Dokumen Perkahwinan Ramli MS & Alyah Memuaskan Hati- JAIS

Hiburan

Dokumen Perkahwinan Ramli MS & Alyah Memuaskan Hati- JAIS

Yeah~~~ JAIS telah pun mengesahkan dokumen perkahwinan Datuk Ramli MS dan Alyah yang berlangsung di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013 adalah memuaskan hati jabatan tersebut. Ini bermakna perkahwinan mereka boleh didaftarkan di Malaysia tanpa sebarang masalah. Malah Datuk Ramli MS dan Alyah juga memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang siasatan dijalankan. Untuk makluman, Ramli MS telah hadir ke JAIS semalam (2 September 2014) untuk menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan pernikahannya dengan Alyah.

jais ramli ms

Advertisement

Berikut ialah kenyataan akhbar daripada JAIS:-

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa Dato Ramli Bin Mohamed Salleh telah hadir ke Bahagian Penguatkuasaan pada jam 3.00 petang. Dokumen yang dipohon oleh JAIS telah diserahkan kepada pegawai penyiasat. Antara dokumen yang diserah adalah pasport perjalanan Noor Hasilah Binti Abu Hasan, pasport perjalanan Dato Ramli bin Mohamed Salleh dan buku nikah pasangan suami & isteri.

Bagi melengkapkan siasatan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memohon agar Dato Ramli Bin Mohamed Salleh menyerahkan bukti sokongan iaitu pengesahan dari kedutaan Indonesia berkaitan pernikahan beliau. Keterangan diberikan oleh pihak beliau memuaskan hati Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan siasatan berjalan lancar berikutan kerjasama yang diberikan pihak beliau. Sebagai makluman umum, tarikh pernikahan Dato Ramli Bin Mohamed Salleh bersama Noor Hasilah Binti Abu Hassan adalah pada 18 Mac 2013.

alyah ramli ms

Alhamdulillah semua berjalan lancar buat pasangan ini. Harap-harap Ramli MS dan Alyah cepat-cepat mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia. Manalah tahu ada berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga dalam masa terdekat ini. Tak adalah timbul sebarang masalah jika perkahwinan dah didaftarkan. Apa pun, tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan buat anda berdua. Semoga berbahagia ke akhir hayat.

P.S: Kisah Claudio, lelaki yang mempunyai kepala terbalik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...