Written by Bella | June 11th, 2015

Dikritik hebat oleh sesetengah pengguna di  laman sosial kerana memuat naik foto berseluar ketat di laman Instagram  baru-baru ini, Emma telah tampil memberikan komen mengenai isu tersebut dan meminta agar peminat memberikan beliau masa dan sedikit ruang untuk berubah.

Emma berubah secara perlahan-lahan, tidak ada orang berubah akan terus pakai purdah sampai buka mata dua. Daripada Emma tak berubah lebih baik Emma berubah secara perlahan-lahan. Mengenai seluar ketat rasanya ramai lagi orang pakai sebegitu dan bukannya Emma seorang.

Apabila beliau membuat keputusan untuk berhijab tidak lama dahulu, Emma tidak dipaksa oleh mana-mana pihak ataupun sekadar ingin mengikut trend semata-mata. Buat Emma, beliau tidak mahu terburu-buru dalam melakukan perubahan dan mahu mengambil langkah demi selangkah ke arah yang lebih baik.

Semua orang pun sama kalau orang itu sebelum ini yang merokok dan mahu berhenti dia akan perlahan-lahan berhenti begitu juga dengan Emma. Emma sendiri baru sahaja berhijab dan bukannya berhijab untuk mengikut trend ke apa. Itu semua atas kehendak Emma sendiri yang mahu berubah secara perlahan-lahan.

Pada masa yang sama, Emma memberitahu beliau tidak terjejas ataupun tertekan dengan kritikan ramai daripada media sosial kini kerana menganggap ia sebagai satu lumrah kehidupan yang harus dihadapi pada zaman moden ini.

Kita tidak boleh harapkan seseorang itu untuk berubah secara drastik hanya untuk memuaskan hati orang lain. Lebih baik untuk Emma melakukan sesuatu lahir daripada hatinya sendiri dan beliau merasa selesa dengan keputusan beliau.

 

 

14 responses to Dikritik Kerana Seluar Ketat: Emma Maembong Minta Peminat Beri Masa Untuk Berubah

  1. Teropong Terapung says:

    Stupid and overreact reply. Next time fikir dulu sebelum menjawab. Selamat berubah perlahan-lahan lah ya!

    0

    0
    • penonton says:

      Abg nara bukan berubah sb nk puaskn hati sume org..tp menutup aurat tu mmg wajib..walaupun xikhlas nk ttup aurat tp wajib kna tutup gak nt lama2 insyallah akn jd ikhlas

      1

      0
    • Orang Islam says:

      dia hidup tak bertudung lagi lama dari hidup dia bertudung. give her space and time.

      *tengok sedara perempuan kita semua, pakaian dah cukup sempurna belum?

      0

      0
      • adohai says:

        cuba perhatikan adik perempuan, kakak, ibu, saudara perempuan anda.. adakah mereka masih memakai baju lengan pendek walaupun bertudung? adakah mereka masih tidak memakai stokin semasa memakai selipar? renungilah dan selamat beramal. bagi la masa untuk seseorang tu berubah, sekurang2nya dia sudah mara setapak ke jalan Allah

        0

        0
  2. Anonymous says:

    bangang jugak teropong terapung ni!!

    0

    0
  3. AKU says:

    ok emma

    0

    0
  4. ... says:

    BETUL2.. AKU SETUJU DGN EMMA WALAU BACA TAJUK JAAA…

    MASING2 SALING MEMPERBAIKI DIRI SUDAH LAAA

    0

    0
  5. Anonymous says:

    bagus la dia x emo mcm stgh retis.. bg dia msa la.. org muda kn.. jgn ckp retis la rmai org kt lua tu kdg pun pkai slua ketat bju body lengan pendek lak tu tpi btudung.. so bg la dia msa brubah plahan2 doa yg baik2.. dan doa baik2 juga pda artis2 veteran yg masing blom btudung supaya bhijab menutup aurat..

    1

    0
  6. nok gebuzzz says:

    betul ckp emma tu…bukan artis yg berhijab jer mcm tu,org diluar sana pun ramai lagi yg cara pemakaian yg pelik2,tak pe…slow2 berubah

    0

    0
  7. gigi emas says:

    kenapa perlu nak tukar atau berubah oleh kerana pandangan orang? You are who you are….ni semua yang perasan alim tapi gatal gila

    0

    0
  8. Abby Abadi dilamar seribu jejaka says:

    Amboi. Banyak pulak geng abby abadi kat sini. Yelah. Bagi masa la kat si Emma ni berubah macam Abby. Kot2 rezeki dapat la dilamar ustaz kat ig kan.

    0

    0
  9. sahabatpena28 says:

    kita smua leh bg ms kat dia..slama mn yg emma nak… amik la masa tu.
    tapi ingt… ajal maut x penah kenal masa… andai sampai masa.. xde dtangguh2 lg.. mrayu la masa byk mn pun.. dia xkn pedulik..

    Allah biarkan hamba2Nya trs buat dosa dan tak mhukum adalah sbb Dia nak utk mguji kita sbnrnya.. adakah kita akan terus lalai atau segera bertaubat…

    masa yang mnipu dan akn terus mnipu manusia…

    0

    0
  10. aku yg x sempurna says:

    Perbetulkan NIAT. Fahami hukum sebenar. Fahami maksud Aurat. Bila kita faham kita akan takut utk bertangguh2. Jgn ikut apa yg org lain buat tapi ikut apa yg ada dlm alquran & hadith sbb di akhirat org ln x mampu nk tlg & sokong kita

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Memang la x blh ambil masa sbb maut x kenal usia. Tp doakanlah yg baik2 supaya dia mampu untuk menutup aurat dengan sempurna. Yg dok kata orang x betul ni, dah lihat diri sendiri dan org2 bawah tanggungan kita, dah sempurna ka aurat mereka? Klu x suka jgn menghukum orang. Tp doalah supaya mereka jd baik. itulah cara tegur dalam hati. klu nak tegur di mulut, pergi jumpa dia dan nasihat elok2 supaya dia faham dan tidak menyakiti hati org yg kita nak nasihatkan.

    0

    0