Written by AbangNara | February 3rd, 2014

Drama Ariana Rose sememangnya menaikkan nama Keith Foo yang membawa watak Tengku Adam. Namun sayangnya telah timbul beberapa kontroversi kerana watak Tengku Adam yang dibawa oleh Keith Foo memerlukannya untuk bersolat dan membaca Al Quran. Untuk makluman, Keith Foo adalah seorang pelakon bukan Islam dan lakonannya sebagai Tengku Adam sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang senang pihak-pihak tertentu.

keith foo ariana rose

Antara persoalan yang ditimbulkan ialah “tak ada pelakon Islam lain ke sampai kena bagi watak tersebut kepada pelakon bukan Islam?”. Namun menerusi Metro Ahad, penerbit drama tersebut, Ziela Jalil telah tampil untuk memberikan penjelasan mengenai pemilihan Keith Foo sebagai pelakon utama. Kata Ziela:-

Sebelum ini kita melamar Adi Putra untuk memegang watak Tengku Adam tetapi memandangkan waktu itu dia berhadapan dengan isu peribadi, stesen TV meminta saya memilih pelakon lain.

Sebelum kita tawarkan watak itu kepada Keith Foo, banyak pertikaian ditimbulkan pembaca setia novel Wedding Breaker yang diangkat menjadi drama Ariana Rose. Malah mereka kurang bersetuju dengan pemilihan Adi Putra.

Pada mereka yang sesuai memegang watak utama itu adalah Remy Ishak dan Aaron Aziz kerana perkembangan karekter Tengku Adam yang berubah menjadi warak.

Mengejutkan apabila Keith dilamar dan memainkan watak Tengku Adam, ramai pula yang boleh terima. Mereka seperti tidak percaya pelakon yang mula mencipta nama di Indonesia itu mampu melakukannya dan nampak sesuai.

keith foo ariana rose

Mengenai babak Keith Foo bersolat dan membaca Al-Quran, Ziela Jalil berkata:-

Kita harus melihat perkara ini dari sudut lebih besar dan positif kerana apabila kita berdakwah ia tidak seharusnya tertumpu kepada mereka yang beragama Islam saja. Rasullah SAW juga berdakwah kepada yang bukan beragama Islam.

Bayangkan untuk memegang watak Tengku Adam, dia turut membaca buku berkaitan Islam dan mendengar ceramah dari ustaz seperti apa yang digambar dalam Ariana Rose.

Sebagai penganut Islam, kita harus faham hidayah itu milik Allah. Mana tahu kerana drama ini, hidayah sampai kepada Keith.

keith foo ariana rose

Abang Nara tak tahu sangat bab-bab hukum lebih-lebih yang agak “complicated” sebegini. Mungkin ada antara pembaca BeautifulNara yang arif dalam bab ini dan sudi berkongsikan pendapat. Apa pun Abang Nara setuju bab hidayah tersebut. Mana tahu Keith Foo terbuka hati nak memeluk Islam. Bolehlah tukar nama jadi Tengku Adam terus. Sama-samalah kita doakan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

105 responses to Drama Ariana Rose Tiada Niat Persenda Agama – Ziela Jalil

  1. masi says:

    First

    0

    0
    • Ritu vs Aya says:

      Klu dah desperate sgt contohnya semua pelakon lelaki dlm Malaysia ni dah meninggal dunia, mungkin Ziela leh bagi jawapan mcm ni… masalahnya byk choice lagi kan… Klu pelakon Muslim solat dan baca Quran maybe mesej lebih sampai klu nak bandingkan dgn pelaokn non-muslim. Ini dah la mesej x berapa nak sampai, motif drama cinta-cinta-cinta manjang, siap bertelagah pasal pelakon bagai…

      0

      0
      • nasi ayam sedapp says:

        best lagi citer Love You Mr Arrogant,
        citer ni aku suka Keith Foo..tapi drama mcm tak best jer, best lagi novel dia.

        0

        0
        • Love You Mr Arrogant says:

          baik ambik Keith Foo fresh skit sebab aku dah bosan dgn pelakon sama.
          sape yg persenda ni.? tak adalah hot mana isu ni….ni saje jer nak naikkan rating, rasa sebelum drama ni tayang yes ada jugak pengomen ckp pasal ni…lepas drama ni tayang…rasa dh tak ada dah yg ungkit….ke abng Nara yg terlambat update, patutnya Nara update story ni before Ariana Rose tayang..baru sesuai.

          0

          0
        • kurang menyengat la rasenye citer nie,bosan dgn isi citernye…semua org sukakan ariana rose mcm xde jln citer laen..kebanyakan novel jln citer msti nama nk sdap2 xnk kalah,pas 2 yg lelaki semua gilakn yg pmpuan bajet hebat sgt lah yg pmpuan nye mulia sgt hatinya smpi dah xnmpk pelakon lain dahh,dah mcm korang bertiga jer yg berlakon,pas 2 adalah pulak pelbagai usaha utk mendapatkan si gadis yg nenen londeh 2,bajet2 xsuke kena rogol tp muka mcm stim jgk la kn berlakon aksi mcm 2..aku tgok citer nie aku gelak jer tgok watak pmpuan 2,novel aku mmg xsuke baca sb kebanyakan jln citer yg sme,sume lelaki melekat kt pmpuan yg sma…uhhh,busaaann…bg aku novel n citer nie gagal sama skali..org suke tgok pn sb CINTA…cubelah cri kelainan sikit..lpas nie mohon sgt pengarah2 kt msia nie klu novel yg jln citer mcm nie jgn wt drama lg,bosan kot…yg pmpuan jual mahal,yg lelaki mcm xde pmpuan laen nk kejar jgk c nenen londeh 2..lgpun watak fatia sgt membosankn mungkin sb die slalu bwk watak mcm 2..mmg bosan tgok mimik muka die..keith plak mcm agak kaku ckit..yg lg sorang ntah sape ntah boleh la nk mula tapak…

          0

          0
        • honestly, amek keith foo pon ok kot…ni laa ciri2 yg spatotnye ada kalau nk jd hero…hensem, body taf, macho, maskulin n etc….kadang2 asik amek hero yg same pon bosan ye x ?
          cuma bezanya kt sini dia ni non muslim…tu pon nk kecoh2 ke ?
          sdangkan mat saleh kt US tu pon kaji Al-Quran n Islam ni kan pulak Tengku Adam yg hanya mgaji n solat….
          who knows dat one day dia mndapat hidayah yg kita sndiri x sangka n mnjadi lebih baik dari kita…cth Adam Corrie, Ridzuan Tee, Felixia Yap, Mizz Nina….
          sama2 lah kita doakan yerk….
          selalulah bersangka baik…InsyaAllah hati mnjadi tenang (copy paste Adam Corrie punya ayat :) )

          0

          0
        • amoi says:

          So far aku tgk KeithFoo ni ok jer berlakon..xde plak kaku2 mcm pelakon2 baru lain..tapi aku suke lagi watak haris…nape x amik si haris tu je jadi tengku adam…hahahaa…tp ok laaa watak tengku adam…aku suke sume pelakon ariana rose..

          0

          0
    • Ily says:

      bla agaknya aku nk jmp jodoh? :(

      0

      0
    • zuanzuan says:

      dah persendakan agama islam, suruh kita, si penonton berfikir secara positif? makin pelik drama kat malaysia nie.

      0

      0
    • gugu gaga... says:

      ala..skrang je kecoh…dulu hans isaac berlakon siap solat betul2..xde plak org pertikaikan memainkan agama..asal org bukan islam berlakon da kata main2 kan agama..yg org islam yg xikut ajaran islam tu xkecoh plak…

      0

      0
      • crayon pop pop says:

        well said gugu gaga!!!!!!

        0

        0
      • peanut says:

        setuju sesgt ngan gugu gaga… nama pun berlakon. lepas ni ambil harith jadi hero drama lain lak.. hensem la dia..

        0

        0
      • bobo says:

        biasalah bangsa melayu, org bukan islam tak bolehh cuit sikit pun agama islam, tu tak boleh ni tak boleh, padahal org melayu islam sendiri yg lebih2 hina agama Islam…

        0

        0
    • der says:

      dlu hans isaac pun berlakon ada adegan mcm nie…
      aku suke je tgk keith foo lakonkan watak adam.. mcm sesuai je…

      0

      0
  2. markonah says:

    best apa keith foo berlakon… kalo si adi bebird tu yg berlakon, confirm aku tak tengok

    0

    0
  3. comel says:

    first

    0

    0
  4. jemah says:

    hmm…kalau nak pndang gejala mempersendakan agama, tak boleh pandang dari sudut ni je even artis yang islam pun dalam tk sedr tlh mmpersendakan agama.apa mksd mempersendakan agama? kalau faham maksud maka fahamlah aplikasi dia.. kalau boleh,elak2lah jawapan slamat mcm berdakwah..faham mksd dkwah? rasulullah berdakwah tanpa melibatkan aksi2 cinta2 terlarang mcm ni tanpa unsur maksiat..renung2kanlah ..maaf kalau menyinggung =)

    0

    0
    • frust says:

      atte.. dalam story ni si cik ariana kita yg dok kejap pakai tudung, kejap bukak tudong tu bukan dok main main kan agama ke..!? haiyyoo..!

      0

      0
      • jemah says:

        see..itulah mksudnye..die islam kan?main pkai bukak tdung..kalau bwk isu ni,mst dorg akn jwb ikut skrip bagai tp scara xsngaja ape yg dorg buat tuh nmpk cam mmprsndakan agama kan..snang cite cmni je lah..ilmu agama org beza2..so anggap je dorg xtau and mngkin mreka yang arif hukum hakam ni sharelah tp dgn cre yang btul jgn mlatah..marah2..

        0

        0
        • Biarlah Rahsia9 says:

          hadoiiiii dah nama pun lakonan, kecoh ahh korang ni. -____-

          0

          0
        • Anonymous says:

          alah, si ariana tu lepas buat solat taubat siap pakai gaun dedah bahu.
          yang tu tak persendakan agama la?

          aku tak layan cerita ni, ariana tu mengom, dah bertunang kelua dengan jantan lain.
          tanpa muhrim, bukan persendakan agama?

          lol sangat

          0

          0
  5. ayam says:

    tak ada salahnya. Bukan persenda pon kan. nie lah orang kita, isu2 mcm nie sgt nak diperbesarkan. gajah depan mata tak nampak, kuman di seberang nampak pulak. kekadang hidayah nie datang pelbagai cara. tak guna kalau bagi pelakon islam pon kalau pelakon tu sendiri buat semua ini semata untuk lakonan diorang.

    0

    0
  6. emmamysarah says:

    salam..

    at first sy pon mempertikaikan..tapi setuju dengan komen jemah…ini mungkin salah satu cara untuk berdakwah..lagipun kalo kita tgok keith xpegang pun al-quran mungkin yg dipegang tu benda lain sebenarnya.. n dia pon xder mempersendakan agama kita..

    0

    0
    • Frust fan! says:

      “Kita harus melihat perkara ini dari sudut lebih besar dan positif kerana apabila kita berdakwah ia tidak seharusnya tertumpu kepada mereka yang beragama Islam saja. Rasullah SAW juga berdakwah kepada yang bukan beragama Islam….Sebagai penganut Islam, kita harus faham hidayah itu milik Allah. Mana tahu kerana drama ini, hidayah sampai kepada Keith” – (Ziela Jalil, 2014)

      mmg peminat harapkan begitu.. memang majoriti para pengarah/producer kita pun selalu bagi alasan cliche macam ni kunun nak berdakwah melalui medium drama dan movie kaedahnya.. tapi realiti, pelakon-pelakon anda yg beragama islam pun payah nak insaf n ambik iktibar dari movie n drama yg depa belakon sendiri.. kalau ada pun sekerat dua yg betul betul insaf dan ikhlas untuk berubah.. habih tu camano!!. please la jangan terlalu retorik n hipokrit.. suruh peminat tgk dari sudut positif.. tapi hangpa yg mengarah n produce drama sendiri pun tak nak positif kan minda hangpa.. tau nak buat untung jaa.!!.. FAIL..!

      0

      0
  7. erm says:

    ak suke tgk keith foo ni berlakon…tp watak tengku adam IS NOT FOR HIM….xbest n x sesuai langsung…..baek aoran aziz….2bintang jew la…

    0

    0
  8. celina says:

    aku x ske ziela jalil pnyer crita berat sgt..pliz la cter mlayu dh la asyk ambk adaptasi novel jer..novel 2 dh la byk adegan 18sx lpas 2 klu cter ariana rose asyk tringat jer..tiap kli aku tgk tiap kli tringat..boring btul citer mlayu skrg..cube la bjak n kretif dlm brkarya..1 lgi krya ziela jalil skrg yg adaptasi novel 2 bukan kerana aku tak cinta mmg truk n rosak bangsa je..perlu ke adegan2 18sx peluk2 sakan enth ape2 tau la brlakon watak laki bini tpi berlakon jer kot bkn real..bnde mcm 2 klu xnk buat bleh jer tpi sbb kn banggang n bodohnya org yg bragama islam..agama cuma pada name..agk2 la klu tau islam jgn la smpai over mcm 2 skli bkn laki bini btul pn…ble rkyt mlysia tgk cter luar mcm cter korea dieorg mrah tpi bkn nk bljr drp cter dieorg..ade sbb knpe dieorg pnyer cter bleh dijual di sluruh dunia..dieorg lantak la bkn islam pn tpi kte yg islam jgn tiru dieorg..nabi dh ckp dulu lgi org islam akn ikt org yahudi ckit2 n last skali smpai lubang biawak..fikir2 kn n slmt bramal..wassalam..

    0

    0
    • Nisha says:

      citer Korea jauh lebih maju dari citer kita.
      bagi yg tak tahu mungkin ingt citer Korea asyik menangis jer kan tapi sebenarnya tak…citer dorang bukan based on cinta semata2, trend citer Korea skrg..scene sedih, happy, lawak, takut.. dia combine sekali..tu yg buat org stay nak tgk apa jd seterusnya, selain dari storyline yg menarik. sbg contoh citer Korea yg tengah HOT skrg ni You Who Came From The Stars.. hero dia best, heroin dia giler2 plus lawak. Orang luar pun ramai tgk citer ni, nak harapkan Malaysia buat citer mcm ni…bila lah gamaknya.

      0

      0
      • misseu says:

        sgt setuju dgn kamu nisha…aku tgk cita korea aku dok lah pkir..bila lah drama melayu boleh sisipkan elemen mcm kat dalam drama korea. xperlu tiru korea ke ape ke..(nk kpop bagai atau etc)..ye lah..balik2 nk rebut perempuan y sama..n cinta semata mata n sabotaj nk dptkan hero/heroin drama (menggunakan method y sama..bglah y thrilling sikit- something y boleh buat kita sentiasa xsabar nk tahu ape y akn jadi seterusnya)

        0

        0
  9. paehngetngot says:

    why mesti nk aaron aziz?? bg lah peluang dkat pelakon lain. kalau asyik aaron aziz jerr naik menyampah pon ada. n kalau keith foo pgg watak tuh pon apa salah nya? kalau pelakon bkn beragama islam melakonkan watak sbgai islam kemain melenting. kalau pelakon beragama islam berlakon masok club,berjudi,buat aksi tanpa batasan dan sbgainya xmrah pulak??

    0

    0
  10. aku says:

    best ap KF blakon..aku sukerrrr sgt tgk dia dlm cter nih…sy sokong zila jalil…mgkin pasni KF dpt hidayah ke…nk kt persenda xkot…retis kt rmai lg yg persenda..blakon je pkai tudung,,kat luar bukak..tu tak persenda ke?

    0

    0
  11. hahaha says:

    ORG KALAU DH TAKSUB RETIS..BUAT LA PA PUN..SUMA NK DIHALALKAN..SIAPA ORG TU?KORANG LEE..

    0

    0
  12. MakcikBedah says:

    So aper masalahnye kalo Keith Foo yg berlakon solat & baca al-quran,,,,,,????ramai je artis bkn islam lakon watak gitu,,,,,,dulu janet khoo pon slalu berlakon solat & baca quran tp tk timbol isu pon??

    0

    0
  13. Terkilan says:

    Dan Naysilla Mirdad berlakon solat guna telekung bagai tu dorang seberang tengok sinetron pun boleh je terima, why not us?

    I am non Muslim myself dan cukup senang dengan pembawaan watak Tengku Adam oleh Keith Foo sebab wataknya tidak over dan dibuat2. The same for the rest casting. Semua pelakon watak protagonis n antagonis drama ni seriously did their job well done. Saya jarang layan drama melayu but somehow I do pay attention more to their acting compare to their personal lives.

    Peminat lakonan Adi Putra juga saya. Peminat lakonan Nabila Huda juga saya. Walapun dicemuh kehidupan peribadi mereka, pada saya itu hak mereka dan urusan mereka dan Tuhan. Siapalah kita untuk judging others sedangkan kita ni pun tak se-perfect mana pun. Yang perfect itu Tuhan. Period. At least dorang ni walaupun life kontroversi tapi bab acting memang I bagi thumbs up.

    Fo Keith Foo punya case. I don’t think dia persenda agama siapa-siapa pun cuz dia tak pegang Quran pun apatah dia pergi main-main baca or solat tak betul. I do think Ziela Jalil memang dah fikir masak2 kesan dia untuk ambil seorang non-Muslim sebagai pelakon utama yang akan berubah warak.

    Me myself, as a Christian, me and my family enjoy watching Islam Itu Indah kat saluran Indonesia tu, masa sekolah dulu my teachers didik semua kami budak asrama dengan alunan lagu nasyid setiap hari Jumaat. For me, ceramah agama dan nasyid itu universal. Lagipun I rasa semua agama ajar benda baik cuma cara kita masing2 berbeza.

    Just take it positive. At least kalau compare to few other production, I memang respect kat production Ziela Jalil. Can be seen true from her other novel adaptation drama yang melambak kat saluran Astro tu. Terbaik je semua. At least she has the guts to produce produk yang berkualiti dan dia bijak gunakan selera masyarakat yang lebih cenderung kepada cerita2 cinta sebab tu sekarang ramai dah Malaysians suka duduk depan tv layan drama melayu. Just admit it, guys! Itu suatu petanda yang positif untuk drama tempatan kita.

    Not till certain producers yang dulunya pernah macam pisang panas filemnya tai sekarang bila ramai dah kurang berminat untuk tonton filem mereka di wayang, terus ‘merajuk’ dan bersara dari buat filem. Why??? Kenapa tak pertikaikan kualiti filem diri sendiri tu dahulu sebelum mempersoalkan selera penonton??

    Attack the problem, not the people. Peace n saya suka sangat semua barisan pelakon Ariana Rose! Thumbs up!

    0

    0
    • gulipecah says:

      Thumbs up! for “Terkilan”…me even non muslim also lisent to “ceramah”, dosent matter even non muslim. It’s universal. As long as u know who u r what the best for u. For Kith Foo, he done very well. Suka sgat tgok dia berlakon sbb “kekok” dia tu something different make it special.

      Once again thumbs up for all krew ariana rose !!!!

      0

      0
    • Anonymous says:

      Dear Terkilan n Guli Pecah..
      there is nothing wrong with Keith Foo as a key actor in this drama..even it is also fine with your opinion as u yourself are non-Muslims…

      this is all about ‘do’ n ‘don’t’ as adab, hukum n hakam and our responsibilities to Allah. S.W T as a genuine Muslim people … As a Muslim, the producer and director should highly concern about some of the actions in the drama that might touch the sensitivity of Islam..its is important for them to ensure that all these actions and scripts, are within the context of our real Muslim practice which are based on Pillars of Islam and Pillars of Faith. Therefore, having some additional reference to any Muslim scholars and experts might be prominent before they could proceed with some of their ‘special’ acting and casting activities. At least some conflicts and ‘fitnah’ could be avoided.

      the beliefs and practices of Muslims should not be judged according to the beliefs and the laws of other religions since some lawful practices of one religion can be portrayed by other religion as unlawful or even wrong.

      Allhuallam..The good is from Allah, and the bad is from me..

      0

      0
      • Anonymous says:

        Well said.

        i totally agreed with this statement “the beliefs and practices of Muslims should not be judged according to the beliefs and the laws of other religions since some lawful practices of one religion can be portrayed by other religion as unlawful or even wrong.”

        0

        0
  14. Makcikjoyah says:

    Ok ape die berlakon….bg aku kalau org lain berlakon walaupun aaron sekalipun, mmg aku xkn tgk….keith sesuai dgn fatiya….ape daaaa….xde pun bnde yg persendakm islam…kita sama2 je doa kot allah buka pintu ati keith….merepek je nara ni…enjoy tgk cite ni….xsbr2 nak tggu hbis….

    0

    0
  15. muja says:

    apa salahnya kalau keith cuba bersolat, cuba baca quran. hadoiii,, permain celah mana pun aku tak tahu lah. negatif je manjang -_-

    0

    0
  16. m..t says:

    Kalo rase nak best..mohon wat drama sendiri…kalo rase x best x yah tgok…senang…xyah nak condemn hasil kerja org lain..kalo nak kritik jugak..ng kritikan yg membina..

    0

    0
  17. PeminatZiana says:

    Maaf bertanya, orang Islam tak boleh pegang Al-Qur’an eh? Susah lah Islam nk berkembang kalau itu tak boleh, ini tak boleh….hehehe.

    0

    0
    • mee says:

      Boleh. takde dalil mengatakan non-muslim tak boleh pegang al-quran. kalau tak pegang macam mana nak dapat hidayah? malah kita berdosa kalau larang non-muslim pegang. Allah dah kata quran sebagai guidance umat manusia.. bukan sahaja umat islan. lain la kalau dia pegang untuk niat tak baik.

      0

      0
  18. Anonymous says:

    Apa la korg ni si zack X factor brlakon dlm drama si capek tu ada adegan solat mengaji smua dia pon bkn islam xde isu pon…ts Jeffry,Janet Khoo,Susan lanchester ramai lg la

    0

    0
  19. Luna Maya says:

    OmG…. mula2 suka Keith Foo… towards the end ni terpikat pulak kat Hisyam Hamid… he’s so Hot… and lakunan dia memang melting lah! Kak Zeila…tak payahlah nak Adi Putra sangat… we want fresh faces…. Adi Putra is so yesterday!

    0

    0
  20. diana lempir says:

    ni pon jadi isu? kamon la, camne minda nak berkembang? camni baik tgk drama opah atau santan berlada!

    0

    0
  21. rebecca says:

    Saya rasa novelists kat m’sia ni story line mereka sama aja……so boring,,,kalimah jiwa hasil karya eirma fatima lagi ada moral values….arianna rose is so not sesuai to be screened pada waktu 7.00-8.00pm….TV3 ,,pls respect your muslim viewers….I dare say that 98% of those who turn on your channel are malays and muslim…..jagan gung-ho sangatlah.

    0

    0
  22. Zaynn says:

    Tak pyh layan lh Pn Ziela Jalil, bukan perkara baru pun non muslim bw watak mcm ni..so saya dah boring dgn pelakon mcm Adi Putra, Remy Ishak..asyik muka dia org ja..sukuplah ambil dia org tu.. teruskan mengambil bakat2 yg masih fresh selain Keith Foo lepas ni..mcm Sukri Yahya, Syazwan Zulkifli, Amerul Afendi dn ramai lg., bakat mereka ini perlu ditonjolkan skrg, kalau tak setiap tahun lh nama2 yg sama berada dlm top 5 ABPBH..

    0

    0
  23. Anonymous says:

    Keith Foo sesuai jadi Tengku Adam Kamil……Ariana Rose layak dan sesuai sgt dgn Nadiya Nisaa , heroin paling cantik jelita ,paling hebat dan paling hebat sekali kat Malaysia ni……..

    0

    0
  24. chico says:

    bagi aku betul cakap ziela tu. yang betul persenda agama bila pelakon perempuan melayu pakai sexy macam pelacur yahudi

    0

    0
  25. massa says:

    Alhamdulillah. sepatutnya kita sokong Datin Zaila dalam mengetengah seorang pelakon yang berbakat seperti Keith Foo. saya tak tahu dan tak pernah menonton drama dari Indonesia sebelum ini (tak minati) sbb tu tak tahu pula Keith ni terkenal disana. sebenarnya saya suka pelakon2 bukan Melayu diperkenalkan dalam drama Melayu. Saya doakan mudah2an terbuka hati Keith untuk memeluk Islam, kemungkinan inilah jalan yang di anugerahkan Allah kpd dia untuk menimbang perjalanan hidup beliau. Allah saja Maha mengetahui. Kita semua sepatutnya sama-sama mendoakan terbaik untuk dia & menambahkan bilangan umat Nabi kita.

    0

    0
  26. linda says:

    aduh, bosan betul la ada certain org kat Malaysia nih. benda ni pun nak jadi issue ke? Bagus apa bg org bukan beragama islam baca quran sume mana tau satu ari nanti terbukak pintu ati dia..

    0

    0
  27. hola says:

    dulu masa kat sekolah.. kwn sy pernah tanye ustaz apa hukum yer org Islam berlakon jadi kafir.. Ustaz kata berdosa walaupun hanye berlakon.. die tak boleh berlakon jd kafir sbb takut akidah terpesong semasa melakonkan watak tu.. tp ustaz kata tak berdosa org kafir berlakon jd orang islam.. ustaz jugak ada ckp mana tau melalui lakonan die blh jd tertarik dgn Islam secara tak langsung.. dan mendapat hidayah dr Allah semasa berlakon.. Wallahualam..

    0

    0
  28. Tengku Azam Kamil says:

    banyak gila dakwah dlm cite ni..bnyk scene solat ditayang untuk bg kesedaran kat penonton yg blum solat mgrib bila masuk waktu.ada pilih nk solat dulu n nk solat lepas hbis cerita..pilihan masing2 nk terkesan ke idok..sbb aku pon berlakon aku solat lepas hbis cite..n kadang2 kna tgok kat tonton sbb anak menangis hahahah

    0

    0
  29. awek keith foo says:

    xde masaalah aih..lagi bagus..mana nk tau lepas berlakon drama ni dia terbuka hati nk mendekati islam..yg masaalahnya klo org islam pi berlakon jd kapir.gi sembah tokong or pakai salib etc.mcm si shah rukh khan tu sah2 dah murtad kan.
    lg satu yg kejap bukak kejap tutup tu pon satu masaalah besar gak.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Haah mcm adegan cite kl genster syamsul kt tample cina tu kan konon mak dia cina mati tu kan

      0

      0
  30. Apple says:

    Tak rasa pun mempersendakan agama.. harap2 jalan cerita ni masih dapat menjaga agama.. kalau tgk betul2 masa keith foo mengaji. tak guna al quran pun.. kalau bab solat.. mesti tunjuk gaya baca doa.. memh macam tak best bila kita tgk macam kekok jer.. tapi kadang2 secara tak langsung mungkin dgn cara ni kita dapat menarik minat orang bkn islam untuk mendalami islam.. jgn lah nk fikir negative jer… sbnrnya ramai lagi pelakon bkn islam yang kita tak perasan memg fasih dan selalu berlakon menjadi islam..

    0

    0
  31. Aku says:

    x ad salahnya keith foo y pegang watak itu…ok ap dia berlakon…sesekali bagi le ruang kt org lain dari si pelakon y tunjuk berbird dia tu je…lagi boring….asyk2 muka dia j pas tu berlakon mcm muka sedih tpi hakikatnya bila di luar cite bukan main hebat lagi…masa han isac berlakon x plk org nk kecoh bagai…padahal dia lebih kurang j ngan keith fo…

    0

    0
  32. dida says:

    pada pendapat saya, tak timbul mempersendakan agama… Moga dia dapat hidayah

    0

    0
  33. syariah counsel says:

    kalau pelakon non muslim berlakon jadi seorang yang beragama islam, bersolat, mengaji al-quran dikatakan mempersendakan islam, bagaimana pulak pelakon islam berlakon sebagai non muslim dan mengaku bukan Islam?? mana lagi teruk?

    0

    0
  34. sue says:

    Adi Putra? menyampah ku tengok. cariklah pelakon lain. Keith Foo ok what. Hisham Hamid tu pun ok. Yang kata obses tu, piker sikit. Daripada merayau habiskan duit (dengan kos hidup yang melambung naik) baik duduk rumah layan drama. hehehe. Dosa? jangan pikir negatif. Drama Melayu tak sampai ke tahap nak menyesatkan umat islam. Peminat drama melayu menghayati jalan cerita, lebih-lebih lagi peminat tegar novel cinta. Kalau dah otak tu kuning memanglah sentiasa akan berfikiran negatif kan!

    0

    0
  35. Mdm Poppy says:

    Mdm rasa bagus ambik muka2 fresh yg berbakat. Otherwise industri kita nanti tak ubah mcm TVB kat Hon Kong, asik2 muka yg sama. Mcm dia org sana tu dah ketu pun masih lagi buat babak cinta mcm org muda2, jadi hero lagi tu. Mdm rasa tak sesuai lah..

    0

    0
  36. Miss Najjah says:

    I suke la Keith Foo.. sorry Aaron cinta ku dah beralih angin.
    Semoga beliau mendapat hidayah melakonkan watak DWTAK. Mmg sesuai for him. X dpt imagine org lain jadi DWTAK..tahniah Keith Foo.

    0

    0
  37. Lady Yaya says:

    Saya ni bkn minat drama Melayu..x pernah pun follow sampai habis pun kecuali LYMA. Since then minat tengok Keith Foo. Tp untuk cite AR ni, from beginning and in sha Allah till the end i tengok. Siap baca novel pulak.
    Keith Foo dan Nur Fathia telah membawa watak masing-masing dgn baik walaupun msh ada kelemahan. Keep on trying semoga sukses. As for Nabila Huda, dia mmg aktres yg serba boleh. Apa2 watak pun she will kill it.

    0

    0
  38. agro says:

    sepatutnya bab solat dibuat secara sekali imbas saja utk menutup kecacatan solat.siap pakai gincu dan bedak pulak…..lepas kena rogol boleh terus solat taubat

    0

    0
  39. apa laa says:

    naseb laa aku tak pandai tengok drama nie … masak kat dapur lagi best … ahha ….

    0

    0
  40. toto says:

    ok whAT keithfoo ! daripada ambik adi yang bermuka poyo, bibir ngan kotenya sama hitam. geli dowh. asyik2 aaron. muak betul! cuma fathia ni asyik2 buat muka kelat sendunya. if follow watak AR dalam novel, she’s strong,, independent women . bukaan muka nak nangis minta kena sepak jerrr

    0

    0
  41. The frustrated spectator says:

    Bagi aku xde masalah orang bukan islam belakon islam. Mungkin melalui lakonan die ketemu hidayah. Tapi dari segi lakonan.. Nope. Keith foo is not my cup of tea. Die tersangat2lah kaku terutamanya gaya cakap. “.. ariana, kau kat mane? Mana agaknya kau ariana..” The sound is soo funny. haha. Sori to say. Memang sangat2 klaka. Bukan rase sedih tp rase nk gelak dengar gaya cakap die tu. He should slow down his tone sebab dia bercakap dengan diri sendiri. Mane ade orang ckp dgn diri sendiri kuat2? Die kene byk tengok crite Projek memikat suami. Macam mane aiman & emma buat suara slow tone mase becakap dengan diri sendiri. Tp maybe sebab bahasa kot. He has trouble with that so boleh dimaafkan lagi.

    Satu lagi aku salu gak tengok crite2 lakonan fathia ni. Dari Mahabbah cinta. Diandra. Bagi aku fathia ni boleh belakon. Just. Lakonan die terlalu.. macam mane nk kate ek? Terlalu lakonan? Macam no spontaneity dalam lakonan die. Macam lakonan zarazya dlm LUMA. She’s so bersahaja. Tetido dalam kete. Pastu terbangun. Pembawakan die exactly real macam kite2 ni.. Tp Fathia ni, duduk dekat sofa. Tibe2 baring. Then buat muke lawa cover2. Rambut ikat tepi. Ala2 korean. Pastu ade adegan flashback camne die kenal dengan tasha shila tu. Pastu tetibe dah habis flashback bangun dari sofa masuk bilik. ???

    0

    0
  42. Joyah Joren says:

    Human being can be so funny. Bila orang bukan islam bawak watak kena baca Quran dan solat, everybody went like “Takde orang islam lain ke boleh bawak watak tu, persenda agama wtf bla bla”… Hahaha habis bab pegang tangan dan pegang segala bukan muhrim tu taknak pulak tanya “Takde orang yang bukan islam ke boleh bawak watak tu”. Tu tak persenda agama pulak? Hahahahaha poyo sangat

    0

    0
  43. xbolehangkat says:

    Satu je.Paling tak boleh blah skali bila si fathia nangis.Her facial expression is just so….

    0

    0
  44. b33 says:

    tang mana yang dikatakan sbg mempersendakan agama?? malah saya kagum…artis bkn Islam spt Keith foo sggup berusaha utk memberikan yang terbaik di dalam wataknya. scr tak langsung..dia belajar tentang agama kita. andai die tidak memeluk Islam sekalipun…sekurang-kurangnya dia memiliki sedikit pengetahuan tentang agama kita dan saya percaya dia akan lebih hormat org Islam yg lain.

    0

    0
  45. zaza says:

    off topic sat, aq suka tgok keith foo balik malaysia terus hilang pelat indon dia, ckp melayu lancar je tk mcm ashraff sinclair pergi mana2 wajib ckp indon, duduk malaysia dah berbulan2 pon pelat indon tk hilang2 lg.

    0

    0
  46. zeen says:

    kecoh sume makcik2 kat sini. sekian.

    0

    0
  47. Anonymous says:

    lebih suke keith foo daripada adi putra,memang rase sedikit ganjil tengok keith foo berlakon jadi laki laki muslim ketika bertaubat, tapi lama lama suke juge tengok die jadi tengku adam, apalagi part tengku adam menangis karena ariana rose rose terjatuh kat belakang pintu, best gile

    0

    0
  48. cahaya says:

    Benda kecik je kot sbnrnye, rasenye selama sy ikuti cerita ni belum dengar lagi ‘Adam’ sebut ALLAH, selalu die sebut Tuhan & sy xperasan pulak bab pegang al-Qur’an tu (maaf, betulkan sy kalau silap).. Lgpun xkan lah Ziela Jalil xrujuk ustaz dulu bab ‘non-muslim’ baca buku islamik, al-Qur’an, solat, masuk Masjid & dengar ceramah tu boleh ke tidak.. Wallahualam…

    0

    0
  49. wandi says:

    “tak ada pelakon Islam lain ke sampai kena bagi watak tersebut kepada pelakon bukan Islam?”.

    yang pelakon kita gian nak jadi samseng cina tu apa kejadahnya? ape tak de pelakon bukan melayu untuk bawa watak samseng cina??

    0

    0
  50. ida says:

    setuju azalna spptnya bawa watak ariana rose

    0

    0
  51. khaki novel says:

    xyah lyan je ziela jalil dgan ckap org nie,,,,better ambik keith foo blakon sbb muka baru kot dlam industri nie,,boring ambik yg sma xde lain aaron aziz and adi putra,boring gilerr tgok muka dorang,,,bgi pluang kat org lain lahhhhh,,,,nnt kalu abpbh xde lah org ngara luar asyik ambik trofi org malaysia,,,,tpi aq mmg suka crita nie,,better dari PISA,,oopss sori!

    0

    0
  52. miss umie says:

    saya adalah diantara jutaan peminat setia drama bersiri Ariana Rose yang sedang disiarkan di tv3,rasa terpanggil untuk mengutarakan pendapat telus saya demi kebaikan semua dan juga industri seni itu sendiri,sejujurnya saya setuju dengan pendapat penerbit drama itu sendiri,yang mengatakan “Kita harus melihat perkara ini dari sudut lebih besar dan positif kerana apabila kita berdakwah ia tidak seharusnya tertumpu kepada mereka yang beragama Islam saja. Rasullah SAW juga berdakwah kepada yang bukan beragama Islam.keith foo pon setuju nak terima lamaran watak TAK,so apa masalah jika diberikan peluang yang berlainan pula,sudah la drama adaptasi dari novel,sekurang-kurangnya cuba positif boleh x?mmg la pelakon yang beragama islam masih ada yang sesuai,tapi itu kan ketentuan,apapun saya tetap menyokong industri,sekian.

    0

    0
  53. Anonymous says:

    Hai, asik komen aje. Org yg bukan Islam tak boleh ke “action” baca Quran. Tak boleh ke “action” solah? Mcm mana nak masuk Islam if semua ni tak bleh. Hai org2 Melayu, bangun la dari tidur dan hayalan mu.

    0

    0
  54. Kak Zane says:

    TOLONG la keluar dari kepompong pemikiran zaman batu.. Zaman Nabi dulu yang menarik orang bukan Islam masuk Islam ni disebabkan ada usaha bagi dengar bacaan Al-Quran kat orang mcm Keith Foo nie (by the way, Kak suker sangat dia berlakon :) ).. bagi non muslim masuk dalam masjid tengok orang Islam solat..D Bengap sungguh yang komen negatif pasal drama nie.

    0

    0
  55. Mouse says:

    Nama pun berlakon. Kemon la. kalau nak kata mempersendakan agama. Yang duk belakon ‘aku terima nikahnya simpolan binti simpolan bukan nama sebenar’ pun masih dalam konteks ‘agama’ apa. kenapa tak jadi kan issue? Berlakon sahaja. Jangan la kecil sangat pemikiran dan penyetapan korang. Dan masa ni la nak cari hero baru takkan asek asek Aaron Aziz, Adi Putra je kan. Cuba jugak la dekat orang lain. Tak boleh nak lain sikitttt.

    0

    0
  56. JEMAH GAMPANG ! says:

    Ye JEMAH GAMPANG STUJU SANGAT DGN APE YG AKAQ ZIELA JALIL CKP TU ! KAO INGT YG ISLAM SAJE BLEYH DAPAT HIDAYAH YG BUKAN ISLAM XBOLEYH ?!
    PAPE JELAH CHOII ! CAM GAMPANG X !

    0

    0
  57. bimbi says:

    nsb baik adi putra xjd pgg watak tengku adam ..macang xcunggg je… ihihihihihi

    0

    0
  58. sue says:

    Tak salah jika bukan islam membaca al quran dan bersolat.kalau tak percaya cuba tgk video ustaz azhar idrus.persoalan ini telah dijawab oleh uai.memg betul hidayah itu milik Allah swt, manalah tahu keith foo akan memeluk islam.

    0

    0
  59. semalu says:

    Hokey….teruskan usaha anda menyokong org kafir yg mempersendakan islam. Ni semua kerana minat yg berlebihan pd seseorg pelakon. Pelakon2 melayu islam berlambak2 lagi. Biasalah org2 melayu ni suka sngt sokong bangsa lain, dari segala segi… Duk beria2 sngt sokong si keith tu, dia kata dia nak masuk islam ke??? Mcm si Felixia tu lah, baru cina tu terhegeh2 modelkan pakaian muslimah, dah puji melambung2. Pd hal belum tentu pun dia masuk islam. Sengaja cari publisiti murahan…..

    0

    0
    • zaza says:

      xbaik ckp mcm tu…. org yg berdakwah utk org bkn Islam besar pahalanya tau. nnti kalaw kt akhirat ditanya kita akn disoal knp tk memberitahu mereka ttg islam?

      0

      0
    • mizz says:

      Kalau anda betul beragama islam sure tahu akhlak org islam mcmana kan…
      sikap penyabar.. tanya diri anda sikap sabar tu ada dlm diri anda ke tak?
      jangan cepat melenting dik… anda membuat andaian ‘menyokong orang kafir mempersendakan islam’ sdgkan anda x tahu letak duduk sebenar situasi tu mcmana… tp klu anda ada bukti sahih org kafir tu persenda islam bolelah bersuara…

      0

      0
  60. no hal beb says:

    ni pn mau kecoh ka ehehehee no hal la beb mna tau lps ni terbuka pintu hatinya mengenal islam.. sepatutnya kita marah pada pelakon muslim yg berlakon jd GRO, pergi pub, bercumbuan, peluk2 kan sebab itu BUKAN AJARAN AGAMA ISLAM!!!!!

    0

    0
  61. Bukan keith Foo says:

    ermm…ariana rose? sme jerp ngn cite laen.. typical minded malay story.. asal cite je..mesti ade lelaki taf, kaya, kereta besar, secretary cun…anak dato’.. if kaya, mmg kaya giler la…bru umo 20 an dh ade company besar2, projek juta2,.. if yg miskinnya, mmg sgt miskin, smpi sanggup jual anak bini nk mkn… REALITINYA.. hidup kat MALAYSIA bkn cmni….exec mude..kete pon, kete persona, moto LC..xdenye juta2 project…meeting sana sini.. buatla cite realiti sikit…kasta sederhana..hidup kt KL cmnila..yg dlm cite drama sume minoriti bkn majoriti… fikir2 kan…

    0

    0
  62. misseu says:

    no doubt keith foo is a talented actor but en. haris (hisham) fits the criteria to be Tngku Adam

    #justsaying

    0

    0
    • mamamia says:

      haris tak boleh jadi tengku adam..muka baik sangat. keith foo lah sesuai..muka handsome dan jahat..

      0

      0
  63. Reez says:

    kepada semua umat Islam yg begitu excited sekali nak bagi komen kat sini, perlu ingat, kita cakap jangan ikut “rasa” or pandangan kita sendiri tanpa ada apa2 supporting basis drpd sudut agama itu sendiri, tanpa merujuk dengan org2 yg lagi arif. silap2 kita sendiri yg dapat dosa. Wallahualam

    0

    0
  64. beth says:

    keith foo, may you, my brother in Christ, be strong and stay faithful to our Lord God Jesus Christ :)

    0

    0
  65. en. harith says:

    kan bagus kalaw harith tu lakonkan watak tengku adam, lagi seswayy… takde timbul isu hina islam kannnnn… kannnn… kannn…

    0

    0
  66. […] Drama Ariana Rose Tiada Niat Persenda Agama – Ziela Jalil (99) […]

    0

    0
  67. […] Drama Ariana Rose Tiada Niat Persenda Agama – Ziela Jalil (100) […]

    0

    0
  68. Zoila says:

    Whenever you look at it, visualize your needs, and make
    them known to the Universe. It is for this reason that we will consider it separately, apart from the general view of religion, giving it a category of its own. They help us
    through difficult times in our relationships.

    0

    0
  69. They are wholesome dishes your kid will surely get pleasure from.
    A slide-out crumb tray is included for easy cleaning.
    Before purchasing any appliance for your home, you must read reviews from users and experts given on the online shopping portals.

    0

    0
  70. Andy says:

    This scaled-down, inexpensive unit is perfect for the home brewer as well.
    You also can get helpful information by reading reviews and product comparisons.
    One final way in which coffeemaker reviews can help you is that you could possibly be looking to fill a certain need together with your new purchase.

    0

    0
  71. twitter.com says:

    Finally, replace the bag and clean or replace the now dirty exhaust filter.
    You will find yourself picking up dirt you never imagined was around, and which you would not be capable of
    getting out with many other vacuum cleaners. It is also important that you should consider its
    form.

    0

    0