Written by AbangNara | August 15th, 2012

Secara jujur Abang Nara jarang melayan drama Tanah Kubur. Namun daripada apa yang diberitahu oleh rakan-rakan dan ahli keluarga, drama ini penuh dengan keinsafan dan pengajaran. Membaca Mingguan Malaysia semalam, Abang Nara tertarik dengan tulisan seorang pembaca yang mengkritik drama ini.

tanah kubur

Kalau tak silap Abang Nara, ini adalah kritikan kedua yang dikeluarkan oleh Mingguan Malaysia ke atas drama ini. Abang Nara selitkan apa yang ditulis semalam untuk tatapan anda:-

Saya sebenarnya sangat bersetuju dengan komen Puan Jamilah dari Kuang Selangor yang mana daripada beberapa sudut memang cerita yang dipaparkan dalam Tanah Kubur agak berlebihan. Setiap minggu saya mengikuti siri ini tetapi lima minit bermula kita sudah dapat menjangkakan apa yang akan berlaku dan bagaimana ia digambarkan.

Yang peliknya tidak mungkin kesemua jenazah yang meninggal itu berwajah buruk dan berulat. Memang benar balasan Allah SWT itu adalah pasti tetapi Allah jua tida akan mengaibkan jenazah tersebut. Bertambah pelik apabila setiap kali jenazah tidak disempurnakan misalnya tidak dimasukkan ke liang lahad, tidak muat, jenazah terlalu berat dan ada ular, kesemuanya itu dapat diselesaikan dengan doa Tok Adi sahaja.

Memang Tok Adi itu digambarkan seorang yang warak tetapi janganlah watak tersebut dilihat terlebih pula. Kadang-kadang penyebab kematian pun macam tidak logik. Setiap episod akan berdepan dengan kematian sedangkan untuk memberi pengajaran tidak semestinya mati dengan keadaan yang digambarkan sangat teruk.

Menarik juga tulisan si pembaca ini. Abang Nara tak boleh nak komen sebab jarang menonton drama Tanah Kubur ini. Namun Abang Nara pasti ramai di antara pembaca BeautifulNara merupakan pengikut setia drama ini. Apa kata anda? Adakah ianya memang berlebihan dan tidak wajar? Sila sharekan pendapat anda di ruangan komen.

18 responses to Drama Tanah Kubur Dikritik Penonton, Apa Pendapat Anda?

  1. Fikriadhiey says:

    entah.. aku xminat cita rashid siber ni. asyik2 psal background light+asap je time malam… haha. Btw… 7Ramadhan best giler!

    0

    0
  2. ahmad says:

    cerita nie elok.. tapi kenkadang.. kita takut kalau kanak2 yang melihat akan berpikir..
    kalau aku mati dengan islam nanti aku x buat baik mst kena macam nie..
    kalau aku tgk org agama lain.. elok je.. walaupun dorang x penah kenal Allah..
    Sekadar pandangan…

    0

    0
    • Hamba Allah says:

      Slm, pada pandangan sy biarlah anak2 kita diberi pengajaran begini krn Rasulullah bersabda org yg bijak adalah yg byk ingat mati & membuat persediaan utk mati. Rasulullah bersabda lagi ada 2 penasihat yg baik iaitu Aq & MATI. Biarlah anak2 kita ditakutkan dgn MATI drpd ditakutkan dgn HANTU. Bg sy drama tanah kubur adalah salah satu cara utk ingat mati. Sekadar berkongsi,silap harap maaf.. Wallahu ‘alam

      1

      0
  3. ucop says:

    ambil pada sudut positif..serta pengajaran yg ingin disampaikan..tq

    0

    0
  4. umi says:

    setuju dgn ucop..amek sudut yg positif..what u give u get back..rasenye anak2 skg lg bijak..bile diorg confuse kite terangkan..ISLAM ITU INDAH.. klu cerita agak berlebihn take it easy..yg penting ape yg nak disampikn smpi..

    0

    0
  5. elajb says:

    best jer cerite dia..apasal nk kritik plak.. dah nama cerita, korg boleh pk sendiri tak payah nak takut anak boleh tpesong dengan drama nie..ko y kene jage & ajar anak ko ahmad bukan nak salah kan cerita plak..

    0

    0
  6. izan says:

    Cerita ini sebenarnya sekadar renungan dan perlukan keinsafan dalam diri kita..kalu difikir semula memang tak logik tapi sape yang pernah lihat dengan mata sendiri tentu dia akan takut untuk melakukan kejahatan dimuka bumi ni…sbb tu allah swt tak nak tunjukkan ya..jadi renung2kan…

    0

    0
  7. jajaitmdungun says:

    cerita tanah kubur hanya menggambarkan perkara yang tidak baik sahaja, sesekali selitkan sama cerita yang baik atau perkara yang baik oleh orang yang nak mati tu, asyik2 buat perkara jahat aje, walaupun untuk pengajaran, tapi perlu seimbang dengan kebaikan supaya penonton tidak terus buat conclusion tentang penamat cerita tersebut…….

    0

    0
    • o_o says:

      smlm je bru tgk ulangan episod tanah kubur mgisahkn org yg meninggal dgn baik..muka bersih n bcahaya,snang diuruskn,xde mslh…aaron aziz pelakonnya.. :-)

      0

      0
  8. namapuntanahkubur says:

    “Setiap episod akan berdepan dengan kematian sedangkan untuk memberi pengajaran tidak semestinya mati dengan keadaan yang digambarkan sangat teruk.”

    nama cite pun tanah kubur, tu sebab lar setiap episod akan ada tentang kematian.. napa perlu kritik sedangkan ianya sekadar ingin memberi peringatan pada mereka2 yg masih terleka dengan “keindahan” dunia yg sementara ini agar jauhkan diri dari melakukan kejahatan & kemungkaran.. dan ya, mmg ada diantara kisah2 di dalam cerita tanah kubur tu kisah benar..

    0

    0
  9. zura says:

    tol 2…dah tajuknye pn tnh kubur…mesti r psl kematian…mmg citer ni best,bg keinsafan.tp jln citernye hmpr sm n penonton x perlu tgk smpai hbs sbb tau dah endingnye camne.mgkn pihak produksi prlu pelbgaikan jln citer bg mengelakkn kebosanan penonton…

    0

    0
  10. nor says:

    Kisah yg terdpt dlm tanah kubur ni, rsnya byk beri kebaikan pd anak-anak. Jgnlah takut terpesong pulak kerana ianya adalah gambaran buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat. Bukan semua cerita org mati muka buruk dan berulat, ada jugak mukanya berseri dan wangi…ada pengajaran yang nak disampaikan dan kita kena terima hakikat kerana Allah mmg dah tentukan balasan syurga dan neraka utk kita semua kerana hidup ini adalah ujian…
    Sy terfikir jugak, kalau anak2 tengok cerita hantu…anak akan jadi penakut, tengok cerita ganas, anak jadi ganas sbb byk hal kat sekolah berlaku sekrg ni…takut pegi tandas, main sepak terajang kawan mcm cerita ultraman, akhirnya bergaduh…mcm2… jadi, kita fikir positif dan jelaskan pd anak-anak akibat atau kebaikan daripada setiap cerita yang ditonton….

    0

    0
  11. iela says:

    kadang2 pelik dgn rakyat malaysia nie.. cerita yang baik2 de je xkena, nk kritik… padahal niat pengarah untuk mengingatkan sesama manusia… klu cerita yang xsenonoh 2 xnk pulak kritik… da nama cerita Tanah Kubur… Mesti la mengenai kematian… Memberi pengajaran kepada kte smua supaya beringat… kalau ajal da tiba, nk beringat pn xberguna lagi…

    0

    0
  12. saidin salahuddin says:

    salam …
    Terpanggil saya untuk mencoretkan satu komen ..
    Pertama pihak production Tanah Kubur perlu lebih PEKA DAN BIJAK ..contoh
    apabila satu scene ‘jenazah’ berbau ..busuk ..semua orang muntah ..nak menggambarkan busuk ..walhal kita perlu jaga adab depan jenazah ..perlu tahan ..xperlulah muntah ‘wekk..’ kita perlu hormat jenazah

    Kedua ..selepas jenazah dimasukkan ..ada si penggali kubur seperti melangkah jenazah .Itu mungkin kurang ilmunya .
    sepekara lagi tanah tanah untuk kambus jenazah ..dilihat begitu kuat ketika dijatuhkan ke liang .walkal kita diajar jangan sampai jatuh batu kuat yakni pernuh dgn lemah lembut dan berhati hati ..

    DIHARAP pihak TANAH KUBUR BUKAN SEKADAR BUAT DRAMA sahaja tapi ambil iktibar bersama .sekian

    0

    0
  13. Hana says:

    Tanah kubur adalah satu drama yang Bertujuan until memberi keinsafan kepada semua umat Islam.Ianya Bertujuan until memberi kesedaran pada Kita manusia yang senantiasa leka mengejarkan dunia Dan Lupakan tanggungjawab kita untuk akhirat.mungkin Ianya kelihatan mengerikan tapi itulah yang menyedarkan Dan pelajaran untuk kita. Termia kasih

    0

    0
  14. Muslimah says:

    Citer nih bagus. Boleh dijadikan pengajaran. Tambah2 lagi di zaman skank ni. Knp nk risau anak takut mati sbg Islam. Tanah kubur pun Ada siarkn episod yg menunjukan betapa indahnya mati dlm Islam. Citer ni bukan utk menakutkn sesiapa tp utk menyedarkn insan yang belum sedar. Takkan dh di ujung nyawa baru nk sedar yg kita sebenarnya masih belum sedar kn diri?

    0

    0
  15. Sila la says:

    walaupn sy bukan muslim, tetapi cerita tanah kubur merupakan satu cerita di mana penyampaian cerita tersebut jelas.. walaupun agak “over” tapi mesti diingatkn bahawa tanah kubur hanya lah cerita bagi menyedarkan sesetengah masyarakat yang yang lupa diri..

    0

    0
  16. Noma Nomi says:

    pendapat saya la, cerita tv/filem rekaan manusia semata-mata, apa yang dipaparkan hanya lakonan manusia yang menggambarkan Allah memberi balasan sedemikian kepada jenazah (di alam drama tu). Bukanke ini suatu rekaan2 yang dusta terhadap Allah.
    walhal situasi jenazah itu hanyalah lakonan dan rekaan. janganla mereka-reka senario yang sendiri. Ini berbeza dengan situasi sebenar yang disiarkan dalam majalah contohnya, di mana kejadian sedemikian berlaku di alam nyata ni, dan Allah yang memberi akibat itu, bukannya rekaan di ‘alam drama’. Di manakah kedudukan Allah pada pandangan mereka sehinggakan mereka memandai-mandai melibatkan-Nya dalam ‘alam drama’.

    0

    0