Written by AbangNara | June 1st, 2015

Di kala ramai rakan seperjuangannya seperti Rozita Che Wan, Umie Aida dan Ziana Zain telah berhijrah memakai tudung sepenuhnya, Erra Fazira masih lagi belum dibukakan pintu hati untuk mengikut jejak langkah kawan-kawan itu. Walaupun begitu, sejak kebelakangan ini Erra dilihat sering hadir ke acara-acara dengan memakai turban dan serkup kepala. Belum lagi bersedia untuk sepenuhnya, Erra meminta para peminat untuk mendoakan agar dipermudahkan dirinya untuk berhijrah.

erra fazira bertudung

Kata Erra Fazira:-

Doakan…itu adalah impian saya. Ini bukan sesuatu yang biasa di jaja ceritanya…biar ia datang ikhlas dari hati atas dasar kesedaran dan tanggungjawab. Ia hadir tanpa ada paksaan dari mana mana pihak. Insya-Allah…doakan supaya bahagian penghijrahan saya dipermudahkan dan diberkati.

erra fazira bertudung

Insya Allah satu hari nanti, dalam masa terdekat hati Erra Fazira akan dibuka untuk menutup aurat sepenuhnya. Sekurang-kurangnya sekarang Erra sedang berusaha ke arah itu. Selalunya benda-benda sebegini akan datang secara tiba-tiba. Sama-samalah kita doakan. Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 responses to Doakan Saya Bertudung Sepenuhnya – Erra Fazira

  1. InshaAllah. Kami daripada Team TruthHalal.MY mendoakan seluruh gadis-gadis muslim di malaysia menutup aurat dengan sempurna. InshaAllah

    Allahumma Ameen Ya Allah..

    0

    0
  2. Anonymous says:

    laaaa… bukan memang wajib ke? kenapa pulak kena tanye hati? aduhaaiii artis…

    0

    0
    • Anonymous says:

      doakan aje..dah didikan dia dulu mcm gitu.. ishkk.. kita doakan ajela..

      0

      0
    • Benci Melau Bodo says:

      Komen kalau tak menyakitkan hati org tak boleh ke?? Diamm kalo dalam hati tu penoh karat!!

      0

      0
    • yoko nanno says:

      ko dah kenape ? memang mnutup aurat tu stu tuntutan, tapi dah care hidup dia dulu bebas mcm tu, nak buat camne ? kita doakn yang baik2 je sudahla, butthurt sungguh ko ni

      0

      0
    • minah jambu terlajak habis says:

      memang la wajibb tapi nk tengok hati jugakkk ikhlas ke tk ikhlas kite nk bertudonggg hati mau berseh n tk boleh berbelah bagi ..depan cakap nk bertudong tapi hati dlm cakap belom bersedia nk bertudong lagi..bertudong pon dengan cara terpaksa kalau dlm hati dh berkate begitu nk buat happe bertudong kalau tk hepi bertudong..cara terpaksa dngan cara hati kite sendiri ikhlas nk bertudong tu lain..ikhlas kite leh nampak..terpaksa kite pon leh nampak pasal any time dorang leh bukak tudong..tu pasal minah2 tudong ni semua HIPOKRIT nk mampos !

      0

      0
      • Amero udei says:

        yg ni aku sokong ……. selalu sgt aku tengok minah2 ni brtudung part time…eeiiiii. dah tu tudung kemain tp solat ke laut. mohon jgn terasa .. itu realiti kehidupan kita skrg..better lg kalo hati tu ikhlas n betul2 ikhlas, sikit2 tutup aurat.. jgn jer tutup kepala kemain…tp bentuk bdn tayang kat org..errkkkkkk

        0

        0
  3. weng weng says:

    kanak2 lagi ke..seniri bikin laa

    0

    0
  4. Dhuha Imaan says:

    Aku rasa si Erra ni muka dia x cantik biler pakai tudung,, kalau free hair
    lagi cantik..!!! Tapi tu pilihan dia, kalau nak berjaya dlm lakonan biar je rmbt yg cantik tu, tapi kalau nak job tu berkurang, pakai la tudung yang entah hape tuh..

    0

    0
    • Anonymous says:

      nama dhuha iman tapi perangai mengalahkan setan,kalau nak terjun neraka,pergi terjun neraka sensorang ler,ni mau bawa orang lain plak.

      0

      0
      • Dhuha Imaan says:

        Habes? Ngko tu bagus sangat ke? Betul apa aku ckp.. Orang bodoh je yg kritik…

        0

        0
  5. Anonymous says:

    nak datang ikhlas dari hati konon,sedangkan mati tu tak mengenal usia,jika hanya berpandu ikhlas dari hati baru nak berhijab,takde ler keluar ayat ayat quran mengenai aurat,apa ler,antara yang wajib yg harus di dahulukan kehendak Allah swt pun tak tahu.

    0

    0
  6. siti tanjung perak says:

    lps berhijab mesti nak jual tudung gak ni. sama aje jln citernya….

    0

    0
  7. zara says:

    erra, kau kena yakin pandangan Allah lagi penting dari pandangan manusia. Tutup aurat pun antara jihad dengan diri sendiri, bukan jihad tu di medan perang aja. Go erra go. Jangan takut kalau tak ada job if bertudung, sebab rezeki semua dari Allah. dah bertudung, inshaAllah lagi diberkati rezeki tu

    0

    0
  8. bravoo_girl says:

    Aurat sesuatu yg WAJIB.. Sesuatu yg WAJIB perlu doa dari org lain ke? Bak kata UAI, walau terpksa harus di lakukan.. Dlm keterpaksaan akhirnya akan rasa kemanisannya.. Kesedaran & kefahaman tetang sesuatu yg WAJIB dalam ISLAM harus di titik beratkan.. Seperti umur Erra skrg, sepatutnyer dah t’lebih tahu & faham tentang sesuatu yg WAJIB dlm ISLAM :) Apa2 pun semoga m’jd MUSLIMAH yg sejati & sentiasa di berkati oleh ALLAH SWT…

    0

    0
  9. Anonymous says:

    doa kebenda mokcik oii…
    berhijab tu WAJIB!

    0

    0
  10. lis says:

    artis berhijap seperti cendawan tumbuh.jadi ikut ikutan.fesyen menjadi keutamaan dan bergaya sakan oleh para artis yg bertudung.Niat tu apa? nak menutup kerana Allah atau terpaksa buat kerana ramai dah buat dan anda rasa terpaksa?walaupun wajib.tapi kalau niat di hati lain.pun tak guna.Ingat segala apa yg kita lakukan kerna Allah bukan terpaksa.

    0

    0
  11. lis says:

    ramai org malaysia bertudung tapi pakai t shirt lengan pendek..tak faham langsung..

    0

    0
    • semalu says:

      ade je peminat fanatik yg bela artis tua tak sedar diri… mmg ade yg pakai tshirt, tapi sekurang2nya tak lah pakai sendat hingga menampakkan bentuk tubuh, .. memakai pakaian yg sendat menampakkan setiap lurah & bukit bukau lagi menggiurkan…

      0

      0
      • Amero udei says:

        masalahnya..ramai sgt yg bertudung nampak segala lurah dendam simpang siur bukit bukau..adehhhhh..mn kesedaran tutup aurat tu…

        0

        0
  12. anon says:

    Takyah suruh org doakan tutup aurat. Diri dah tua. Masa muda tu dah puas bergelumang dosa, takkan tak sedar umur dah dekat setengah abad… Artis muda lain dah berhijab tapi yg tua masih tak sedar diri…

    0

    0
  13. akukesah says:

    jgn bertudung …u nampak tua kalau bertudung,pls stay that way

    0

    0
    • Anonymous says:

      Semoga awak diberi hidayah dik..

      0

      0
    • ChickFlick says:

      Pakai tudung lah nampak lg Muda sebenarnya. Kalau pakai selendang nampak jambul mmg lah nampak mcm nenek2 tapi berhijab cara betul sebenarnya nampak lagi muda. Just make sure you don’t wear skinny jeans skin color mcm Che ta. Buruk sangat rupa. Ambil pendekatan berpakaian mcm Irma hasmie, farahanim razak. Berhijab tapi super Lawa and super comel.

      0

      0
  14. Anonymous says:

    Saya agak pelik. Kenapa perlu berdoa untuk awak. Awak takde otak ke? Dah tua bangka nanti pakai sarong kepala ya. sekarang jangan pakai lagi, sebab kena cari datuk yg kaya kannn???

    0

    0
  15. Makcik KJ says:

    Amin…Moga niat Erra yang ikhlas dan kesungguhan serta doa-doa yang baik dari pembaca dimakbulkan Allah. Begitu juga dengan pembaca, semoga doa yang baik berbalik kepada kita.
    P/S: caci maki, malaikat dengar juga..nanti malaikat mohon pada Allah perkara serupa pada kita sanggup tak nak terima? ish ish..kita bersihkan hati, biarlah yang perkara yang disebut sebaiknya perkara terbaik yang kita mahu berlaku pada diri sendiri, boleh ya?

    0

    0
  16. insan kerdil says:

    Kita doakan yg terbaik utk smua.
    Allah swt suruh kita TUTUP aurat bukannya BALUT aurat smpai melekat bju di badan…????

    0

    0