Written by Bella | December 17th, 2015

Walaupun Gegar Vaganza 2 telah melabuhkan tirainya minggu lepas, gosip mengenai pengacaranya masih lagi tidak putus. Jika  beliau sebelum ini hangat apabila ditegur oleh Datuk Jamal Abdillah untuk tidak membuat lawak mengenai raja pop itu, kali ini Nabil Ahmad dikritik pula oleh sesetengah fanatik  penyanyi Farahdhiya apabila Nabil sering mengusik beliau di pentas Gegar Vaganza 2.

Jelas Nabil, beliau sebenarnya sudah lama mengenali Farahdhiya secara peribadi ketika sama-sama berkunjung ke sebuah pusat senaman.

Nabil  tidak mempunyai niat lain tetapi hanya ingin menceriakan lagi suasana dengan menyakat dan melawak.

Saya dah agak memang ramai yang nak tahu mengapa saya suka sangat usik Farahdhiya.

Sebenarnya saya dan dia dah kenal dan berkawan lama. Kami pernah sama-sama menjadi pengunjung sebuah gimnasium. Bukan dengan Farah saja, kalau buat show saya memang suka menyakat orang sebab itu sebahagian kreativiti saya untuk lebih memeriahkan suasana sesebuah program.

Sekadar untuk buat orang ramai gelak dan semuanya untuk suka-suka sahaja, bukannya ada maksud atau niat lain.

Saya selalu cakap, dalam dunia hiburan ini kita janganlah nak ambil serius sangat semua benda. Asalkan kita tahu batasan tertentu.

Boleh dikatakan melawak dengan cara yang agak manja bersama Farahdhiya, ramai yang bertanya adakah isteri beliau, Zira tidak merasa cemburu? Menjawab persoalan tersebut, Nabil berkata isterinya sudah cukup mengenali sikap beliau dan memahami kerjayanya.

Isteri saya pun faham kerja saya suka mengusik orang di atas pentas. Dia tak cemburu pun saya suka mengusik Farahdhiya. Dia dah faham benar sikap saya suka bergurau.

Mungkin apa yang dikatakan oleh Nabil itu betul, kita kadang kala kenalah bersikap lebih terbuka dan tidak mengambil semua perkara terlalu serius. Buat apa hendak merasa tertekan sepanjang masa?

Sumber Berita: Mangga Online

61 responses to Dikritik Kerana Sering Mengusik Farahdhiya : Ini Jawapan Balas Nabil Ahmad

  1. Pekerja Gomen says:

    Aku tak rasa pun usikan Nabil pada Farahdhiya mcm keterlaluan…
    Biasa je…

    0

    0
    • ahkak tak kesah says:

      dah takder gosip lain ker???

      0

      0
      • Anonymous says:

        dah terover sangat si pelawak bodoh ni. tiap2 minggu asyik2 recycle joke bodoh. sedarlah ko yg telinga ko tu..mcm belalai gajah.

        0

        0
        • siti hawa says:

          astro ni x pandai nk kontrol pengacara2 dia. paling nyampah, si nabil ni yg buat joke..dia yg gelak. lepas tu buat leher ninja turtle dia tu. letih la bro.

          0

          0
        • Anonymous says:

          katakuncinya..mangga online.

          0

          0
        • Pesan Saya says:

          dlm kegairahan ingin berlawak dan memeriahkan sesuatu rancangan, jangan pula kita lupa, kita semua ada ibu bapa, mertua, ipar, duai dan sanak saudara. jaga la imej mereka, sikap kita dan adap sbg lelaki, bapa dan ketua keluarga. sekalipun bini x kisah, bukan tiket utk menjatuhkan air muka org lain yg terdekat dgn kita. renungkan.

          0

          0
        • Anonymous says:

          ishh xbaik hina ciptaan Allah…telinga ke apa2 je tu sume ciptaan Allah…ni da kira berdosa menghina orang. awk tu da cukup sempurna ke?mungkin fizikal dah cukup perfect tp mental je kena diperbaiki. cuba repair balik otak tu sbb selalunya orang bercakap cmni slalunya ikut perasaan xikut akal.otak ada tp xguna.ermmm sedih…

          0

          0
        • Anonymous says:

          telinga belalai gajah tu Allah bagi kan? knp perlu persoalkan telinga die?

          0

          0
      • nora says:

        nara xder isu buat isu, cuba jom kita bincang pasal kesan tppa..

        0

        0
    • Nak Termuntohhhh! says:

      Sudah la Nabil. Dah la org meluat tengok si Vida badak sumbu tu asyik promo produk hauk dia tu, lepas tu campor dgn muka kau dan lawak kau selevel budak PMR tu. Shut the fark up. Dalam MeleTOP pun sama, asyik ko je yg nk bercakap. Muak tahu ke…muak?

      0

      0
      • Anonymous says:

        hauk hauk hauk….dan terus hauk.

        vida mmg hauk. dia ingat penonton2 gv tu …nyayuk ke haper. setiap 5 saat muka ikan emas dia yg muncul.

        0

        0
    • Mirai Suenaga says:

      ntah. bagi aku pun biasa je… bini dia lagi lawa kot…

      0

      0
  2. Hana says:

    Rasa xde la “teruk dikritik”..xde isu pon sbenanya..farahdhiya pun bukan mgedik balik.. biasa je tgk

    0

    0
  3. cikikaka says:

    klu betul2 nak ngurat x mungkin la ngurat atas stage.. nampak sgt nabil main2 je bile kat stage tu..

    0

    0
  4. Whatever la nbil says:

    Prlu ke kne sakat org bru trasa mriah show tu ?sape kata??mkne nya ko x brilliant lh nbil.bljr lg lh klu nk jd plwak profesional.x prlu sakat,jtuh kn maruah org.klu org wat kt bini ko agak2 ko snyum ke telan??

    0

    0
    • Chill says:

      siapa kata? Meriah je aku tengok GV tu, org kat sana pun gelak je, termasuk juri2. Kau pulak yg over2. “Lawak akan jd sensitif, jika org terlalu amik serious”, mcm kau ni lah.

      0

      0
    • bebal says:

      ke kau ni ex bf faradhiyaa?yg nak sentap bagai tu kenapa?opss..pelawak professional?hebat nya cakap..cuba kau duduk ats pentas tu…terkencing ntah2

      0

      0
    • kutu says:

      sedagher, nabil dah ckp sakat menyakat tu salah satu cara dia melawak..
      kalo awak brillianttt sangat awak sepatutnya tak amik pusing pon lawak dia..
      hidup ni jangan la serius sangat..

      0

      0
  5. Anonymous says:

    Samada peminat x spoting atau wartawan makin xde soalan nak tnya..

    0

    0
  6. punk rock says:

    Haritu kritikik jamal sbb terlalu serious dgn gurauan nabil
    Ni kritik nabil sbb slumber jer acah2 gurau ngn faradhiya

    EH AKU NK TNY….KORG NK APA SEBENARNYAAAAA!!!!!

    takde pn aku rs keterlaluan. n die buat sume tu dpn jutaan org.

    0

    0
  7. Juri Awam says:

    Mungkin sbb Nabil dah pergi haji org x blh accept

    0

    0
  8. Jenah says:

    Tak ada apa yg keterlaluan pun, lain lah mcm Emma & Kamal, belum apa2 dah join “The house” yg tak ada kena mengena dengan family dia, eh rancangan pun dah mengarut ~ rugi bayo astro ~ tetiba* lari topik jp :D

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Nabil ni dh jadi bapak org, tp prangai still mcm bdk2. Camne nk didik anak kalau ayh pn mcm masuk air aja.

    0

    0
  10. ikan masin says:

    Nabis suka meyampuk orang cakap.banyak sangat mulut.elok astro buatkan rancangam untuk nabil…

    0

    0
  11. ikan masin says:

    Nabil banyak cakap..masa di telan begitu saja..

    0

    0
  12. emm says:

    dh xda bnda la tu..semua nk djadikn isu..

    0

    0
  13. ikan masin says:

    Mengarut sangat,keluarga melambong

    0

    0
  14. gebang-gebang says:

    tau la GV dh letop2 trending bagai. agak2 la.. asyik nk keluarkan isu baru yg remeh2. semua nk kena ulas. rancangan dah habis. banyak2 bosan jgk dr pengacara, juri, peserta, penaja, penonton habis dah masuk cerita. org pertikaikan tajuk vaganza maksud xbaik pn jd cerita. crte pasal artis yg dh menang pasal kerjaya diorang lepas ni ok la jgk.

    0

    0
  15. Anonymous says:

    laaa, x habis2 lagi ke. udah..pergi lipat baju.

    0

    0
  16. ChanteQ says:

    Semua x kena aihhhh …. haiyoooo…. kecoh betoi… potpet100x.. bila la hati semua nk puas??????????????
    … buat rancangan / jadi pengacara sendiri n sendiri tgk la… senang.. X puas hati jgk… Hempok ja tv. Paihtu p tidoq.

    0

    0
    • Anonymous says:

      takyah ada tv and xyah tgk tv la depa2 yg suka ngutuk tuh! doq dlm gua je senang, ati pun xsakit mikirkan perangai org lain..ye dok?? serba serbi tak kena kat mata depa2 nih..xpaham tul!

      0

      0
  17. Anonymous says:

    sukati ler nabil nak sakat siapa,dia buat pun,dia dapat bayaran,kou dapat?

    0

    0
  18. kutu says:

    orang malaysia ni serba tak kena..tak tau ape kehendak korang.ade je nak carik salah

    1.nana dikatakan penyanyi kampung
    2.nabil dikutuk sebab over
    3. dato vida penaja dikutuk sbb over
    4. title rancangan gegar vaganza pon bleh jadi isu

    0

    0
  19. Anonymous says:

    aku piker lawak nabil biasa je..takkan nak tayang muka serious lak..nnti korg kata boring muka monyok..rancangan buat lalap mata..piker lh klu korg atas stage cna nak bagi peminat pokus kat penyampaian kita, ada tak rancang tuh org nak nnti stiap minggu, rasa sy minggu ke 2 nih ranking GV smakin naik..klu bukan pengacaranya..

    0

    0
  20. melati says:

    Tgk Nabil pun cam Kimak…malas nk komenn..

    0

    0
  21. Ikanpari says:

    Sbb nabil la aku tgk GV 2 dan melekat spai final.. bleh tak korg jgn stress sgtttt nak benci2 bagai…

    0

    0
  22. Harris Ahmad says:

    Salam.Nabil ni tak berpendidikan orangnya.. Dah banyak perkara yang dia buat tak mencerminkan seorang muslim & seorang yang bertamadun. Nabil lulusan SPM aliran sastera je. Pemikiran tidak seperti golongan professional. Di negara lain, kebanyakan artis mempunyai ijazah dalam bidang seni- muzik, lakonan,etc.. di Malaysia, golongan pelawak yang tidak berpendidikan diberi jadi artis, pegacara.. sebab tu jadi macam nabil ni. tidak berpelajaran.

    0

    0
    • Nabil says:

      Dinegara lain tu dinegara mana ya?Oo SPM tak boleh jadi artis.

      0

      0
      • Anonymous says:

        Di negara seperti US & UK, Conan Obrien, Jodi Foster, Hugh Grant,etc mempunyai ijazah. yng baik dri barat kita ikut, yg xelok kita x ikut….cara percakapan mereka nampak berpendidikan… di malaysia, pelawak tidak berilmu jadi pegacara, sebab tu tak bermutu…

        0

        0
        • . says:

          Ooo..tak la ramai ye.dua tiga org je.yg tak keluar astro punya tak de ke.tu semua utk yg tua2.yg muda hipster la sikit.

          0

          0
        • Anonymous says:

          etc bermaksud ade ramai lagi…ramai je yg berkelulusan seperti pengurusan acara, mass comm,pengurusan seni yg di luar sana lebih layak dari nabil… cara percakapan nabil nampak sangat tidak professional…datul ramli ms pun perasan…. nabil tak banyak membaca dan tak berpelajaran, sebab tu banyak keluarkan statement yang tidak bijak…

          0

          0
        • . says:

          Semoga Nabil jadi mcm Steve Job dan lain2 yg dropout tapi jutawan.nk senaraikan pun bukan artis.

          0

          0
        • Anonymous says:

          kita tak boleh bandingkan steve jobs dgn nabil.. steve jobs msuk univrsty x hbis blajar… nabil x masuk university pun…. steve jobs is an innovator… nabil pengacara yang cakap je…. terang terang nampak nabil tidak bijak..

          0

          0
        • . says:

          eh,boleh je.sapa nak larang org nak kumpul harta.

          0

          0
        • . says:

          conan bagai tu bukan dtg dari mulut dia.cer tgk kat kamera dia baca skrip.dan ada penulis skrip.nabil tak perlu tu semua.ramai je org minat tgk.termasuk yg tak suka.berjayala tu.tak ada ijazah buat lawak tu!kalau ada ijazah.tentu terguling2 penonton.kan?

          0

          0
        • Anonymous says:

          latenight show with conan obrien mana ada scrip cakap. cume ada tajuk yg nk dihuraikan je..mcmnie la, tgk ryan seacrest american idol dgn nabil… jauh beza… ryan seacrest x ckp merepek dan tak buat lawak bodoh mcm nabil.. ryan seacrest ada degree dlm journalism…. nabil xde ilmu….melawak bukan ilmu….ada uni yang offer degree dlm melawak? xdekan..cara nabil megacara x professional dan x berpendidikan caranya….ilmu ialah sesuatu yg mmbawa maanfaat kepada orng lain…. hidup di dunia bukan setakat nak kumpul
          harta… hidup di dunia sebagai khalifah Allah untuk memakmurkan muka bumi ini….

          0

          0
        • Nabil says:

          Kalau hati dah hitam camtula.tak lh terima kenyataan.Nabil okey je setiap hari berkerja.makmur je.

          0

          0
        • nabil juga says:

          tengok je lah conan dan american idol tu.tak payahla tgk nabil.sbbtu org kata kalau tak suka tukar je channel lain.untuk org yg hati dah hitam.org kat sini semua suka2 je.hati hitam je beriya2.aku kerja dengan conan lek je.

          0

          0
        • Anonymous says:

          nie bukan soal hati dah hitam. ini soal kita nak betulkan keadaan…ramai bangsa kita yg beragama islam x fham erti kehidupan yg sebenar…. semuanya ingat duit…nk short cut cepat kaya….sebab tu ramai bangsa kita beratur panjang nk masuk AF, Raja lawak, etc…yg masuk kebanyakannye lulusan SPM je…. pemalas mcm nabil…..bangsa asing monopoli ekonomi sbb diorng cri ilmu… sebab tu kita jgn contohi nabil….nabil tidak bertamadun…..

          0

          0
    • . says:

      P.ramlie dan rakan2 lagend takde SPM.

      0

      0
      • Anonymous says:

        p.ramlee bukan pengacara… zaman telah berubah.. dulu nk jdi cikgu tak perlu ijazah, tpi skrng kne ada ijazah… evolusi ke arah lebih baik….skrng dh rmai ade ijazah & diploma….kenapa tak bagi orang yang berilmu untk jdi pegacara…

        0

        0
      • Harris Ahmad says:

        p.ramlee bukan pengacara… zaman telah berubah.. dulu nk jdi cikgu tak perlu ijazah, tpi skrng kne ada ijazah… evolusi ke arah lebih baik….skrng dh rmai ade ijazah & diploma….kenapa tak bagi orang yang berilmu untk jdi pegacara…

        0

        0
    • bola says:

      kalau avatar sama cam nie mmg penulis blog nie yg balas.bersepah kot dia bikin panas.semua dia hentam dapan belakang bagi org gaduh.kalau panas baru best.cuba korang check avatar biru yg sama.bersepah.kadang2 dia saja yg yg komen.sudah2la.dah nabil best nak buat camner.

      0

      0
  23. Rezza Ahmad says:

    Cara Nabil cakap nampak terlalu teruk macam tak intelektual langsung… nak speaking in english pun x betul… rugi belajar 11 tahun english dri darjah 1 smpai form 5…..tukar pegacara kepada seorang yang mempunyai ijazah dlm
    bidang seni….

    0

    0
    • Anonymous says:

      saya setuju… sebab tu rancangan realiti mencari pegacara mcm top host tv3, lulusan minima ialah diploma….lulusan spm x layak jadi pengacara…cara pemikiran dan percakapan nampak tidak bijak seperti nabil…

      0

      0
  24. Puih says:

    Eleehh, yg mengutuk tu cube mengacara? ntah2 teruk lagi dr Nabil..takyah la nk menghukum sangat oii..kita sma2 manusia,masing2 buat salah silap..dah dia memang mcm tu nak wat cemana..ntah2 ahli keluarga dia ok je, korang yg over..

    0

    0
  25. . says:

    Ooo.hati dah hitam rupanya..ngehh.

    0

    0