Written by Bella | May 18th, 2016

Sudah lama juga kita tidak lihat pelakon Dira Abu Zahar muncul di kaca televisyen, tiba-tiba kami dengan berita bahawa beliau sudah meninggalkan dunia seni.

Berita itu diumumkan oleh Dira sendiri menerusi akaun Twitternya dua hari lepas. Menerusi portal BH ONLINE, Dira yang mempunyai  Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, kini mahu fokus pada bidang tersebut dan mahu menawarkan nasihat perundangan kepada penggiat seni yang lain.

Sudah tiba masanya saya tampil dan mempraktikkan bidang undang-undang yang dipelajari bagi membela nasib insan seni seperti saya. Oleh kerana saya sayangkan industri ini, maka saya mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu bagi mengubahnya.

Seseorang perlu menyuarakan pendapat melalui medium yang betul bagi mewujudkan undang-undang yang difahami oleh penggiat seni dan orang luar. Ramai yang melihat industri hiburan sebagai dunia popular namun hakikatnya ia ‘sakit’.

Dira tidak mahu seseorang penggiat seni itu hanya dihargai apabila mereka sudah tiada. Oleh itu, beliau mahu membela nasib mereka bermula sekarang.

Saya tidak mahu industri seni dipandang remah kerana kita turut sama menjana pendapatan kepada negara. Kebanyakan anak seni dihargai dan mendapat pembelaan hanya apabila sudah tiada. Kenapa perlu tunggu sehingga saat itu?

Niat Dira untuk membela nasib penggiat seni haruslah dipuji, semoga anda berjaya mengubah nasib mereka untuk lebih dihargai pada waktu sekarang. All the best to you..

Sumber Berita : BH ONLINE

11 responses to Dira Abu Zahar Sudah Tinggalkan Dunia Seni?

  1. melati says:

    ok lewww ..yg penting jgn jadi mcm pengomen Black Cat …!! tulis omputih macam ckp jawa……Black Cat & org yg ajor dia English dua2 Benggong…!!! wakakakakakakakaaaaa

    0

    0
    • Anonymous says:

      good..at least dgn ilmu yg ada dia tau macamne nak buat byk duit and at the same time tlg org

      0

      0
  2. luna says:

    bagusla bersara dira oi. malu je kes begaduh kat hrc haritu sampai sudah orang dok ungkit

    0

    0
  3. mat terap says:

    askar pon penyumbang kepada negara tapi xde sape nk bela.sian kan..huhu3… -mat terap

    0

    0
  4. Anonymous says:

    menjana pendapatan pada negara??? nak tanya dira ada bayar income tax x???

    0

    0
  5. #eh#entah#lah# says:

    dia ni bukan ke yang gaduh kt club tu..ntah club mne ntah..pas tu bukan ke dia minum sabun then masuk spital serdang..bukan dia ke. eh entah lah

    0

    0
  6. Miss Fake says:

    eleh eleh, sejak kes tumit kasut naik atas kepala orang terus stop kan. eh tuh pajura!
    ooooo ni kes pijak kepala org kan

    0

    0
  7. Anonymous says:

    ABANG NARA… TOLONG lahhhhh… buang iklan shampoo dove tu. MENYEMAKKK

    0

    0
    • Ummi says:

      Tau pe…dah brp hari ni sakit ati bukak blog ni…iklan menyemak.. sblm ni xde sgt..ni iklan air asia pulak…huhu

      0

      0
  8. akutakfaham says:

    aku tak faham la Bella…”Dira yang mempunyai Undang-undang dari UiTM…”
    persoalan:
    1. undang2 ape weyh yang boleh dapat dari UiTM tu???undang2 jalan raya ke???
    2. nak sebut Sijil ke Diploma ke Ijazah sebenarnya?

    0

    0
  9. anonym says:

    sapa lu tak kenal pon

    0

    0