Written by AbangNara | June 30th, 2014

Fuh~~ Hangat juga dakwaan yang disampaikan oleh Cik Pang semalam menerusi Metro Ahad. Mana tidaknya, Cik Pang mendakwa penceraian Izreen Azminda adalah berpunca daripada Amar Baharin, yang merupakan gandingannya di dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Tambah menarik apabila dakwaan Izreen diceraikan kerana suaminya ketika itu melihat sendiri kecurangannnya bersama dengan Amar. Hmmm..

amar baharin

Dikatakan juga hubungan Izreen dan Amar telah melebihi daripada kawan biasa sejak mula berlakon drama tersebut. Berikut ialah artikel penuh Cik Pang yang bertajuk “Curang di lokasi”.

Mereka yang mengikuti isu perceraian pelakon Izreen Azminda pasti ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku. Cerita yang Cik Pang ingin kongsi ini memang panas.

Cerita terbaru yang Cik Pang dengar, ada dakwaan mengatakan punca perceraian Izreen dan bekas suami, Muhamad Riza Baharuddin disebabkan munculnya pihak ketiga.
Lebih pedih apabila orang ketiga yang dimaksudkan itu dipercayai pelakon gandingannya dalam drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan, Amar Baharin.

Kata kawan Cik Pang, hubungan Izreen dan Amar mula dikesan melebihi kawan biasa beberapa bulan lalu di set penggambaran drama itu.

Malah, apabila hubungan itu dapat dihidu bekas suami, masa itulah Izreen diceraikan di set penggambaran. Dengarnya, lafaz cerai itu berlaku selepas Riza datang dan melihat sendiri ‘kecurangan’ Izreen di lokasi.

Walaupun pelakon itu pernah menafikan punca perceraian akibat orang ketiga atau masalah kewangan dialami mereka ketika masih bergelar suami isteri, ia adalah sebaliknya.

Apatah lagi kawan Cik Pang pernah bercerita dan terbaca beberapa status dimuat naik di laman sosial milik Izreen seolah-olah gelisah kerana berdepan masalah rumah tangga, termasuk berkaitan masalah kewangan.

Cuma pada waktu itu, tak ramai dapat hidu sebab Izreen pandai ‘cover-line’ susun ayat baik punya! Hinggalah apabila isu ini dibawa ke peringkat perceraian, baru satu demi satu isu mula timbul. Segala macam ‘mak nenek’ dan aib masing-masing mula terbongkar.

Cik Pang hanya mampu beristighfar bila dengar cerita disampaikan kawan Cik Pang ini. Kalau ada masalah rumah tangga sekalipun, pasti ada jalan terbaik untuk diselesaikan, bukan dengan membebankan pasa­ngan masing-masing.

Tapi nak buat macam mana, nasi sudah menjadi bubur. Cik Pang cuma berdoa semoga mereka selesaikan isu ini dengan cara elok dan berhemah sebab masing-masing tahu kekurangan dan kelebihan sendiri.

Apa sekalipun, kita tunggu saja apa komen mereka mengenai pendedahan panas Cik Pang ini. Betul tak?

amar baharin

Amar Baharin yang telah membaca dakwaan Cik Pang telah tampil meluahkan dan menafikan dakwaan tidak masuk akal ini menerusi akaun Instagramnya. Tulis Amar:-

susah2 je Cik Pong ni nak promote drama dengan cara mcm tu… Tak perlu la Cik Pung, kau tak keluar statement mcm tu pon, ramai dah peminat drama ni. Diorang lebih bijak menilai kualiti “story” drama ni dari membaca “story” kau yang kau sendiri tak pasti kesahihannya. Ramadhan setahun sekali Cik Peng, aku maafkan dosa kau

amar baharin

Mungkin kerana populariti drama Kerana Terpaksa Aku Relakan dan juga kemesraan yang nampak ‘real’ antara Izreen dan Amar menyebabkan dakwaan tidak masuk akal sebegini terkeluar. Abang Nara percaya Amar dan Izreen bukanlah orang yang macam itu. Kedua-duanya profesional dan hanya menjalankan tuntutan watak. Tak adalah nak bercinta betul-betul di luar lokasi. Tak gitu?

bbw

P.S: Hujung minggu tak perlu nak bersesak-sesak di Kuala Lumpur untuk membeli-belah. Hanya perlu ke BestBuyWorld Malaysia dan dapatkan banyak produk yang terbaik untuk Hari Raya nanti dengan harga promosi yang sangat awesome. Pastikan anda tidak terlepas kerana promosi ini hanya untuk 2 hari sahaja. Layari my.bestbuy-world.com dan juga Facebook BestBuyWorld Malaysia.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

63 responses to Dituduh Jadi Punca Penceraian Izreen Azminda, Amar Baharin Nafi Dakwaan Tak Masuk Akal

  1. skudiver88 says:

    whos pang, peng, pung, pong??? LOL

    0
    0
    • Olga says:

      Salam, nak tanye..
      Kalau kentut batal puasa tak?

      1
      0
      • Syariff says:

        Wasalam… kalau kentut dlm air boleh batal.. atas darat makhruh je..

        0
        0
        • Bedah Bubur Masjid says:

          Bila nak buat cerita macam drama “Kerana Cintaku Saerah”

          Asek2 drama melayu, kereta besar, rumah besar, jalan cerita dah macam cerita hindustan; very predictable..tengok CSI kang cakap tak support drama melayu.. bila nak tgk, cerita asek begini jer…
          takde perlakon lelaki yg hebat berlakon mcm Benjy walaupon dia tuh bermasalah =(

          0
          0
        • sayasukagosip says:

          layak jadi cik pung je ni..cik PUNGKOQ

          0
          0
        • kentu saspises says:

          kenape kentut dlm air boleh membatalkan puase?

          0
          0
    • apa pun tak bley says:

      Ala cik pang ping pong nie la wartawan yg cuba nak melaga-lagakan Afiq Muiz ngan Eina Azman pasal kes yg kononnya mak Afiq Muiz nk tampar muka Eina Azman tu.. Dia ni mmg wartawan dajjal.. Wartawan jenis camni la yg akan jadi muka khinzir kat neraka nanti.. Kuat fitnah n melaga-lagakan orang.. Makan duit gaji harommm..

      0
      0
      • miss ynwa says:

        harharr komen ko lawak…….bulan puasa daku hanye mmpu sengih sikit2 jerrr bace, na tuliss komen cam puaka jaoh sekalii noks…
        karang batal tk naya da sahur pagi buta td??? harhark
        “tidak mendapat kemanisan pahala puasa bagi hambanya yang MENGUMPAT melainkan hanya lapar dan dahaga. puasa yang sia-sia”

        0
        0
      • Yen says:

        Tapi wartawan ni la yang sayang giler kat Pasha sendat!! Cuba baca artirkel terbaru dia tulis pasal Pasha, side Pasha giler giler.
        Now I know why!! Satu geng!!!
        Suka sangat putar belit!!!

        0
        0
  2. Anonymous says:

    kesian ko Amar, sebelum ni dituduh perosak rumah tangga erra, kali ni izreen pulak. Apa2 pun drama KTAR best dan dah jatuh cinta dgn Abg Zen & Indah. Tetap tonton KTAR wpun ada gosip murahan oleh Cik pang, peng, pong, pung

    0
    0
    • hantu Metro says:

      nak kenal sangat wajah penulis artikel yg bernama cik pang peng pung ni…berwajah dua ke..???

      0
      0
    • benciCIKPONGpangkang!!! says:

      yes!!!kami tetap sokong KTAR ….lantak la nak gosip aper pun…. cerita tuu best… pelakon pun mmg tepat…mmg terbaekkk…. lakonan izreen mmg mantap… tak payah laa nak burukkan rumah tangga orang. cik pong ni musti tak pernah dapat kasih sayang..tu yg suka sgt nak burukkan org laiin. sebab mulut die ni la ramai artis kita bercerai kot…. taubat la…. kami sebagai peminat tahu menilai bakat mereka… hal rumah tangga biar mereka selesaikan sendiri… doakan yg baik2 jer..k…

      0
      0
  3. yaya says:

    x payah la nk doa kn dorg selesaikan hal dorg dgn baik dan berhemah…sbb mmg dah selesai cara baik dan berhemah pun…baik izreen mahupun reza xde pun ckp pape…ko je cik pong yg memandai mandai korek hal dlm kain org…xde keje sgt la tu…kalau xde keje baik bace quran…dpt pahal berlipat lipat bulan pose.ni…

    0
    0
  4. NOR says:

    KALAU NAK BERLAKON KENA MENGHAYATI WATAK…. TAKLAH MCM KAYU JE NANTI LAKONAN TU…… PEACE!!!!

    0
    0
  5. nok gebuzzz says:

    wartawan ni ade jer nak lagakan org,bukan ke izreen dah ada krisis before KTAR….x pasal2 nak babitkan org lain pulak…..neway i suke watak abg zen n indah….

    0
    0
  6. nok gebuzzz says:

    dyorg ni pandai2 jer nak tuduh org lain dlm isu ni….masalah rumahtangga izreen before KTAR kan….suke nak jatuh kan org….bln yg mulia ni bawak2 la insaf,neway i suke tgk abg zen n indah…

    0
    0
  7. nana nurgaya says:

    Jalan citer KTAR ni best tp izreen tu nampak mcm buat2 je. buat2 cute, buat2 suci. pastu puji melambung2 indah tu. gojes la, elegant la. tang mana ntah elegant nya aku pon tak tahu. cik pung pun tak payah create isu ni. tak payah korek masalah rumah tangga dorang. biar dorang settle kan sendiri.

    0
    0
  8. mieoww says:

    cik pang mmg batu api..sebelum ni pon byk sttment dia yg mengharu birukan hidup orang..

    0
    0
  9. paulsotongajaib says:

    cik pang,pet pot ni…. dah tempat tiket kerlas pertama kat neraka jahaman.

    posa lah cik pang

    0
    0
  10. aida says:

    Lepas ni Izreen Azminda akan jadi heroin rebutan produser dan pengarah …… thn dpn pastinya akan menang pelakon drama tv wanita popular ABPBH 2014…….Pastinya hero-hero kacak kat Malaysia berebut-rebut nak berlakon dgn Izreen Azminda.

    0
    0
  11. Diva Kebaboom! says:

    y bother, y bother?

    0
    0
  12. Farhad says:

    dulu dikaitkan dengan erra fazira..skang dgn izreen…pelik betul..kenapa perlu jd tertuduh yg meruntuhkan masjid org?..nk kata kesian sebab diTUDUH mungkin juga..tp masakan tiada angin pokok bergoyang?..ramai jer artis lain yg berlakon cerita cinta..tp gambar dlm instagram diorg takde pulak mesra2 sgt..smp boleh mencetuskan kontroversi..siap bagi telekung sembahyang pulak kat BEKAS ISTERI orang..ops masatu belum lg sah bercerai..jadi masih ISTERI..dalam instagram lebih muka si HERO daripada si SUAMI..mmg suami harus memahami kerjaya isteri sbg pelakon tp berbataslah sket..gmbr bahu kebahu..mesra sgt..sebelum ni berlakon juga tp kenapa xde plak gambar dgn si hero mesra2 mcmtu?..aneh..yg si Hero pun sama..berlakon ye berlakon juga..byk lg cara mempromosikan drama awak lakonkan tu..( bak kata Hero KTAR –> susah2 je Cik Pong ni nak promote drama dengan cara mcm tu… Tak perlu la Cik Pung, kau tak keluar statement mcm tu pon, ramai dah peminat drama ni. Diorang lebih bijak menilai kualiti “story” drama ni dari membaca “story” kau yang kau sendiri tak pasti kesahihannya. Ramadhan setahun sekali Cik Peng, aku maafkan dosa kau) so tak perlulah nk promote gambar yg boleh mencetuskan spekulasi kan?..saya juga PEMINAT drama yg Bijak menilai KUALITI “story” awak dan gemar juga membaza story dari penulis yang mencari kesahihah articles yg mereka tulis…ape pun sebagai pelakon drama Malaysia harus bijak menjadi keperibadian sebagai seorang pelakon yang beragama Islam..batas pergaulan harus dijaga samada berlakon bersama ISTERI orang mahupun SUAMI orang..ini kali ke 2 dituduh sbg peruntuh rumahtangga orang…wow dasyat juga..tp tepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan?..takpe anggap jela ini PUBLISITI sebagai pelakon yang suam-suam kuku…berterima kasihlah pada writers yg sanggup menulis pasal isu awak…baru lah orang akan kenal..baru boleh menang award..tercalon tp xde orang undi pun sedih kan…jd jgn bersedih anggap ini sebagai satu batu loncatan untuk dikenali ramai…ape pun cuba renung kembali dimana silap awak..muhasabah diri..perbaiki dimana kekurangan diri..kita manusia tidak lepas dr melakukan kesilapan….renung-renungkan dan selamat beramal…

    0
    0
    • rafe says:

      cer ko tgk btul2..ms dpt telekung tu slps cerai, bukan sebelom..ko tau x, klu org yg x tahu pape psl pemberian telekung tu, dh jd fitnah tau sb ko ckp diberi sblum cerai..ko klu nk kuar statement make sure statement ko tu btul..wait! klu dia bg papepun apa ko kisah? ko jejez sb xdpt pape? udah ler…suka hati diorg le, krisis izreen pun sblm ktar..ms promosi festival kl pun dh x baik..so, yg ko n spesis ko c pelem’pang’ tu nk lebih2 pehal?..ko tak tau pape, xpyh buang ms melakar comment ok? hubungan izreen n riza pun dh berakhir dgn baik..bkn cerai di lokasi cm kawan kau c wartawan murahan tu cakap. and one more thing, ko kena akur yg tersgtlah ramai die hard fans amarizreen yg mendoakan agar mereka mmg ditakdirkan bersama. So, baik ko doakan yg baik2 utk diorg bukan menambah perisa kt ‘produk’ c pelempang tu..lagi baguih…

      0
      0
      • farhad says:

        apelah melenting kemain..awak ni ikuti perkembangan semasa atau tidak?..semasa pemberian telekung tu dia belum naik mahkamah pun..tanya lah krew krew yg bertugas apa terjadi di lokasi pengambaran masatu…btw menggalakkan maksiat tu mmg kerja yang bagus…syabas!btw bukan JEJEZ sebab pemberian telekung..tp kalau esok lusa ada perempuan bg suami ko kopiah sroh pakai g semayang…or ada lelaki bagi isteri awak telekung sroh pakai buat solat…seronok ke?..nak nak plak masatu rumahtangga awak tgh bergoncang hebat…sepatutnya kita selamatkan masjid orang..jgn smp jd penceraian…perangai mcmtu lah boleh menguatkan lagi peceraian berlaku..ape pun dah selamat bercerai pun kan sekarang..elokla..hopefully kalau ada ruang utk sambung semula elokla..itu yg sepatutnya..BUKAN mendoakan dia bertemu jodoh dgn orang lain…ANAK dia masih kecil..dan masih memerlukan kasih sayang seorang IBU DAN AYAH…kesian membesar tanpa keluarga yg sempurna…saya doakan dia bersatu semula dengan suami dia…dan si mamat amar tu tolongla belajar hormat batas pergaulan isteri orang…yg izreen pun sama…sekian…posa posa..kene beretenang lebih sikit…

        0
        0
  13. kerana terpaksa aku relakan says:

    cik pang memang nak kena lempang rasanya..rileks aje,umah tangga mu tu jaga elok2 ler yek,biarkan rumah tangga org doakan mereka berbaik demi anak,jgn sibuk cari punca keruntuhan blah blah,nak sangat buat cite buat cite saudara Islam kite yg diserang,berperang tu,kanak2 wanita jadi mangsa,kasi kat pemimpin obama ke,pbb ke supaya stop mbunuh umat islam ni semua,bulan pose,biar kan KTAR ni bjalan dgn baikn jaya nya,jgn rosakkan akal fikiran org lain dgn PHD mu tu,nanti cik pang jadi cik puii kang, utk amar n izreen tabah lah,ku tahu mjiwai watak memang kadang2 buat org lain terasa hati tp itu kerja anda ber2,terus bkarya jgn layan benda2 murahan mcm ni,besarkan anak,bg pendidikan agama dunia akhirat ,mungkin memang ada silap kite dsitu tp kita kan manusia biasa ,nobody’s perfect salam sayang peminat yg benci pada manusia suka laga2 kan org lain ..tutama org islam lagi melayu

    0
    0
  14. AA says:

    @Diva Kebaboom!
    ko igt ko Azwan Ali ke nk y bother, y bother??? euwwww..peliss laaa..geli haku!

    0
    0
  15. najwa says:

    berlakon kena la hayati watak.. kalau tak, jadi la mcm anzalna dgn izzue islam..2-2 kayu, semata2 nak jaga hati pasangan.. yg pentng aku tak perpedaya dgn cita cik pung pang peng tuh..gosip murahan la woi

    0
    0
  16. Eja says:

    Papepon suke lakonan Izreen Azminda……

    0
    0
  17. Pokpek says:

    Sapa cik pang, peng, pong ni?

    0
    0
  18. Mhkamah kcik says:

    Jgn dgr cite sblh pihak je.dh nme tuduh tu.
    Klu x pueh ati..tnye dua2,then u cn judge .
    Tp kite ni sapa lh nk judge mreka.Izreen dh cerai
    pn.

    0
    0
  19. Mak Temah says:

    apa lah… kesian dik amar ni… memang tak logik korang tahu sebab apa? Amar ni adik-adik sangat uols! awwww… mmg lah tak logik… memang gambar mesra ngan adik-adik mcm amar ni…

    0
    0
  20. Anonymous says:

    Cik pang ni mmg nk kena lempang je .. Sebab suka sebarkan Pitnah!!
    Oh yes budak izreen ni mmg Jambu orgnya.
    7

    0
    0
  21. WOOITT.. says:

    WOOITT..NAK NGUMPAT MALAM2..SIANG PUASA OII..ATAU MASA DATANG HAID CEK TEMAH WOII..TAPI LEBIH BAIK PI SOLAT TERAWIH..

    0
    0
  22. sha says:

    bulan ramadan bulan beribadah….

    0
    0
  23. sha says:

    selamat berpuasa

    0
    0
  24. Tok Ketom says:

    Tok tak nak komen apa2 cuma nak bagitau makanan bergoreng pon boleh guna Ajinomoto!!!

    0
    0
  25. melah says:

    Alahai gediknye la betina ni dulu husband punya besday xde plak engkau nk wish bagai bila time si amar baharin berwish bagai nampak sgt kau punya propa…dah lah mata duitan bila riza bnyk duit kau tunggu bila duit dia dah habis kau tarah kau blah betina jenis apa kau ni??????

    0
    0
    • anon says:

      hummmm kitaorg yg tonton drama KTAR pun melting bila tengok Amar Baharin a.k.a Abang Zen, apatah lagi heroin si Izreen a.k.a Indah harlina yg duduk disamping Abg Zen……

      0
      0
      • farhad says:

        melting dalam drama takpe..tapi jgn sampai luar drama pun melting…itulah kesudahannya bercerai berai sebab xdpt tahan nafsu smp melting sakan kan…
        Melah, jangan cakap begitu kerana semua tu hanya lakonan mereka bagi mempromosikan DRAMA diorg…SUAMI kene taruk tepi xboleh xpose nnt saham jatuh…btw dah jadi BEKAS SUAMI…duit pun dah habis dia tarah bak kata you kan…so apa lagi…xpe wish birthday suami..CONFIRMED dia akan wish birthday ANAK yang dia tinggalkan demi lelaki lain (bakal suami bakal ayah buat anak tu) dia akan wishhhhh dalam instagrammmm..kasi peminat LIKE sejuta kali…anak masuk hospital pegi tengok pun tidak agaknya kan?..well kenelah letak gambar anak dlm instagram kan…baru nampak REAL sket LAKONAN baik dia…terfikir fikir balik…dah bercerai kan??…ANAK dia siapa yang jaga?..takkan anak dia kasi kat SUAMI dia YANG TAK BERGUNA tu jaga kot??kan SUAMI tak GUNA tu sebab dia mintak diceraikan..eh ke dia yang diceraikan?…oh lupa..mana dia boleh jaga anak…dia nak berlakon demi sesuap nasi utk anak dia nnt kan…tertanya tanya juga status HAK penjagaan anak…dan anak dia siapa yg jaga…kesian anak kecil sangat…. :(

        0
        0
        • zawati says:

          sudah2 la menjatuhkan air muka adik tiri aku tuuu…… rindu pada geng2 KTAR

          0
          0
        • rafe says:

          farhad, klu kite bg brg kt org dgn nawaitu yg ikhlas, Insya Allah, baik juga jadinya..so, jgn pertikai or bg contoh psl pemberian org..and oh yes! ms amar bg telekung tu dpn mate ko ke? andai kate dia bg dpn mate ko, still bukan tiket untuk ko canang psl pemberian ni..apatah lg klu bkn dpn mate..ko suruh aku tny krew…ha, ini bkn krew..tn director sendiri pun dh buka mulut mengatakan tiada apa2 pun yg berlaku..fikir2 kn lah..oh ya, klu ko ikhlas nk menasihati, bkn gini caranye..sepatutnye kite doa yg terbaik utk mereka..knp ko pula lelebih nk citer psl IG la, itu la ini la..nk selamatkn masjid org, bkn dgn care mengutuk farhad oii..lagi satu, klu dh xde jodoh, siapa awak utk melawan takdirNya?…….

          0
          0
        • izreenazminda fan says:

          sudah sudah lah en/cik farhad ooi..kita ni kalau menulis komen memang sedap n bebas nyatakan apa sahaja,tp kalau something yg belum pasti atau kabur tu,kenalah fikir byk kali sebelum tulis..kalau betul u tahu sgt kisah peribadi izreen,bekas suami izreen n amar pon,takpayah kot nk sebar kat sini..buka aib namanya walaupun hal tu betul..tak pasal2 tolak kredit pahala bulan puasa ni..yg pasti apa yg lepas,takperlu nk ungkit or panjang2kan..apa salahnya doakan yg baik2..sepatutnya org yg duk tuding jari kt zreen ni fikir apa yg jadi kalau kita kat tempat dia??dia pon manusia biasa n profesion dia sbg pelakon menuntut hal2 tertentu dlm karier dia,tak salah kalau dia nk move on..kebahagiaan hak milik masing2..so tepuk dada tanya iman..

          0
          0
      • Anonymous says:

        Betul juga ye sape x melting2 gitu…..disebabkan melting tu yang sampai tak igt laki…sampai bersuap2 makan di set…phuiiiii

        0
        0
  26. Mak Temah says:

    mak temah nak tegaskan bahawa amar baharin ni adik-adik… skarang dia dah dapatcontrol sikit kelembutannya didalam drama… kalau tak nampak adik sangat… sama je lah dengan fizrul khan… nampak macho tapi… adik adik gitu… mak temah nak backup dorang bukan nak apa… kalau dah adik-adik, artis2 pompuan ni suka lah layan sebab dia pun mcm wanita juga… kehkehkeh

    0
    0
  27. girlsouthere says:

    abg senior i ni dulu masa studi kt UiTM dihatiku..school of engineering..dia slalu buat wall climbing dgn geng geng dia…minggu ni bwk org lain..minggu depan bawak orang lain..pegi makan dgn orang lain..pegi tengok wayang pun dengan orang lain…masa zaman myspace dulu-dulu slalu stalk page dia..haha minat punya pasal sbb muka jambu wa cakaplu! tp lepas lepas tu xde dahla sebab ke BUAYAAN terserlah…eh salah muka jambu jd LEMBU sesuai sket…hahahaha gurau jew! tp mmg playboy sgt laaaa…dulu dlm myspace dia gf dia mmg ada satu je…tp bila kat luar byk lahai…nk kata kawan siap pegang tangan..pernah terserempak dgn dia byk kali..ada skali tu tghari dia makan ngan gf dia (gmbr dlm myspace tula)..tp malam tu masa ktrg ramai2 g tgk movie kat midvalley dia tgh bratur beli ticket wayang dpn ktrg…tp dgn perempuan lain siap pegang tangan sandar2..peluk dr belakang lg…tup tup seminggu lepastu pegi climbing bwk tah awek mana plak xtau teman dia climbing..tergelak2 tepuk tampar cubit pipi…sejak tu terus ktrg rejectttt….ingatkan masa belajar je mmg boya…lepas blajar pun mmg boya darat…playboy sgt aih…terus tak minat dia…tp tetap tengok KTAR….hahahaha…skali tup tup jadi punca keruntuhan rumahtangga org pulak?…tp mcm xpelik pun sebab mmg huihhhh cair habaq ang…hensemmmmmm…tp perangai tu haih…sabar jela….

    0
    0
    • LINDA says:

      Tak kisah la girlsouthere oii apa yang dia buat dlm kehidupan realiti dia, kitaorg cuma nak tengok drama yang best aje, hal peribadi diaorg lantak la, buaya tembaga ke, alligator ke……memang la buaya2 mcm tu memang boleh bawa watak cintan cintun dgn baik, well dah expert

      0
      0
      • Anonymous says:

        kalau nak tgk drama tgk jela..jgn la tengok gossip kat sini kak oi…org nk bergossip dia nk tgk drama…org bercerita dunia realiti..kalau akak nk tengok drama pegila tengok…tgk topic isu kat sini…bukan tajuk drama ya..syoohh syoohhh….

        0
        0
  28. Kekasihku Isteri Orang says:

    ohhh aaa abam zen…kenapakah isteri orang yg dicari…kenapakah??…apa tiada lagi kah wanita -wanita anak dara yg single diluar sana??…kenapakah abam zen memilih isteri org yg bukan anak dara lagi abam zen tiada taste kah abam?..ohh tidakkkkkk!!!

    0
    0
    • melah says:

      Yang takde dara lah senang sebab lepas project termengandung boleh BUANG tak gitu abg zen

      0
      0
    • Zila says:

      opps dia dah tak jadi isteri org. Mesti la dipilih yg dah kawen, sbb yg dah kawen tu dah expert & mahir, tak payah train daaa

      0
      0
  29. WOOITT.. says:

    watak zawati ( kaka tiri indah) dalam drama’ kerana terpaksa aku relakan’ lebih elok dibawa oleh izreen ni ..sesuai dengan orangnye kan..

    0
    0
    • cikpropa says:

      haa betul betul saya sokong..sebab muka si izrin ni tak lembut…xcukup kaw kaw utk bawak watak INDAH ni…out laa….potonggg potonggggg!!

      0
      0
  30. cikpropa says:

    alaaa Jalan cerita ni dah bestla…tp kan kan watak si Indah tu mcm kayu..gedik tak bertempat…mcm xmasuk la dgn siapa pelakon perempuan tu hek?izrin? xpemes maka xtahu la nama dia betul ke idak…patutnya watak Indah tu kene dgn seorang pompuan yang comel2 sket..lembut tapi berkarisma…mcm kene ada auraaa dan daya tarikan tersendiri…indah yg dlm ni mcm ada tak kena..mcm buat-buat sangat je…nampak sgt berlakon..xdpt menjiwai watak la…potonggggg ah potongg!!bg la mcm fasha sandar tersandar ke…nora danish ke…tak pun bg je neelopak…ada gak auraaaa kat situh….ape pun hidup abg AAron ajissss..xde siapa boleh tandingan watak lelaki macho spt dia ohhh ohhhhhh cair!!

    0
    0
  31. […] Dituduh Jadi Punca Penceraian Izreen Azminda, Amar Baharin Nafi Dakwaan Tak Masuk Akal (58) […]

    0
    0
  32. […] Dituduh Jadi Punca Penceraian Izreen Azminda, Amar Baharin Nafi Dakwaan Tak Masuk Akal (59) […]

    0
    0
  33. […] Dituduh Jadi Punca Penceraian Izreen Azminda, Amar Baharin Nafi Dakwaan Tak Masuk Akal (60) […]

    0
    0