Written by Bella | May 18th, 2015

Walaupun kisah beliau bersama Abby Abadi sudah lama berlalu, nama Muhammad Noor Farhan Che Bakar masih lagi menjadi bualan ramai apabila ada yang mendakwa beliau sering mendampingi ibu tunggal untuk kepentingan dirinya sendiri.

Didakwa sebagai seorang yang mata duitan dan pengikis, Farhan mengakui merasa terkilan dengan tuduhan tersebut apabila beliau bernikah dengan seorang ibu tunggal beranak dua pada 15 Mei lalu. Buat beliau segala dakwaan yang diterima olehnya tidak berasas kerana isterinya itu bukan seorang wanita yang berada. Mereka berkahwin atas dasar cinta dan bukan wang ringgit.

Saya tidak tahu kenapa ada orang cakap begitu dan terkilan juga apabila mendengarnya kerana saya bukan seorang kaki kikis dan mata duitan seperti diperkatakan. Jika benar saya seorang mata duitan buat apa saya berkahwin dengan Noriah dan lebih baik saya cari wanita kaya untuk dijadikan isteri.

Buat Farhan status sebagai seorang janda tidak membawa apa-apa perbezaan buat beliau untuk menyayangi isterinya itu dengan sepenuh hati. Farhan juga pada masa yang sama menjelaskan beliau sedar akan tanggungjawab sebagai seorang suami dan sebenarnya mempunyai pekerjaan untuk menyara keluarganya nanti.

Ini dinamakan ketentuan dan jodoh kami. Sebagai manusia biasa saya menerima kehadiran Noriah dengan hati terbuka meskipun statusnya seorang ibu tunggal dan bukan kerana hartanya.

Saya bukannya menggangur dan ada melakukan perniagaan secara kecil-kecilan selain terlibat sebagai model dan sedang cuba menceburi bidang lakonan. Insya-Allah saya tahu tanggungjawab sebagai suami dan akan cuba melunaskannya sebaik mungkin.

Perkara yang lepas biarkan ia berlalu. Kita lihat sahaja bagaimana Farhan menjalankan tugas sebagai seorang suami kali ini, doakan yang baik-baik sahaja.

Sumber Berita: mStar Online

45 responses to Dituduh Kikis Wang Isteri: Ini Jawapan Balas Farhan Che Bakar

  1. Jemah says:

    Yerk!! Geli la kau ni parhan oi!!

    0

    0
    • mutiara says:

      tak payah publisiti sgt boleh tak..kasi tunjuk dulu bakat tu kasi boom baru banyak story sane sini..heheh

      0

      0
      • Kiah Kongo says:

        Eh…Dato Vida Qu Puteh kawin lagi???

        0

        0
        • Bedah says:

          Tumpang tanya, kenapa lagu tema Pilot Cafe teramat bosan dan lembik gila ah? X mcm lagu Ombak Rindu…

          0

          0
        • Sahdo says:

          What the fish? Lantak ko lah nak kikis ke x, ade aku kesah??? ko x kikis pon org x kenal ko, apa ntah lg kikis duit simpanan, tabung haji, asb, pencen bini ko. Sumpah org x kenal. Pergi buat MLM cepat….biar dapat duit kasi bini ko.

          0

          0
      • arbokyah says:

        Pandai pula dia cari wanita kerja dgn gomen…ada pencen pulak tu.
        Jaga2 kak Noriah. Goodluck kak Noriah ye.

        0

        0
        • kak nam says:

          saya sarankan agar kak noriah pergi menuntut ilmu teknik cakaran harimau kumbang drp abby. manalah tahu kot satu hari nanti si farhan buat hal mcm kak abby kena dulu. pergi berguru cepat kak noriah. sediakan payung sebelum hujan.

          0

          0
        • Lawak says:

          @kak nam….hehehehehe

          0

          0
        • TakPelikPun says:

          Money boy

          0

          0
    • Orked ungu says:

      muke mcm jantan garid

      0

      0
  2. Anonymous says:

    doa yg baik2 sudah.. ini bkn adegan rampas merampas.. yg dulu2 tu dua2 ada salah.. xyah la nk ungkit2.. yg jahat x selamanya jahat.. yg baik pun bkn slalunya baik..

    0

    0
  3. alamanda says:

    “Saya bukannya menggangur dan ada melakukan perniagaan secara kecil-kecilan selain terlibat sebagai model dan sedang cuba menceburi bidang lakonan.”

    meremang bulu roma bila dia kata terlibat sebagai “model”.. wekkkkkk

    0

    0
  4. melati says:

    Maner ader Mat Rempit , ngaku berak tgh jalan…bodo punya statement…..

    0

    0
  5. jantanemas says:

    lebih baik saya cari wanita kaya untuk dijadikan isteri.sebb takde pompan kaya nak kat ko jadi si minag gomen ni pon jadi lah janji dpt duit pencen nnti

    0

    0
  6. Anonymous says:

    nampak mcm dh gemok farhan ni…

    0

    0
  7. sis says:

    ad bakat ke nk jd pelakon… eii

    0

    0
  8. nasi dagang foc says:

    Apa2 la farhan oii… yg penting tolong stay away from that sarang labah2 kt songkok tu ye. Takut la suka giler dgn bende tu, nk pakai raya nanti. Pleaseee

    0

    0
  9. kereta honda says:

    ermmmm artis ke dia nie…
    dikenali pun disebabkan abby kan…

    0

    0
  10. akulah says:

    nak tny sikitlah..hutang dgn ABBY ABADI tu dh hbis byr ke blum???jgn bt tak tau jek eh..lelaki tak tau malu..nak bajet GOOD2 jek..pirah!!

    0

    0
  11. makcik says:

    memang pun kaki kikis…dia berkawan dengan anak cleaner kat ofis aku ni ha…siap gadaikan rantai org tu lagi..smpi sekarang tak pulangkan duit..dia mmg tk de keja pun..keja dia kikis duit org je..ko tunggu je nanti

    0

    0
  12. mimi says:

    belakon watak jd guard kat mydin sesuai…model suar dalam saiz xxl je lah yang mampu dik non

    0

    0
  13. kalau dah jodoh..

    0

    0
  14. Anonymous says:

    alah..dasar kelantan!
    laki pompuan sama ja suka mengikis & merampas!

    0

    0
  15. cik mek molek says:

    whattttt????? nak jadi model??? 6 pack mana? hahahahahahha

    0

    0
  16. cik mek molek says:

    owhhh btw, brooch kat songkok tu tak de besar lg ke??? hahahahha

    0

    0
  17. Sdah berani ko says:

    Model pe koo??prut bncit bgai.elok lh ade kja walaupn brniaga,at least blh byr blik hutang ko ngn bni lma dlu.

    0

    0
  18. kiki says:

    Udahlah, dia dah jumpa jodohnya. Doakan saja yg baik2. Bukanker Allah dah janji rezeki bagi mereka yg bernikah? Insya Allah tahulah dia mengusahakannya.

    0

    0
  19. Farhan says:

    I’m a model…sila jelos.

    0

    0
  20. strawberries says:

    tak berkenan dengan senyumannya tuh.

    0

    0
  21. dimpleyana says:

    farhan ni rettis ke wahai media…nak publish sana sini.padahal all of this are rubbish.dah xde story nak korek ye media. dia ni jgn retis sendu…kayu pun bukan kot.

    0

    0
    • anon says:

      Mmglah dia bkn artis. Samalah mcm si apek dgn looney toons tu, bkn artis jugak tapi nara suka jugak siar kesah dia org…

      0

      0
  22. mawar says:

    model apa? model suar dalam?? nak sgt tengoooook

    0

    0
  23. singgahsebentar says:

    dia ni saper? pelakon? model? penyanyi? penari? komposer? ahli sukan? ahli politik? ahli nujum? semua bukan…tetiber masuk ruangan gossip…suker ler tew

    0

    0
  24. anon says:

    Sabar farhan, yg menuduh tu semua hati kotor n tak percayakan Qada & Qadar. Dah jodoh dia kita nak persoalkan wat ape. Congrats farhan. Harap satu hari awak akan kawin dgn anak dara pulak….

    0

    0
  25. serene says:

    Kikis duit isteri???? Kenapa, isteri dia ni millionaire ke??? congrats farhan,…

    0

    0
    • Uncover Your Stupidity says:

      Kaki kikis kelas bawahan cap tikus mcm ni akn rembat apa yg dpt. Ko ingt millionaire je ke yg kna kikis. Lg satu, ko ingt ade ke wanita btaraf millionaire yg bkenan kt mamat karats yg ko puja ni? Please!!

      0

      0
  26. rival Qu Puteh says:

    amboi statement tak hengat punya;
    “lebih baik saya cari wanita kaya untuk dijadikan isteri.”
    masalahnyer ade ke pompuan kaya pandang ko nie Farhan?? cermin la diri tu wahai duda kemaruk duit.

    0

    0
  27. Karma says:

    tak baik korang tuduh farhan macam tu.. Farhan tu dah kira baik tau, nak kutip janda. Lelaki kat luar sana, semuanya nak yang perawan ajer. Dalam 10, paling banyak pun seorang saja yang perangai macam Farhan tu. Yang tak kisah pasal status, yang berani ambil risiko buy 1 free 2…. buy 1 Free 3..free 4… Kita pun tahu, bukan senang nak sara zuriat orang lain. Hanya Farhan yang sanggup..

    #modeling_lagi_tu

    0

    0