Written by AbangNara | June 25th, 2015

Power!!! Selalu kalau artis tampil untuk menafikan khabar angin, gosip, tuduhan atau fitnah, jarang dibawa bukti untuk menunjukkan mereka berada di pihak yang benar. Namun tidak bagi pelakon Teman Lelaki Upahan, Ungku Ismail ini. Dituduh lewat tiba 3 jam ke sebuah sesi fotografi dan juga bermasam muka sepanjang penggambaran berlangsung, Ungku Ismail muncul dengan bukti perbualan bersama media tersebut dan juga cerita sebenar yang terjadi.

ungku ismail

Berdasarkan bukti perbualan di Whatsapp, Ungku Ismail sudah memaklumkan lebih awal tentang kelewatannya. Malah penangguhan yang diminta oleh Ungku Ismail juga dipersetujui oleh pihak media tersebut. Tak sangka pula apabila selesai semuanya, keluar gosip murahan menyatakan Ungku Ismail tidak menepati janji dan tidak profesional sepanjang penggambaran. Kata Ungku Ismail:-

Saya tak gemar kepada publisiti murahan seperti ini kerana saya jaga reputasi kerja dengan baik. Tetapi bila cerita itu keluar, saya jadi ‘sentap’ dan tak boleh terima.

Peliknya saya sudah memaklumkan mereka bahawa saya akan lewat sampai kerana sehari sebelum itu kerja saya habis sehingga lewat pagi. Dan mereka pun bersetuju untuk melewatkannya. Tak sangka pula ia menjadi gosip di akhbar.

Saya sanggup mencari masa untuk menjalani fotografi itu walaupun tidak ada masa memandangkan sudah tiga kali pihak penerbitan itu menghubungi saya. Bila jadi macam ini, saya rasa tak seronok. Ia bukan sahaja memalukan diri tetapi juga keluarga saya

ungku ismail

Malah Ungku Ismail juga turut memaklumkan konsep sesi fotografi tersebut bukanlah seperti yang dimaklumkan kepadanya. Namun atas dasar profesional, Ungku Ismail menurut sahaja kehendak media tersebut dan tidak mengeluh walaupun penggambaran berlarutan selama 3 jam. Kata Ungku Ismail lagi:-

Ketika tiba di lokasi, saya meminta maaf kepada mereka dan kemudian menjalani sesi fotografi seperti biasa.

Walaupun penggambaran tersebut mengambil masa sehingga tiga jam untuk dua baju sahaja saya tidak merungut pun. Tambahan pula konsep fotografi itu tidak seperti yang dibincangkan sebelum ini.

Cuma saya bertanya sebanyak dua kali bila fotografi itu akan selesai kerana jika ia habis lewat, saya mahu batalkan kerja lain pada hari tersebut. Mungkin mereka tidak senang dengan pertanyaan saya itu.

Isu-isu seperti ini membuatkan saya berasa putus asa, takut dan malas untuk terlibat dengan kerja-kerja membabitkan media, takut jika disalah tafsir sedangkan saya mahu berkenalan dengan pihak media lebih rapat

ungku ismail

Pastinya pihak media dan pihak yang menjaja tuduhan ini tidak senang duduk mendengar penjelasan kukuh daripada Ungku Ismail. Sebelum ini pun Ungku Ismail memang tidak pernah dihinggapi sebarang kontroversi. Mungkin ada pihak yang cemburu dengan kepopularitiannya kini. Siapa tahu kan? Apa pun kepada para selebriti lain, tirulah Ungku Ismail yang menyimpan segala bukti perbualan untuk kegunaan di masa hadapan. Hehehe. Sumber Mstar Online.

24 responses to Dituduh Tarik Muka Ketika Sesi Fotografi, Ungku Ismail Tunjuk Bukti Cerita Sebenar Yang Terjadi

  1. aku says:

    kecoh..hat dia tarik kening ngkorang xmo citer plak…

    0

    0
    • habik ko says:

      Terlalu profsnl … jdlh engineer atau blakang tabir jer. Jd pelakon camtu jelah. Media press ni pun suka pukul canang gong drum smua yg blh bunyi. Dorang tau sentap dorang je tp keje?. Bukan smua media reprter camtu, kenal ramai yg pro tp adala yg hnya berlagak pro. Bila kita bg msg to person inchrge tp tak smpi msg kat kru. Agaknya ni kes abg ungku ni. Bila jumpa kru mmg dorang bg muka mcm ta*k sbb tak dpt msg tu dn xtau citer sbnr tp ingt org lain yg salah. Btw abg ungku ni handsm. Minat muka malay yg camni.

      0

      0
  2. Anonymous says:

    hahaha..kn dh kene..pdn muke..x sume gosip media ni betul..amanah la dgn tugas yg diberi..tk baik fitnah org..bln ramadhan plak tu..

    0

    0
  3. Anonymous 1 says:

    Tanda-tanda akhir zaman, fitnah yang berleluasa…

    0

    0
  4. sesengal ubi says:

    padan muke ko media..suke sangat keje menfitnah..amek ko!!!!

    0

    0
  5. minah kepoh says:

    Hensem bhai..

    0

    0
  6. namaku says:

    ….hahahahahaha padan le muka ko media……
    dah nama engineer, mestilah professional…..jangan bagi malu komuniti media….jangan tunjuk kebanganggan korang sangat…….

    0

    0
  7. msengineer says:

    ni bau jawapan engineer tepat dan jelas..bravo ungki ismail..sory lah media salah org k..just check his background bukan calang2 org ..

    0

    0
  8. weng weng says:

    minat sangat..lelaki melayu terakhir!

    0

    0
  9. Ungku Jejaka Melayu Terhot says:

    Suka sgt tgk Abang Ungku ni *sigh* sesuai sgt dijadikan suami. Hensem … hensem … hensemmmmm. And saya suka cara dia … very professional

    Media Malaysia mmg suka putarbelit cerita … tu yg Shila Amzah pun naik fed-up … lepas tu kalau artis tak bodek they olls habislah serba serbi kena kutuk

    0

    0
  10. chillex says:

    HAHAHAHAHA
    Ada sebab tu jgn percaya sangat media ni.
    Diorg nak laris kan cite je.

    Berdasarkan Whatsapp gambar tu, hahaha.
    Aku kenal tu editor majalah X dari X.

    Tahniah Incek A.
    Femes menipu~~~

    0

    0
  11. norajew says:

    baru kena gosip sikit dah melatah hantar bukti bagai..relax la bro..artis yg lagi popular pun relax jew..kalau x salah relax je..nak sgt jadi artis kan..layanlahhhhhh

    0

    0
  12. Joyah Pok Pek says:

    padan muka media gelabah propa sendiri! Ko ingt Ungku Ismail ni bdk sek smpai drjah 3 ker? x de akai??? dia org terpelajar bijak pandai la.sendiri mau ingt la” ludah ke langit jatuh ke muka sendiri” padan muka buat lagi fitnah busuk

    0

    0
  13. maji says:

    DULU SAYA MINAT UNGKU, BUT FAN CLUB DIA SANGAT RACIST DAN BERLAGAK. SAYA TRUS TAK MINAT UNGKU. TQ

    0

    0
    • AYO YO ... AMMMA says:

      La budak sek ke hape ni dek … ko minat abg ungku ni … minat jerlah …. apa kene dgn fan club dia. Tak suka tak yah join. Yg ko x minat sbb fan club dia … apa ke hal dik oiiii ….. silap ari bulan maji ni … sebaya dgn aku tp otak budak kecik ..

      0

      0
  14. Lara says:

    wartawan media ni kdang2 lupa diri ingat depa kuasai segala, lupa ker ini zaman moden la, kebenaran di hujung jari :D

    0

    0
  15. Anonymous says:

    Bijak bijak ungku is ni

    0

    0
  16. ash says:

    Media Massa ni konon nk tunjuk power,
    konon dkt tgn dorg lah jatuh bangun sorg artis tu,
    dulu mase siti claim x nk mcm tu x nk mcm ni smpai menangis,
    media konon nk boikot, aleh2 mcm2 kejayaan yg siti dpt, terhegeh2 cr siti,
    to Ungku Ismail, berani kerana benar,
    pedulikan media yg hampeh tu,
    rezeki Allah yg bagi….

    0

    0