
Dengan hati yang berkobar-kobar(selepas kecewa dengan filem Street Fighter, The Legend Of Chun Li), kami telah pun pergi menyaksikan filem Dragonball Evolution semalam. Semangat nak tengok bagaimana aksi Goku dengan “Kame Hame Ha”, nak tengok awan terbang dan nak tengok Pikor @ Picollo yang jahat.
Namun sayangnya sekali lagi kami telah dikecewakan. Apa kejadahnya Hollywood buat cerita Dragonball ikut suka hati mak bapak dia. Langsung tak sama dengan komik Mutiara Naga yang kami layan waktu bebudak. Main suka hati James Wong(pengarah) buat cerita Dragonball tak ikut langsung komiknya.
Goku tak ada ekor, rambut tak cacak, tetiba dah jadi besar, pergi sekolah lagi tue, pandai mengorat awek(Chi Chi kawan sekolah dia), tak ada kayu boleh memanjang dan tak ada awan terbang. Paling tak tahan Goku sebenarnya adalah gorilla suruhan Pikor(nama gelaran Oozaru). Apa kejadahnya tue.
Kame Hame Ha dia pun bodoh gile(stakat CGI macam tue, kami pun leh buat). Pikor pulak muda remaja dengan pompuan ntah mana-mana jadi orang suruhan dia. Tak ada Tenshin, tak ada Kurin dan cikgu Roshi tak pakai kura-kura punya sarung kat badan dia.
Kesimpulannya kalau anda berharap movie Dragonball Evolution nie sebijik ikut cerita komik, harapan anda akan musnah hancur lebur bak debu. Kami naik menyampah tengok Hollywood suka hati jer menghancurkan satu lagi karya dari Jepun. Lain kali baca la komik Mutiara Naga dulu, jangan main tibai jer buat filem.
Rating dari BeautifulNara: 2 dari 10 bintang.





















hangin betul nampaknya… nampak tak serupa dalam buku komik dragon ball… buang karan aje laa kalo pi nontonnya…
tu la.. ramai cakap macam tu.. tapi aku lom nengok.. bertambah lah rasa x ingin nak nengok dah
mujur aku xpg tgk lg
klu x lebur je duit buy tiket dn harapn musnah
nasib baik weh ..aku dah nak gi tgk. aku punyerla berkobar2 gak nak nengok goku naik awan terbang n kayu pnjg n kamehameha, pakcik kure2 gatal hahahahha
ces..lain kali tosahla wat tajuk dragon ball kalau berbeza sangat. pi stadi dulu manga die
Memang filem ni reinterpretation. Takde kena mengena langsung dengan komik. Diorang cakap ni adalah versi adaptasi sahaja. So tak payah nak expect awan terbang semua tu. Sebab tu Marvel kalau nak baut filem, diorang tak mintak ngan syarikat2 produksi bodoh macam FOX ni, sebab diorang ni hanya pentingkan PULANGAN. Sbb tu filem2 Marvel semua hampir tepat pada komik. Aku pun dah tengok DB Evolution semalam. Memang mengecewakan. Aku dah tengok trailer pun macam hampeh. Macam ramai2 pakai cosplay je.
hahaha… baru ingat nak pi tengok esok..
dan..dan x jadi…
Aku tgk Street Fighter ,the legend of chun li..same jg..harap kan ade blanka, honda, rikishi, & kwn2 dia yg lain..tapi yg kuar ntah ape2 ntah..ryu mcm cine tue..hampeh..dragon ball ni mujur aku x tgk lagi..kalau dah tau cite dia mcm hampeh,pegi sedekah kat masjid lagi pekdah!
haha..
nasib baik..
ni la yg jadi kalo mat salleh nye filem
ikot suka dia jerr
dh nama pun evolution.. mmg la x sama.. tp mmg x best… sesuka hati je ubah jalan cite… hadoiiii..