ni dulu selalu nampak sari yanti ni tiap kali den minam kek kodai ah meng.. memang lawa dio ni dulu dari kocik laie.. zaman anak daro eh dulu ramai org kampung yg nak termasuklah si tokey ah meng tu n tokey gotah lantun. skang da jadi artis mmg susahlah nk dapek walaupun dah jando. huhu

    0

    0
  8. Mat k says:

    Kahwin je dgn gua, SY.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    memang cantik sari ni tak mekap pun flawless huiihhh gorgeousss

    0

    0