Written by Bella | June 22nd, 2015

Baru-baru ini, foto seorang  wanita yang dikatakan seorang pelakon popular menerusi drama Hati Perempan telah didakwa ditangkap khalwat dalam satu serbuan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tersebar di media sosial. Beberapa pihak mula menuduh bahawa pelakon yang ditangkap adalah Mia.

Walaubagaimanapun, Mia yang mendengar berita tersebut selepas pulang bercuti daripada Bangkok, Thailand merasa terkilan apabila namanya dikaitkan dengan dakwaan tersebt. Jelas Mia, beliau menganggap gosip tersebut sebagai satu fitnah yang memalukan dan menjatuhkan maruah beliau.

Saya tidak tahu apa-apa sehinggalah saya pulang bercuti dari Bangkok, Thailand, rakan saya memberitahu tentang gosip tersebut.Selepas membacanya sudah tentu saya rasa sedih kerana ia adalah fitnah melibatkan maruah saya.

Berdasarkan beberapa informasi daripada rakan serta peminat beliau, Mia memberitahu tuduhan tersebut disebarkan oleh seseorang yang inding menjatuhkan kariernya. Namun, buat masa ini Mia tidak merencana ntuk mengenakan sebarang tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

Saya harap individu yang menyebarkan berita palsu itu tahu apa hukum orang yang memfitnah. Jujurnya tuduhan ini adalah sangat melampau. Saya sudah lama bersedia dengan gosip-gosip yang bakal menimpa tetapi mengenai isu ini, ia sudah di luar batasan.

Saya harap individu itu sedar dengan kelakuannya yang menganiaya orang yang tidak bersalah.

 

Sabarlah Mia Ahmad, kalau kita baru sahaja hendak popular pasti sahaja akan ada mereka-mereka yang iri hati sehingga sanggup menyebarkan fitnah. Apa yang penting kita harus menjelaskan perkara sebenar kepada masyarakat agar mereka tidak lagi berspekulasi.

Sumber Berita: mStar Online

 

14 responses to Dituduh Kena Tangkap Khalwat : Mia Ahmad Jelas Ia Satu Fitnah Besar

  1. Anonymous says:

    xkn la dia seorg je plakon ppuan dlm “hati perempuan” lg pun yg kna tgkp tu rmbut perang mesti dh biasa sosial jgk orgnya tu…

    0

    0
  2. muslimah says:

    Eyy itu bukan gambar lama ke? Kesian mia.. kena sangkut pula dengan berita tak berfaedah.

    0

    0
  3. mimos says:

    buta ka apa sah2 pmpuan tu rmbut blonde & putih melepak…

    0

    0
  4. nok gebuzzz says:

    x baik memfitnah bulan2 pose ni,segeralah mohon maaf cepat..

    0

    0
  5. N says:

    Lumrah dunia selebriti takkan lari dari kontroversi,fitnah.

    Bg pihak yg sebarkan benda ni akhirat nnt jgn merangkak plak cari Mia ni nk mintak maaf.

    0

    0
  6. aida dilla says:

    Kenapa la manusia skg ni dah takutkan Allah! Ingat!! di Padang Mahsyar kelak jari jemari yg menaip akan didakwa kelak. tak takut ker azab neraka. apa yg mia dah buat kat kamu yg tak sudah2 difitnah. tak tau respect org, dlm ig mia pun kutuk mcm2. bila nak minta maaf dgn mia. sy rasa mcm bole agak haters ni. ingat sikit ni bulan ramadhan buat lah amal, berzikir, baca quraan dll yer…

    0

    0
    • bb says:

      tertinggal satu perkataan tu.. lain plak maksud nya nnt..

      “Kenapa la manusia skg ni dah “tak” takutkan Allah! Ingat”

      0

      0
  7. aku says:

    fitnah berleluasa

    0

    0
  8. SR says:

    stay strong mia! ???? ignore those haters

    0

    0
  9. Ku Lin says:

    Tak pe lah mia. Lumrah kehidupan. Dunia akhir zaman. Fitnah berleluasa. Yang penting, kitorang akan sentiasa support mia ok? <3

    0

    0
  10. anak bapa says:

    Nak menipu pun agak2 la.. klo stakat nak tabur fitnah dgn post gmbr mcm tu tak payala.. org takkan pecaya pun.. lebih baik bunuh org jee weh.. dah sama dh dosa kau dpt tu

    0

    0
  11. xoxoxo says:

    Pakai tudung kat luar , dalam tudung warna pink pun orang tak tahu…kulit pun putih melepak jugak , hermm

    0

    0
  12. Anonymous says:

    kesianny mia ahmad..Siapa dengki btul

    0

    0