DJ Amerika Syarikat, Randy Seidman Mengaku Nur Fazura Sebagai Teman Wanitanya

Hiburan

DJ Amerika Syarikat, Randy Seidman Mengaku Nur Fazura Sebagai Teman Wanitanya

Pelakon Nur Fazura menjadi topik hangat hari ini apabila kelibatnya didalam sebuah video “social experiment”  yang dirakam ketika beliau bercuti di Amerika Syarikat. Video itu menarik perhatian ramai apabila lelaki yang beberapa tahun dahulu pernah digosipkan bercinta dengannya , Randy Seidman mengakui Fazura sebagai teman wanitanya.

Advertisement

Randy yang juga seorang deejay secara spontan mempertahankan Fazura selepas melihat dua lelaki memegang “cardboard” dengan ayat  provokasi bagi melarang kemasukan komuniti Islam ke negara itu.

Teman wanita saya seorang Muslim dan dia adalah pencinta keamanan dari Malaysia. Kenapa dia harus dilarang masuk kerana dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan keganasan. Anda membuat kenyataan yang tidak masuk akal tentang Muslim dan saya tersinggung.

Video berkenaan telah ditonton lebih  317,000 kali itu dimuat naik oleh pemilik akaun YouTube dengan nama Hizzy.

Dua lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Izzy dan Haseeb banyak menghasilkan video eksperimen sosial berkaitan masyarakat.

Randy pada masa yang sama sempat memuji dan menyifatkan  Fazura sebagai seorang wanita cantik selain mempunyai hati yang baik.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...