Dominic Purcell Sedang Dalam Penggambaran Filem Vikingdom di Malaysia

Dominic Purcell Sedang Dalam Penggambaran Filem Vikingdom di Malaysia

Awek kepada Dominic Purcell, 41, hero untuk filem Vikingdom terbitan KRU Studios  sedang menjalani penggambaran filem itu di Malaysia. Dia memberitahu US Weekly yang dia rindukan teman lelakinya itu. Beliau yang bernama AnnaLynne McCord, 24, pelakon siri televisyen 90210, berkata jarak jauh membuatkan hubungan mereka yang baru berusia 3 bulan itu sedikit tegang.

Advertisement

AnnaLynne mendakwa Dominic ada menghantar gambarnya memakai pakaian Viking dan menurutnya, Dominic telah menjalankan ‘diet gila’ dengan makan 8 ekor ikan dan 9 paun beras perang setiap hari untuk wataknya dalam Vikingdom, di samping menyimpan rambut panjang.

Dia sedang membina perawakan seperti Daniel Day Lewis dari The Last of the Mohicans, dan saya rasa ia amat seksi. Saya suka dia berkepala botak, dan Dominic pun lebih suka botak, tapi dia dengan rambut panjang nampak hensem.

Tak sabar pula rasanya menantikan filem Vikingdom ni. Harap-harap lebih baik dari Hikayat Merong Mahawangsa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...