Written by Bella | March 20th, 2016

Semalam telah berlangsungnya Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL2016), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ia adalah tahun ketiga anugerah tersebut diadakan bagi menghargai  penggiat seni, drama serta filem yang dihasilkan oleh anak tempatan.

Malam semalam, drama terbitan JS Pictures milik Azman Hj Yahya (Jinggo) dan Sheila Rusly iaitu Kau Aku Kita telah berjaya membawa pulang 6 trofi termasuk kategori Drama Pilihan DFKL2016.

Anugerah lain yang dimenangi oleh team drama Kau Aku Kita adalah Azman Yahya( Jinggo) sebagai Pengarah Pilihan.

Pelakon utama mereka , Saharul Ridzwan dan Janna Nick turut memenangi trofi Aktor Pilihan dan Aktres Pilihan. Mereka juga menjadi pilihan pengundi untuk diangkat sebagai Pasangan Pilihan.

Meneruskan kecemerlangan Kau Aku Kita, penulis skripnya, Rehal Nuharis pula membolot trofi Skrip Pilihan.

Berikut senarai penuh pemenang Anugerah DFKL2016:

Drama Pilihan – Kau Aku Kita

Aktor Pilihan – Saharul Ridzwan (Kau Aku Kita)

Aktres Pilihan – Janna Nick (Kau Aku Kita)

Pengarah Pilihan – Azman Yahya (Kau Aku Kita)

Pasangan Pilihan – Saharul Ridzwan & Janna Nick (Kau Aku Kita)

Skrip Pilihan – Rehal Nuharis (Kau Aku Kita)

Lagu/OST Pilihan – Mungkin Kamu (Sissy Iman -Ost Eksperimen Cinta)

Antagonis Pilihan – Ruhainies (Hello Mr Perfect)

Drama Pendek Pilihan – Kembara Si Kecil (Muhammad Firhdaus Rahmat)

Sumber Berita : BH ONLINE

29 responses to Drama Kau Aku Kita Menang Besar Di Anugerah DFKL 2016

  1. Anonymous says:

    PERGHH!! tERBAEK , sAYA sokong hundred persen ..

    0

    0
    • Nonny says:

      Drama js picture latest yg aku suka :
      – Kau aku kita
      – Anakku diva
      2-2 tu je drama yg boleh pakai nak banding dgn drama2 lain lagi2 kat slot akasia tu ish.
      Tahniah atas kemenangan ! Hopefully akan ada lagi drama2 yg bagus mcm ni

      0

      0
  2. el says:

    aku suke janna nick menang, nasib tak ayda jebat yang menang, tapi drama ni tak best lansung,

    0

    0
  3. Anonymous says:

    antagonis tu…pompuan kayu tu berlakon. Lawak!

    0

    0
  4. Fitri says:

    Wei kenapa cinta si wedding planner 1 pn x menang ni x adil btul

    0

    0
  5. mak c kina says:

    cite bes..pelakon xcontrol cun..janna nick mcm suai je watak mcm ni..tp camne pelakon tu blh menang antagonis pilihan?..ke org undi dia sbb xsuka dia belakon?…hahaha..

    0

    0
  6. Eddie says:

    Kenapa drama teman lelaki upahan, dia isteri luar biasa tidak masuk bertanding, pasti lagi best dfkl, teman lelaki upahan drama yg paling best yg pernah aku tengok. Akulah balqish pun rasanya lagi layak

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Tahniah kauakukita Korg mmg layak menang..drama mmg best.
    Tgu kauakukitaraya plak..

    0

    0
  8. Benci artis munafik!!!! says:

    Drama melayu paling best pernah aku tengok..pelakon tak kayu..paling penting pelakon tak perlu terhegeh2 nak guna pengaruh untuk berlakon slot akasia..semua usaha dengan bakat sendiri..annoying aku tengok hero heroin slot akasia sekarang..entah dari mana datang tiba2 jadi watak ulama..saharul dengan janna ni berlakon banyak drama baru berpeluang pegang watak ulama..itu yang aku salute..bakat ada rupa ada..attitude paling best..sebab tu cerita ni jadi rating paling tinggi walaupun bukan tayang slot akasia..rezeki masing2..kita tengoklah lepas ni siapa lagi berlakon slot akasia..kita tengok je..bakat tak ada..kalau tak ada bakat dalam lakonan duduk rumah jela,jangan sikitkan mata orang tengok lakonan korang..ye pon nak berlakon peganglah watak kecik2 dulu..pergi kelas lakonan..lepas tu sombong..munafik depan peminat..aisyyyy…serius aku benci gile artis attitude macam tu..kepada pendatang baru,silalah pergi kelas tu,improve bakat kalau betul minat berlakon,jangan batak nak kejar award je..salute dengan drama kau aku kita..aku berani cakap sebab aku pernah jumpa hero heroin ni,ikhlas giler layan peminat..tak macam sesetengah artis tu..!!!berpura2 je tengok sampai bila kau boleh simpan attitude kau tu..

    0

    0
  9. Own says:

    Asal aku tngok muka amira cm lain je tiap kali janna nick naik pentas.. opss..hee..

    0

    0
  10. Hehe says:

    Ayda jebat mana??? Tak menang apa2 ke
    Hahahaha..ni juri ke undian fans ye??

    0

    0
  11. Asd says:

    Pemenang yg dapat dijangka dari stage nomination lagi, Saingan semua drama yg tak berapa tu yg boleh menang. Mohon next DFKL lebih telus dari stage pemilihan lagi. Dan tolong jangan buat 100% undian. Tahun lepas boring, tahun ni berganda boring.

    0

    0
  12. Tomahawk says:

    nonny nadhirah patut menang antagonis, mcm ne si ruhainies menang pon aku tak tau r, kaku je berlakon.

    0

    0
  13. Anonymous says:

    antagonis sepatutnya dimenangi oleh Nonny Nadhirah..sangat menjadi dan beliau adalah pelakon yang baik serta bonus untuk wajahnya yang cantik

    0

    0
    • miss kepah says:

      Betul tu…nonny x buat muka mcm yang sherry alhadad buat tu untuk watak antagonis, mimik muka and lontaran suara bersahaja je pun dah buat org sakit ati meluap2.. she deserves an award!!!

      0

      0
  14. aku says:

    kannn..aku pun x paham pelakon kayu bole menang watak antagonis tu.. aku igt..kakak dia yg berlakon suami aku playboy ke apa tu..yg kayu..rupanya..adik dia lagi kayu..kah3..tp xsangka..ade gak org yg suka kayu ni..kih3 nk wat cmne

    0

    0
  15. Dee says:

    sorry lagu OST bukan lagu AJL AKIM yg suppose menang ?????? Antagonis … tolobng la … berlakun x feel kakkuuuuuuuuuuuussss boleh menang .. saper juri2 dfkl ni ?????????

    0

    0
  16. Kaknonn says:

    Dh dia juri anugerah festival drama bla2 ni.. Mesti markah lebih kt drama sendiri kau aku kita tuhhh. Yeekkkk

    0

    0
  17. Kaknon says:

    Dh shiela rusli one of juri anugerah festival drama bla2 tu… Mesti markah lebih kt drama sendiri kau aku kita tuhhh. Yeekkkk

    0

    0
  18. Entah apa2 says:

    Korang ni taw ke tak dfkl sepenuhnya undian peminat apasal pulak juri yang bagi markah..tula tak taw tanya la dulu..da memang peminat kau aku kita aktif support habis habisan.. Da korang tak support drama lain tak payahlah banyak mulut..juri2 keje dorang cari bakat baru je,bukan main tangkap muat punya bakat!!..aku tak adalah pulak tengok hero heroin kau aku kita ni sibuk dok ingatkan fans suruh undi dorang setiap hari,tak macam seseorang artis tu..hahahah..kalau korang nak result yang kononnya betul sangat korang tunggu jela anugerah skrin..tak payah memasak dekat sini..!

    0

    0
  19. Entah apa2 says:

    Korang ni taw ke tak dfkl sepenuhnya undian peminat apasal pulak juri yang bagi markah..tula tak taw tanya la dulu..da memang peminat kau aku kita aktif support habis habisan.. Da korang tak support drama lain tak payahlah banyak mulut..juri2 keje dorang cari bakat baru je,bukan main tangkap muat punya bakat!!..aku tak adalah pulak tengok hero heroin kau aku kita ni sibuk dok ingatkan fans suruh undi dorang setiap hari,tak macam seseorang artis tu..hahahah..kalau korang nak result yang kononnya betul sangat korang tunggu jela anugerah skrin..tak payah memekak dekat sini..!

    0

    0
  20. anum says:

    anugerah sampah, drama pun sampah jugak….. jgn mareee, pendapat aku yg meminati drama melayu

    0

    0
  21. jaja says:

    Drama kau aku kita best, cuma lakonan Janna Nick agak over smpai nampak pelik over tomboy dia, Best lg drama dia sebelum ni. Sorry.

    0

    0
  22. Anonymous says:

    Kau Aku Kita terbaek punya lah

    0

    0