Written by AbangNara | July 21st, 2009

drama nurkasih nur kasih

Setiap minggu Jumaat malam jam 9.00 malam , mak kami compem akan pegang remote Astro (taknak bagi anak-anak dia alih channel TV) dan melekat layan drama TV3 Nur Kasih. Mula-mula heran jugak kami dibuatnya, maklumlah mak kami nie jenis tak layan TV sangat. Kalau ada drama yang dilayannya confirm cerita tue best sangat-sangat la tue.

Kononnya nak menjadi anak yang baik kami pun temankan mak menonton drama Nurkasih nie. Akibatnya sekarang setiap hari Jumaat kami pun dah penunggu setia kat depan TV. Memang mantap semantap-mantapnya jalan cerita Nur Kasih nie. Tambah-tambah lagi pengarah dia tak lain tak bukan si Khabir Batia. Ala, dialah yang mengarah filem Cinta, Sepi dan yang terbaru Setem. Memang kami cukup kagum dengan teknik kamera si Khabir Batia nie.

Bagi kami apa yang membestkan cerita ini ialah jalan cerita dia logik. Bukan macam drama-drama Melayu yang lain. Sikit-sikit cerita cinta korporat. Anak orang kaya jatuh cinta dengan anak orang kaya nie lah. Tambah best bila drama Nur Kasih nie banyak menyelitkan unsur-unsur agama. Setakat nie rasanya dah masuk episod ke 8 cerita Nur Kasih nie, makin mengelirukan jalan cerita dia. Buat saspen jer nak tunggu setiap Jumaat.

Apa pendapat anda tentang drama Nur Kasih? Ada komen? Ada nak bincang? Ada nak bagi pendapat tentang episod seterusnya. Oh ye kalau anda masih belum sempat layan Nurkasih nie, silalah ke laman web Nur Kasih di TV3 untuk lihat siaran ulangan. Diorang ada bagi streaming video Nur Kasih kat situ.

Oh ya lupa nak bagitau antara pelakon-pelakon drama Nur Kasih ini ialah Fizz Fairuz, Remy Ishak dan Tiz Zakiah. Mungkinkah sebenarnya drama Nur Kasih ini lagi hebat dari drama-drama Indonesia dan Korea? Anda tentukan.

117 responses to (ULASAN)Drama Nur Kasih Yang Mantap!!!

  1. viva^yaya says:

    setuju sgt2 dgn BN…eventough i’m a chinese n dislike most of malay drama, but for Nur Kasih, 100% for the drama…never miss to watch it every friday..

  2. jed hijau says:

    boleh tahan la….

  3. aries_april says:

    mnt goler citer ni…
    every week xprnh lpas…
    dia dh hbis study…
    this week dh nk convo

  4. pim says:

    mmg best betul crita ni…untung remy asyik kena peluk dgn sharifah sofia tu…..

  5. chaiyo says:

    yup…xdela best sgt…
    tapi ble tahan gak lar…
    cm xsuke ngn heroin dia aje…
    y len sume ok…
    tip top…

  6. puteriaquarius81 says:

    suka2… very2 the best..

  7. mcD_Kfc says:

    mmm x mengikuti la citer ni uuhuhuuhu….
    best ke????
    citer skit puteriaquarius81…hehehhehehe

    • BumBLeBee says:

      aku pun sama…x tngok pun…sebab 1st tengok nmpak adegan peluk2…..maleh arr… :P

      • puteriaquarius81 says:

        Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yg mempunyai karaktor yang berbeza. Aidil seorang anak yg akur sgl perintah ibu bapanya, penyabar dan sgt menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang2 di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hdup dlm suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

        Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh iaitu aidil. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai 2 orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan. Nur tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

        Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

        Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

        Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. . pastu korang cuba la tgk sambungannya. best tau

      • cute says:

        cete ini mmg best lorr…tp y myamph ad kisah prempua tak tahu malu pulak tu….dari babak tu ak tak suke la

  8. Akak Leen says:

    baru suggest, u dh kluarkn story nih…thanks nara..
    kami kt sini mmg x tau sgt perkembangan cite kt msia tp tiba2 kt sini rmai plak kaum ibu layan cite ni… then i pun cuba jgk la tgk, bes la ….ada nilai2 keislaman walau pun ada la bbrp part mcm x kena skit islamic nyer tuuu…huhu
    nara, bleh x tukar gmbr kt atas tu? letak la gmbr yg bertudung & barisan pelakon yg lain…

  9. kien says:

    mmg best giler ar citer ni. 1st n 2nd episode boring sikit n pastu br nmpak jln citer dia. every week x penah mis…tp bab2 peluk tu nyampah pulak tgknyer….over sgt

  10. test123 says:

    aku suka awek ni…

  11. lea says:

    act, i pon addicted dengan drama ni..tak tau nape, TERtengok episod 1 je jumaat malam tu, then, terus rase ade something dengan drama ni, something yang buatkan i tertunggu tunggu. jalan cerita dia sungguh menarik, penghayatan yang bagus. i siap download sume episod cite ni and wat collection. act i tak berape suka tengok cite n tgk tv, boring, tapi cite ni buat i tertunggu2..memang cite ni ade something yang leh buat i rase sedih, happy, suspen, menyampah…khabir bhatia memang best…suasana kampung dalam cite tu yang ditunjukkan memang lawa, mcm kampung i dulu2..tapi sekarang dh tak de…org dah malas nk kerjakan sawah…sumthing was left behind..and satu kerugian yang nyata…

  12. DelimaSaraa says:

    i love this movie….

  13. pretty says:

    cerita ni memang best, tapi kalau tema lagu filem ni di tukarkan yg lebih mendayu lagi best… ala ala ayat ayat cinta gitu….

  14. miss LOVING says:

    suke3….hehe..
    jalan cerita yg menarik..
    sdih tgok citer ni…
    kesian tgok nur tu…isk2..

  15. aries_april says:

    tpi ksdhn, aidil ngan sarah kan?
    adam dng nur….

  16. BUZZ says:

    ala setakat cerita je!!
    watpe nak kesian…
    lagi kesian kat Marwa yang dah meninggal.

  17. aries_april says:

    BUZZ, u ada fkir x klau reality story in, crta tntg diri u…
    mau nya si aidil yg baik tu u…
    @ u nk yg wtak jhat tu…?
    si adam…
    klau u pompuan…
    u nk jdi si sofea tu…
    :-)
    @ nk plih si nur?

    fkir la skit..
    kta kat sni bkn nk gduh…
    our opinion mmg beza…
    msg2x ada hak nk luah mcm mn dia orng rsa.
    u tk leh kata orng cam gitu…

  18. afissy says:

    first aku tgk citer ni, boring…msk mggu ke 2 & sampai skrg, aku xpenah miss…mmg citer yg plg best…xde pelakon gedik2 mcm sestgh drama lain….mmg best & best giler…

  19. Zaza Muhammad says:

    Supportlah Cerita2 buatan Malaysia….!!!!!!
    Dgn jujurnye, aku x tgk aa cite ni huhuhu…tatau psl apa. X minat. Aku pun x jugak tgk cite indon, spain, korea etc yg meleret2 tu. Dlm erti kate lain mmg x minat tgk telemovie kot…. Kpd sesapa yg minat cite2 sinetron indon tu, henti2 aaa, better korang tgk cite ni, kakak aku pun kate cite ni best…..
    Berbalik sinetron indon ni, aku tgk lam youtube, trailer cite Manohara, buruk tol dia blakon, baik xyah aa…jadi model je…..
    yg pasti dia ngan mak ye kena saman RM105M oleh hubby dia sbb fitnah…
    teng3x…

    • jed hijau says:

      zaza bila kita nak tukar warna tudung…???? dah nak posa dah ni…..tukar tudung baru yok……

      • Akak Leen says:

        amboiii…nk tukar tudung pulak…jeles la aku…. tudung dlm citer nurkasih ni pun cantik gak… tingin la nk cari tdung dh melekat dgn awning tu, skrg ni tgk ada byk pesen la…

        • DelimaSaraa says:

          ada byk kak….beli online pun boleh….tudung ariani..saraa pakai tudung jenis tu jer..senang, jimat masa dan cantik

      • Zaza Muhammad says:

        yalor… hmmm nk tuka gmbo aa.. tp klu tuka ari ni wase2 lagi 2 3 minggu kot kua hahahahahaha….

  20. aries_april says:

    be honest la kak zaza…
    xsmua citer mlyu ok cam citer ni…
    ada sstngh ja…
    aries ni mnt smua crita…
    but, crta tu msti mnrik mnt aries…
    xkra dri ngra mn…

    • Zaza Muhammad says:

      masa zaman muda2 lu ( dah tua skarang ni ohok2) antoo ngan cite cina hong kong hehehe….

  21. AIN says:

    drama NURKASIH yg MANTAP!
    memg mantap n meletop

  22. aries_april says:

    napa x 10000% ja sara?

    • DelimaSaraa says:

      cukuplah tuuu..kang nanti bg bebanyak kan gang2 pengarah, penulis skrip, editor, pelakon perasan plakkk…kasi % stakat mana kiter tgk jer…hehehe…

      Transformers tu aku dh tgk last week, huh, MENGANTOKKK tahap gabannnn…..ntahlah, aku tak minat kot citer2 cam gitu…cian aku..peapapun tahniah tranformers sebab menarik aku untuk gi tgk wayang buat kali kedua dlm hidup aku

  23. Luna says:

    ni la drama yg paling best aq tgk stakat ni

  24. Akak Leen says:

    lagu tema dia bes la, yassin ek nyanyi? tp x jumpa la full version…

  25. pinkpanther says:

    x pernah tengok pun ingatkan x best…………

  26. yana yana says:

    tgk gak..best!!! drama melayu bukan takda yang best, cuma.. kelemahan kat fokus kamera ja.. tgk cam cita korea, sama ja, tapi sebab dorang pandai fokus kamera dgn betul dan jelas dat y la nampak cantik sgt, reaksi muka pelakon pun kita dapat baca…
    apapun, remy ishak memang hensemla… hero melayu sejati!! huhuhu

  27. (^_^) says:

    best..best..best..

  28. boboy says:

    ha….korang nak download cte TV yg best dgn senang dan xyah cari2 lagi link… meh join

    worldmessenger DOT ning DOT com …..kat situ berlambak cte best!

  29. x tgk pun tp sy ni sedara ngan fizz fairuz 2.dia ni kt luar muka sama je mcm dlm tv x hensem pun,pas2 mak di cite dia ni punyelh nk blkon cite ni trpakse bljar ngaji bla ngan kakak dia.sori ek fairuz.bocor rhsia.

  30. prosak says:

    best gler cte nie….unsur2 keagamaan yg kuat….heroin dia blakon mmg mantap x mcm pasha sendat tue…..kira pelakon2 dia semua mantap la walaupown ramai pelakon baru…..

  31. cicikgurl says:

    Huhuhuhuhuhu…..Sukenyer kat citer ni….wajib tgk setiap jumaat….mmg besh la…. :D

  32. Apple says:

    betul tu. citer yg paling best buat masa ni. x ada cietr lain yg blh menandingi kehebatan Nur KAsih.(buat masa ni la) semua pelakon berjaya menghayati watak..suke tgk lesung pipit fiz fairuz..cutenye

  33. flygurl says:

    yup…citer sgt best.
    lakonan diorg sgt best.
    nanti aidil akan kawen ngn ayu raudhah…
    ayu raudhah berlakon jadi ustazah.

  34. yana says:

    mmg best giler lah cite ni..mantop!!
    drama mlayu len da bosan..x abes2 cinta,dunia korporat n ntah ape2 ntah..

  35. Rina says:

    Hey, you all tau ta’. Drama ni niru drama indonesia yg judulnya’ ta’aruf. Dkat indönesia dh bnxk crta mcm ni, dasar tkang jiplak

  36. Someone says:

    Bangga nalah mike dgn cerite ni, ape mike tak tahu drama ni jiplak drama indonesia yg judulnya ta’aruf. Lgpun d indonesia sane cerite2 seperti ni ala2 ayat2 cinta, ketika cinta bertasbih, kiamat udh dkat, lg musim2nya, cek könonnya lah produser nur kasih tinggal nyontek aj, dia kira tak ad tahulah, dasar tukang contek

    • Rin says:

      peduli apa aku dgn CITE INDON!! drpd mngadap cite indon bckp mcm beruk, baik tgk cite jepun n korea!!
      lg bodoh astro aruna duk promote2 cite indon. cite dr ngara lain lg baik kualiti drpd cite indon oiiii….

    • Akak Leen says:

      alaa…skit2 nk ckp tiru cite indon, jln cite ni biasa jer, dlm novel pun berlambak & tv msia pn byk jgk cite2 mcm ni terutama time bulan puasa tp yg menjadikan nur kasih ni menarik sbb cinematography yg menarik….
      dengki betul la dia nih…

      • sha_shira says:

        ha’ah la…w0i blik INDON la wei…
        citer INDON bleh wat sapu lantai…
        x de kualiti, berbelit2 ssah nk fhm…
        plakon plak ntah pape…
        citer INDON jarang2 ade yg bleh ditrima akal pkran…
        sume mngarut…
        cth2 citer INDON yg bleh dicampak ke laut ; BAWANG PUTIH BAWANG MERAH, UPIK ABU & LAURA dll.
        klu nk tlis sume mmg x muat ruang….

  37. izz says:

    betol tu aku sokong memang cite dia power gedemakkk. . .gemparr beb. . .

    padahal slalu aku on tv3 aku malas nak tengok. . .tetiba ari nie aku tengok kat youtube sampai episode 8 skali. . .

    jadi akan aku tunggu episode yg ke 9. . .tak kan ku lepasss kan. . . .

    aku nak ucap mekasih sangat la aku suka2 sangat nie lelaman beautifulnara. . .cooolllll

  38. fizz fiza says:

    btol.citer ni best. dulu x layan tp bila skali layan trus melekat. tp tiap kali nak feeling je iklan masuk..huhuhu

  39. Rin says:

    mmg best scene2 dlm nur kasih ni.. nmpk cantik jek n mnarik nk tonton.. aku layan, sbb plakon dia xde briye n d buat2..

  40. Someone says:

    To:rin says. Lg best cakap mcm beruk, daripada muke you mcm beruk sun go kong,Engkau ni org islam kan. Harapkan agama aje islam, kelakuan mcm org kafir. Umpat2 org lain, engkau umpat2 pun, org tu kat indon tak dgar pun, tak luak pun duit dia org. Engkau ni dengky aj, dengky tande tak mampu.

  41. Lady lezer says:

    Nak 1 jute cerite best tentang agame pun d tengok tapi perangai tak cerminkan agama, tak bermartabat buat ape, boleh tahan gune jilbab tapi hati you busuk, hasad, buka ajelah jilbab tu tak guna

  42. sriwangi says:

    citer memang bagus. Anak umur 6 tahun pun suker.Pelakonnya semua mantap n meletup.

  43. fazieyla says:

    cite nie memang terlalu hebat..sampai tak terkate..tabik kat kabir bhatiar..tak sangke dia akan buat cite macam nie..kalau terlepas tgk cite nie,sanggup tgk online..asalkan updated..

  44. arepull says:

    very nice drama..tabik pada khabir bhatia…

  45. Kuah Daging says:

    ada lagu untuk nur amina, boleh tahan gak.. sesuai ganti lagu yassin.. hahaha .. klik kat nama aku ni kalau nak tengok kat youtube.. link kat bawah ni pon same je..

  46. aquagirlz says:

    kengkawan… bleh citer x apa yang berlaku
    pada episod mgu lepas?
    xsmpt tgk ar…

  47. apa punya LALO says:

    Tahniah,, syok jugak la citer ni. Skrip yg bagus.

  48. myzara2u says:

    tahniah kak mira n kabir , mmg best cite nie..

  49. rynn says:

    i really love this drama….buatkan i terasa ingin jadi macam nur amina….cerita yg banyak pengorbanan untuk kebahagiaan org lain….make up pelakon tak over macam drama lain..kalau betul2 menghayati ..banyak memberi kesedaran….kecuali org2 yg ego…..bosan dah tgk drama melayu yg tayang kereta mewah..rumah mewah….hidup mewah….congrats tu director menghidupkan cerita real life kg….really brilliant…

    • ketupat says:

      salam..u nk jd cam Nur Amina ke..i jadi Adam ok..hahaha..

      wahhh bestnya kalo dpt bini cam Nur Amina…bestnya..bestnya…sejak asyik tgk Nur Kasih ni, tiap2 malam mimpi nur Amina..hek3..

  50. xramzyx says:

    salam alayk..
    haha..
    cite ni mmg besh..
    eventhough all my frens hate me bcoz watching malay drama..accordance to them “buang mase je”..
    but dis drama was awesome n so much inputs dat i got in order to improve myself to be a better man..
    syukron..

  51. arina says:

    best r…tp x dpt nk tgk selalu cz duk kt hostel…huhuhuhu

  52. white_car says:

    mmg BEST smpai tahap GLER!!

  53. sweet girl says:

    cite nur kasih ni best gila.mak saya kalo tengah tgk cite ni mesti kuatkan suara

  54. epi says:

    drama antara yang terbaik, seperti drama lakonan rosyam nor sewaktu awal ketika dulu..

  55. arerouge says:

    tak da lah terbaik sgt, aku tgk dah makin jadi citer sinetron indon pulak…nak2 watak ummie nazira tu…tcliche sgt buat lah dia jadi betul2 insaf ke ni macam gitu jugak

  56. rose says:

    best sgt citer ni….tiap hri jumaat mlm x der spe yg akn dpt pgang remote…..x sbar nk tgu next epd every week!!!!

  57. dee says:

    pelakon NUR KASIH memang pandai ‘berlakon’. .. sedih sebab si heroin pakai seksi bukan main dalam paper semalam..perempuan islam , melayu ….

  58. nur cahaye says:

    aku selalu berangan citer macm ni kua kat tv…..lakonan dia mcm dlm reality…pndi dioarg melfz dialog…..aku nk jd pelakon jugak la…

  59. Geli Hati says:

    Cerita Nur Kasih ni kalau ikutkan cara pakaian seperti kehidupan kebiasaan orang melayu kita. Cerita realiti orang melayu kita. Tidaklah selalu disogokkan dgn cerita orang kaya dgn pakaian seksi sajer. Jatuh cinta juga dgn drama Nur Kasih yg nampak asli. Semoga boleh dpt anugerah Skrin 2010 eheh…

  60. Geli Hati says:

    Yg gelihati ialah aku tengok waktu siaran ulangan TV3 waktu petang. Itupun setelah aku dapat tahu yang drama Nur Kasih hangat di pasaran eheh.

  61. Geli Hati says:

    Terima kasih kepada penerbit drama Nur Kasih yang membuat drama ini berkonsepkan keagamaan.

  62. Kilam says:

    Tahniah dan terima kasih kepada penerbit Drama ini.. semoga dapat diperbanyakkan lagi dram seperti ini..

  63. yupii says:

    Wah best nya movie nie…tp ada stu part yg saya x puas hati ngan movie ni..saya heran ngan pelakon adam,mcm mna dia blh terlepas..nie lah part yg plg saya x ska..n den napa plk c adam nie blk ke mumbai pulak..tapi yg pntg movie nie memeng meletup punya lah..chayo..

  64. Dapatkan set DVD ‘Nur Kasih’ melalui pembelian secara online dan nikmati diskaun20% dari harga asal RM99, sebanyak RM79.20 (tidak termasuk kospenghantaran).

    Layari http://www.tv3.com.my/nurkasih sekarang!!

  65. […] Tiz Zaqyah dapat tempat ke 5 tue beb. Mungkin sebab drama Nur Kasih atau mungkin sebab ramai orang cari gambar bersosial Tiz […]

  66. DENGAN PEMBELIAN SET DVD NURKASIH INI JUGA ANDA BERPELUANG UNTUK MEMENANGI HADIAH ISTIMEWA DARI GINTELL =)

  67. yanon yanin says:

    mule2 aku kutuk hbs r cte ni..da lme2 mber2 seme lyn..pas2 aku lak lg over dr dorg..haha..mmg tip top r cte ni..aku suke wtk mak adm n aidil..mmg mcm real mak..x kaku lnsg blakon..syabas r mak cik.. then alyah 2..wah..gler lawa pkai tdg..kalo blh mmg nk tgk die pkai cm2 slalu r,,mmg cun gler,,xde r srabai cm si sarah 2,,

  68. secretz...... says:

    klau tiz ngan remy ishak pun best gak tau sama padan tau,best gak cite nur kasih syenak ucap congrate

  69. no comment says:

    tiz!pakailah tudung cepat……….baru cantik sikit…….

  70. bla,bla says:

    hai tiz pe khabar klau tiz kai tudung kan mesti semua terpikat lah nak jadikan tiz menantu,tau tapi sye tak lah nak kutuk yang tiz tak lawa klau x pakai tudaung,okah,semoga berjaya dlm hidup

  71. fiz says:

    bagi yg masih tak puas2 tonton nur kasih boleh tgk di watchnurkasih.blogspot disini semua video sudah dibuang iklan yg pjg2 tu…layannnnnn

  72. Abang Nara says:

    mmg best drama ni..suka sangat

  73. aku_statix says:

    best drama in mlaysia…
    at least for right now….

  74. icyhazel says:

    drama ni memang best. sangat2 menjadi. tahniah buat pengarahnya serta barisan pelakon…

  75. Download drama-drama dari tv3 melalui mpvideo.us.to dengan mudah tanpa trik dari Addon, perisian dan source code viewer.

    Sila refresh page laman web kami sekiranya anda menemui “server not found” error sebab kami ada masalah DNS.

  76. azrin says:

    nur kasih mmng best.lakonn diorng mmng mntp!!!!!!!!!!!!

  77. jes says:

    nur kasih memang best gile,aku x penah mis tgk cite ni kalau blh siarkn lagi.

  78. kimi kimi yee says:

    Drama Terbaik setakat ni d Malaysia setanding ngan Ayat Ayat Cinta Indon, Kuch J=Kuch Ho Ta He Bollywood, Titanic hollywood, mcm sambal belacan secukup rasa , ada sedih, ceria, kejutan, sex appeal ( ni yg kureng ckit!} dll. Congrates Khabir & wife u r great!

  79. Awesome post, hey I found this post while googling for lyrics. Thanks for sharing I’ll email my friends about this too.

  80. Only want to say your article is as tonishing. The lucidity in your post is simply striking and i can assume you are an expert on this field. Well with your permission allow me to grab your rss feed to keep up to date with incoming post. Thanks a million and please keep up the a uthentic work.