Dikritik Pakai Baju Tiruan : Awal Ashaari Muat Naik Bukti Ia Pemberian Seseorang

Hiburan

Dikritik Pakai  Baju Tiruan : Awal Ashaari Muat Naik Bukti Ia Pemberian Seseorang

Semalam, kecoh dengan isu dimana netizen mengkritik baju yang dipakai oleh pengacara Awal Ashaari semasa program Melodi TV3 adalah produk tiruan. Rata-rata netizen berpendapat sebagai selebriti Awal harus berhati-hati dalam berpakaian dan tidak sepatutnya untuk memakai barang tiruan lebih-lebih lagi ketika muncul di kaca televisyen.

Advertisement

Tidak mahu dirinya terus dikecam dan isu ini berpanjangan, Awal menerusia akaun Instagramnya tampil memuat naik beberapa bukti bahawa baju tersebut adalah pemberian peminat yang dibeli secara atas talian.

Harga yang tertera juga bukanlah murah tetapi bernilai RM 612. Walaubagaimanapun, masih ada juga yang tidak berpuas hati dan mempertikaikan jenama Supreme tidak pernah mengeluarkan logo besar.

Sebagai artis memang setiap tingkah laku dan gaya fesyen akan menjadi tumpuan ramai. Apa-apa pun, Awal juga hanya menghargai pemberian peminatnya. Apa pula komen korang?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...