Written by Bella | September 26th, 2016

Pernah menerima ugutan bunuh dan terbaru rumahnya diserbu pihak polis atas aduan palsu mengatakan terdapatnya kegiatan dadah yang dijalankan di kediamannya, pelakon Remy Ishak akhirnya membuat keputusan untuk mengupah “bodyguard” demi menjaga keselamatannya.

Walaubagaimanapun, Remy enggan memberitahu jumlah pengawal peribadi beliau. Buat masa ini, beliau masih lagi menunggu perkembangan siasatan daripada pihak polis mengenai kes ugutan berkenaan.

Setakat ini belum ada apa-apa perkembangan. Saya tidak tahu statusnya kerana masih dalam siasatan polis.

Terus-terang saya tidak selesa bergerak ke mana-mana kerana benda belum selesai. Polis masih buat siasatan dan saya kena sabar menanti. Selagi tidak selesai ia mengganggu banyak perkara.

Remy dihimpit dengan pelbagai masalah apabila beliau menolak permintaan seorang wanita yang berasal daripada Pantai Timur dan berstatus VIP yang ingin bertemu dengannya.

Berang kerana tidak dapat bertemu dengan Remy, wanita berkenaan secara lisan telah memarahi Remy dan mengeluarkan kata-kata ugutan.

Remy mengakui beliau dan keluarga kini berada didalam keadaan panik dan trauma apabila keselamatan mereka sekeluarga kini terganggu.

Kalau orang menyimpan perasaan dendam , kita memang tidak boleh tahu kemampuan mereka untuk melakukan sesuatu. Keputusan Remy Ishak untuk mengupah pengawal peribadi adalah tindakan terbaik yang beliau lakukan demi menjaga keselamatan beliau.

Sumber Berita : Harian Metro

6 responses to Diugut Bunuh Dan Difitnah : Remy Ishak Upah Bodyguard Demi Keselamatan

  1. bukan haters... says:

    BodyGuard pun mcm awak, kena Bullet/ Tikam Berdarah….
    buatlah apa yg di ajar Rasul pd Kita…
    Kalu Allah menghendaki ia berlaku takde siapa bole halang dan gitu sebaliknya..!!

    0

    0
    • aku says:

      dia usaha tu bagusla. nabipun dah ckp tawakal shj x menjadi
      ikatlah untamu lalu bertawakallah!!

      ngok betul ko ni. bajet religious, knowledge zero

      0

      0
      • kahkahkah.... says:

        suka ati mak bapak kow….
        nabi tak pernah ngok2kan org yg bagi pendapat…
        religious knowledge kau songsang…..

        0

        0
  2. kun anta says:

    tapi jgn lupa doa serta usaha

    0

    0
  3. Ade pham says:

    Bg aku jgn serah bulat2 pd polis..diorg ni ikut angin je klu wat kja.ko tnggu mngkin smpi 2 thun pn xde brita.jd byk brdoa dn twakkal pd Allah.ykin pd Dia much btter dr polis

    0

    0
  4. Malaysia Sentral says:

    harap sentiasa berjaga-jaga, dunia sekarang di mana-mana sahaja ada ancaman

    0

    0