Written by Bella | April 3rd, 2016

Sejak beberapa hari lepas,  berita mengenai aktor  Tony Eusoff yang  pernah membawakan watak sebagai  P.Ramlee yang diheret ke mahkamah di Singapura atas tuduhan memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

Tony ditahan di balai ketibaan bas penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas, Singapura.

Tony dipercayai memiliki satu paket yang mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja.

Menyedari ia sudah menjadi perhatian ramai, Tony Eusoff menerusi akaun Facebooknya semalam telah memuat naik status memohon maaf kepada semua pihak dan mengakui kesilapan beliau.

Malah, beliau juga bersedia untuk menerima sebarang hukuman atas tindakannya itu.

Salam sejahtera,

Saya Tony Eusoff, dengan rasa rendah diri ingin memohon ampun dan maaf kepada semua terutama pada seluruh ahli keluarga, sahabat handai, rakan-rakan , pihak media dan tidak lupa sekalian peminat di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei serta Australia atas kejadian yang berlaku pada saya kebelakangan ini.

Saya sedia maklum dan mengaku bahawa perbuatan saya tempoh hari memang boleh mengundang salah dan akan menyalahi peraturan yang ada. Ingin saya tekankan di sini bahawa, kejadian ini berlaku tiada sebab lain kecuali atas kecuaian dan tidak kematangan saya berfikir pada waktu itu.

Sedar akan tindakan tersebut boleh memberi pengaruh yang negatif kepada umum terutama golongan generasi muda kita dan saya amat menyesalinya. Dengan itu saya redha serta bersedia untuk menerima hukuman yang mungkin dijatuhkan sekiranya disabit dengan kesalahan.

Saya berjanji atas nama Tuhan, tidak akan saya persiakan peluang yang ada sama sekali hikmah dari kejadian ini dan akan saya manfaatkan untuk bertaubat serta membetulkan diri ini demi keluarga, rakan-rakan serta peminat saya yang tersayang.

Sekali lagi, saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf dari semua pihak. Segala doa, nasihat dan teguran semua amat saya hargai.

“Please keep me in your thoughts and prayers”

Terima Kasih

Ikhlas dari,

Tony Eusoff

Tony boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda sehingga $20,000 dolar Singapura (RM57,775) atau kedua-duanya sekali jika disabit bersalah. Sebutan semula kes berkenaan akan dibuat di Mahkamah Negara, Singapura pada 12 April ini.

Sumber Berita : Astro Awani & Facebook Tony Eusoff

30 responses to Dituduh Miliki Dadah : Tony Eusoff Akui Kesilapan Dan Sedia Menerima Hukuman

  1. zack says:

    muka handsome body semua ada.. lagi nak jual dadah.. rezeki lain kan ada.. hadoi bro.. apapun. setiap kejadian ada hikmah dia.. mungkin ni cara dari NYA utk bro istiqamah dan lebih dekat dengan yang Maha Esa.. all the best bro..

    0

    0
    • ikkki says:

      best ape jual dadah….cepat kaya

      0

      0
    • Tapoo says:

      Dia ni bukan kristian ke??? Ke dah masuk Islam???

      0

      0
    • minah jambu terlajak habis says:

      mungkin ini satu kesilapan dia …kite sebagai peminat maafkn dia suda ..memang dia hensem body ok.. Allah lebih sayang kan dia n akan tolong dia selepas ni..semoga tony sehat n 12april ni kt makamah spore u jangan strees tau jangan sedih ok u rilek aje ok lov uu…

      0

      0
    • Anonymous says:

      dunia hiburan ni mmg bidang yang penuh pancaroba jika diceburi..semuanya tak bole pakai, yang perempuan ke lelaki ke semua ada kes yang tak baik, kiranya segala benda yang mungkar ada dalam dunia hiburan..rasanya mak bapak bole la bukak mata dan minda elakkan lah anak2 menceburi bidang ni..cari lah bidang yg lebih halal utk mencari rezeki dan yg lebih bermanafaat dan jauh dari dunia kemungkaran ini…

      0

      0
    • 1119 says:

      Kat mana ada cakap dia jual dadah???

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Yg jual 1 hal,yg menghisap pun 1 hal..sama2 x guna..bila dh ketagih mula nk mengamuk,famili jgk yg jd mangsa..padahal mse menghisap tu xda plak famili suruh

    0

    0
  3. ku says:

    Bila yg bernama “Tapoo” tu tanya kenapa ada yg dislike ye..?
    tak fham.
    iye..dia memang kristian..sabahan.
    mcm “idris jala” menteri di jabatan pm. dulu ingat dia islam rupanya kristian juga dari sabahan..
    semua org buat salah…tapi kenapa dadah juga yg dihadapknnya.

    0

    0
  4. Netizen Terpelajar says:

    Selfish. Dah buat salah lagi mau cakap “please keep me in your thoughts and prayers.”
    Boo.

    0

    0
    • Anonymous says:

      biasalah.. nikan ayat2 insaf sementara..yg telah di rancang siang2..nama pun pelakon….mmmm

      0

      0
  5. Anonymous says:

    salah tempat daaahhh nak bwak dadah..kat singapore undang2 ketat ooi..jgn main2..mungkin dah terbiasa bwk dadah kesana kemari tak kena tangkap..akhirnya tupai jatuh ke tanah juga yer..

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      betol tu undang2 Singapore memang keras..jangan kan bawak dadah kau pukol kucing anjing pon kena tangkap saman n jail !! Singaporean pencinta binatang n tk suka n tk boleh aniaya binatang..

      0

      0
  6. Anonymous says:

    Pembetulan ya..Tony Eusoff berasal dari Sarawak bukan Sabah. Dia mempunyai tatu pada tangannya. Sebab tu dia tak pernah appear kat tv pakai baju lengan pendek..

    0

    0
  7. Biautipul Noro says:

    Palehotak kau Sabah! Tony org Sarawak lah. Kristian ke Hindu ke Islam ke Buddha, jgn bawa nama agama. Setiap org dari apa pun yg dianut tetap akan terbuat salah.

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      memang betol kate kau tu noro ..dorang2 ni suka sangat bawak2 n cakap pasal orang punye agama memang tk guna orang2 ni semua ..

      0

      0
    • Anonymous says:

      Ckpla elok2..dia Sarawakian, Bidayuh dan beragama kristian. Org bukan pertikaikan agama die. Komen kat atas ‘Zack” tu ckp dpt dekatkan diri dgn Yang Maha Esa.. mybe org nak betulkan…org bukan pertikai agama die

      0

      0
      • minah jambu terlajak habis says:

        kenape ngan komen si zack tu ? si zack ni memang dia nk kena cium skali baru dia sadar ape yg dia dh komen kan ..untok anon 11:02 u sabar aje ok..

        0

        0
  8. kaki tabur says:

    job kurang ke sampai nak jual barang tu….

    0

    0
  9. nfa says:

    Bella tolong la buat kerja senonoh sikit. Berapa kali nak copy paste post tony ni? Lain kali semak dulu sebelum publish. Dah lama aku perasan kerja bella ni. sambil lewa je

    0

    0
    • Bella says:

      tak ada copy paste dua statement pun dalam artikel ni :) post tony pun tiada lagi dalam artikel BN..baru sahaja publish..

      0

      0
  10. me says:

    ok depa berasal dari sarawak…
    tak boleh salah sikit.

    kesian yg salah tu.

    0

    0
  11. Anonymous says:

    weed je pun kan. tapi tu lah sape suruh ko bawak masa kt checkpoint. pepandai la. pape pun tony eusoff ni daddy af! taste!

    0

    0
  12. terbongkar sudah says:

    mat ganja rupanya!

    0

    0