Written by Bella | September 29th, 2016

Semalam, Elly Mazlein menerusi sebuah akhbar meluahkan rasa kecewa terhadap bekas suaminya, Azmi Hatta yang tidak pernah melawat anak mereka Putri Sara Sefhia sejak anak itu dilahirkan kira-kira enam bulan lepas.

Malah, menurut Elly, Azmi juga tidak pernah menghubunginya untuk bertanyakan khabar anak mereka.  Difahamkan, mahkamah sudah memberi hak lawatan seminggu sekali kepada Azmi.

Meskipun seolah-olah dituduh sebagai seorang bapa yang tidak bertanggungjawab, Azmi bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut mengenai kenyataan Elly dan meminta agar  perkara itu ditanyakan kepada bekas isterinya sendiri.

Saya tiada apa-apa nak komen tentang perkara itu, apa-apa awak boleh bertanya kepada Elly sahaja. Doakan yang baik-baik sahaja okey.

Elly Mazlein dan Azmi Hatta berkahwin pada 9 November 2014 dan mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015. Sewaktu mereka bercerai, Elly sedang mengandung anak mereka.

Sumber Berita : mStar Online

4 responses to Dituduh Tidak Pernah Melawat Anak Oleh Elly Mazlein : Azmi Hatta Enggan Komen Lanjut

  1. H. Aram Jdh says:

    Ini perkara biasa, ramai lelaki melayu islam tahu kawin dua tiga ekor pompuan, buat anak berderet macam keretapi, lepas tu abaikan tanggung jawab. Lagsung tak ambil kisah kebajikan anak2 dan bini2 sebab berfoya foya dgn minah lebih muda dan bergetah. Duit tak de, pelajaran cetek, cakap english sama tak reti, keje tetap tak de etc…malap dan mundur orang melayu dibawah pentabiran BN dan penaajaran islam PAS

    0

    0
    • Alfian says:

      Yang ko pi buat kajian kat melayu2 haprak tu kenapa…?semua lelaki melayu camtu ka?bangsa lain tak da?mungkin bapak hang camtu kot….tu yg panas sangat tu….

      0

      0
  2. TT says:

    Marah & merajuk sgt kt elly kutt…. Sian ank, sib baik kecik lgi xtau nk mintak jmpa ayahnya

    0

    0
  3. sentap says:

    gmbr no. 2 kelakor la…kening cam shin chan…mmg trend kening cmtu ke…kah kah kah

    0

    0