Written by Bella | December 24th, 2015

Nabil Ahmad sejak beberapa bulan ini sering menjadi mangsa kritikan dan tomahan “keyboard warrior” dimana mereka sering mengkritik perangai  beliau semakin menjadi-jadi selepas pulang daripada menunaikan haji.

Buat Nabil, seseorang itu tidak berhak untuk menilai amal kebajikan orang lain dan menganggap “keyboard warrior” yang sering memberikan komen negatif sebagai mereka yang kurang kasih sayang.

Siapa mereka hendak menilai saya sampai sebegitu sekali? Saya hanya cari makan sahaja, untuk anak-anak dan isteri. Saya tak ganggu orang pun. Tetapi kalau sampai macam itu sekali kata-kata mereka, soalnya ialah, siapakah mereka untuk menilai amal dan kebajikan orang lain?

Mereka adalah sejenis keyboard warrior, tidak ada manfaatnya dan memang kerjanya suka buat fitnah. Saya ambil kata-kata Prof. Dr. Muhayya. Dia ada cakap, orang yang jadi keyboard warrior ini adalah orang yang kurang kasih sayang. Orang jenis ini tiada kawan, tiada perhatian keluarga dan bermasalah dengan diri mereka sendiri, habis semua orang dia hendak serang .

Bayangkan, mereka tiada kawan, tidak mendapat perhatian keluarga, bermasalah dengan diri sendiri, habis semua orang dia nak ‘serang’. Saya jadi kesian orang macam ni.

Ditanya adakah Nabil sempat untuk membaca segala komen dan kutukan yang dilemparkan kepadanya, ini jawapan nabil :-

Saya nak baca pun tidak ada masa sebab sibuk dengan kerja dan urus keluarga. Yang bercakap kosong sebegitu, itu bukan masalah saya lagi dah. Ia tak jadi kudis pun pada diri saya. Mereka itu tidak berakal, bawa-bawalah bertaubat. Mereka ini yang patut dekatkan diri dengan Tuhan.

Saya percaya, apabila kita bekerja secara profesional, banyak orang yang akan sokong kita. Banyak orang yang akan suka dan faham akan tanggungjawab yang kita pikul.

Tetapi, golongan seperti ini bukan jenis bercakap kepada media dan mereka simpan rasa suka dan respek mereka itu sendiri sahaja. Yang bercakap, yang buat bising tak tentu arah ini hanyalah sebanyak dua peratus sahaja. Inilah kelompok orang yang hendak menyaksikan kita jatuh merudum yang akan sentiasa ada rasa tak puas hati.

Bukan mudah untuk terus kekal dalam industri hiburan, memang akan ada sahaja pihak yang akan cuba menjatuhkan seseorang itu apatah lagi dengan wujudnya media sosial sebagai medium untuk “keyboard warrior” mengkritik setiap tindak-tanduk artis.

Sumber Berita: Uutusan Online

39 responses to Dikritik Semakin Teruk Selepas Pulang Daripada Haji : Nabil Ahmad Sifatkan “Keyboard Warrior” Kurang Kasih Sayang Dan Tiada Akal

  1. zalora fan says:

    sudah sudah la kutuk nabil ni…dia kan pelawak…kipidap nabil…..

    0

    0
    • Anonymous says:

      biasa lah artis2 sekarang, mana boleh ditegur. ego datin semah semah pun kalah. jangan jadi mcm azwan ali dah la. lama2 org naik meluat. patutla artis2 sekarang susah bertahan. kerana perangai poyo camni lah.

      0

      0
      • kak nam says:

        akak terpaksa agree with keyboard warriors. kenapa pelawak2 lain ok je…org x hentam bertubi-tubi pon? ko juga yg selalu kena hentam. dugaan tuhan lepas balik haji ke? pikir la. ko tu bukan budak2 lagi. dah jd bapak budak pun. kalau itu pun x reti2….hmnn…lantak la. jg sentap pulok.

        0

        0
        • Anonymous says:

          ingat dlm GV dekat2 nk habis rancangan tu, dia buat joke pasal rumah terbakar pada dato vida. jihan yg x pergi mekah pun x buat lawak camtu. bagi aku tu kurang adab dan x bertanggungjawab. ingat ye, awak tu ada anak bini. langit ni x selalu cerah. hati2 lah ketika berkata2. jgn nanti terpalit pada keterunan kau plak…nauzubillahminzalik.

          0

          0
      • Nabil lu tengok weakness diri dulu says:

        Cara dia handle jadi host dengan Neolofa tu pun lagi kasihan…kalau Nabil kata dia professional, cara dia handle role dia as a host tu betul ke? Selit humor yang menjengkelkan, masa Jacylyn Victor datang dengan suami kenalkan nama anak, si nabil lawak lawak nama anak. Banyak lagi la lawak melalut kepala lutut die. Professional celah mane ntah.

        0

        0
    • Cili says:

      tiada akal? siapa yg selalu buat lawak2 bodoh? awak jugak kan? dulu lawak ko boleh juge diterima pakai, sekarang entah haper2 je. oh, sila la gelak….nabil sedang buat lawak tu.

      0

      0
      • Leha says:

        lawak yg xde pengisian dan “struktur”. pakai main belasah je. lepas tu perli2 orang. tipikal..lawak2 mcm tu dah tak “in” dgn mentaliti masyarakat lah. cuba sesuatu yg baru. barangkali dia ni dah habis modal…

        0

        0
    • Cebok la bontot zalora tu says:

      Zalora fan ooiii…Nabil tak melawak bab musibah hidop ko takpela ko nak ampu..time die melawak pasal ko sampai ko sentap..barula ko nak hamun ber das2.

      0

      0
  2. Yelakot says:

    Bukan nak cakap apa la tapi aku perasan jugak perangai nabil ni sejak blk ni…

    0

    0
  3. apelijo says:

    Biaq p la nabil oii janji income masyukkk yg penting rezeki halal pahala pun berlari2 ngejo bile tiap kali ko kene kutuk hehehe

    0

    0
  4. Ayooo! says:

    lawak x semegah mana….poyo je lebih. ahhh..sudah.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    dah habis modal melawak kut dia ni. terpaksa gunakkan org lain utk buat lawak. terpaksa perli2 org. oh kesiannya. mungkin sudah tiba pelawak dikenakan tunjuk sijil diploma bukan spm mcm mat dispatch cenggini. opsss.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    tegur sikit cakap “nk menjatuhkan”..alahai. mcm ni punya artis pun ada lagi kt msia ni. sedih lahhh.

    0

    0
  7. anon says:

    meluat sunggoh aku dgn si bongkak ni…sgt bongkak…ko ingat lngit tu selalu cerah ke ..

    0

    0
  8. miss aa says:

    xpyhlah kutuk kalo kutuk die kita balik dpt dosa …baik kita doakan die berubah dan kita juga lbh kearah kebaikkan

    0

    0
  9. babe says:

    ntah la, aku ase ok je lawak dia. da nama pon lawak. tak payah la nak terasa. jangan ambik aty sgt. lawak dye mnghiburkan ape? klu xde nabil, xmeriah GV.

    0

    0
    • LOL says:

      Lawak memalukan orang. Menjatuhkan org. Elok ke mcmtu? Lawak ke tu? Takyah terasa tapi membabitkn perasaan orng lain dan kisah silam orang lain? Kalau kamu dimalukan dihadapan ribuan malah 1 m’sia, apa kamu rasa?

      0

      0
  10. apelijo says:

    Siapa ko utk tentukan halal haram rezeki org??dlm hidup jgn suka cari kesalahan org esok lusa tulat org plk cari kesalahan ko time tu jgn ckp lak dorang sume kurang kaseh syg…pikir2 n renung2 kan…

    0

    0
  11. apelijo says:

    Siapa ko utk tentukan halal haram rezeki org??dlm hidup jgn suka cari kesalahan org esok lusa tulat org plk cari kesalahan ko time tu jgn ckp lak dorang sume kurang kaseh syg…klu dah suka cari kesalahn org bila ko pakai spende pon org ckp xpakai!pikir2 n renung2 kan…

    0

    0
  12. Lara says:

    Sayang kan, dia ni kalau nak kira not bad la jugak tapi biasa lah, bila dah makin naik, bongkak dan bongak tu sedikit sebanyak naik sama. Kalau boleh nak la dia stay lama and getting better, kalau tak mampus nak ngadap Dato AC jer sana sini.

    0

    0
  13. melati says:

    jawapan Bekas Mat Rempit bodoh..

    0

    0
  14. melati says:

    LAGI 1..Cari makan bukan nya kenakan org…contohi lah Jep, dia bahan Suib jer ….Suib yg poyo tu tapi Suib tu tk perasan malah lg Poyo…..bila dgr sinar lepas iklan mesti Suib yg bercakap…poning aku…bila time yg ader bahasa English tu tersangkut2 Suib nk sebut….dh mcm DJ Radio Malaysia ni low Class plak…yg tk tahu English pun boleh jadi DJ…biar lah pelawak2 yg tahu English cam Jep, Rahim Keril ..baru lew class…

    0

    0
  15. saya sokong bang bil says:

    Sye sokong bang Bil.. ignore je kaki bz body tu. Orang suka tgk, xsuka xyah tgk tu je sbenarnya. Keyboard warrior pun layan je bang bil sbenornye tu hal dlm kain, dosa pahala bang bil deorg tau. Haa nmpk peminat sbenarnye tp jenis tanak ngaku. Dalam komen nabil teruk laa ape laa, depan tv bekekek gelak sbenornya. Tapi minat2 pun dah jenis keyboard warrior nie byk ginetik mak bedah,mak semahh kaki kepohchi ater nye tp mngepoh dlm diam, bunyik keyboard je lebih hahahha.. abg nara pun sme, xyah nk highlight2 sgt luahan2 pngkritik nanti btambah riak msing, bajet diri bagus sbb kritikannya ade pnyokong. Yg bagus penulisannya, diri sndiri xtau laa bagus mne agaknya.. kipidup jelaa retis2 malaysia, mmg orang kita nie byk ginetik kepohchi.. hahahaha..

    0

    0
  16. anon says:

    Biasalah…..kebanyakan kita cume merasa keinsafan semasa melihat kaabah & semasa berada di tanah suci je. Lepas tu bila balek, hilanglah segala keinsafan tu. Mcm jgk sheila majid, rossa azwan ali….dll…

    0

    0
  17. Anonymous says:

    lawak basi

    0

    0
  18. amanda says:

    Baik letak jawatan la jadi pelawak…jadi pelawak pun mnyakitkn ati org je… Bek ko wat bisnes ke apake…jd plakon besa ke…asal bkn plawak….wat malu org kampung je…

    0

    0
  19. alia says:

    bila baca komen2 dlm ni memang I totally agree wt nabil. at least dia mampu buat haji, ada rumah, kereta wt happy family.

    0

    0
  20. mare says:

    agree with Nabil. Keyboard warriors malaysia mmg teruk. Benda kecil pun nak viral, nak salahkan, nak comment, nak itu, nak ini. ada je tak kena. I am so sorry to say this, but, those with high level of education will never judge/ comment sampai teruk macam tu. Peace!

    0

    0
  21. Sutera Biru says:

    setuju..sejak balik menunaikan haji perangai nabil makin mjadi2..berlawak membahankan org lain sesedap mulut dia ja..pergi haji nk amik nama ja ka?xsesuai dgn perangai..wife pulak xberubah..masih xmenutup aurat..nabil patut bimbing wife dia dr sibuk bahankan org…

    0

    0