Dikritik Buka Hijab Ketika Berlakon : Zarina Zainuddin Mohon Maaf Diri Belum Sempurna

Hiburan

Dikritik Buka Hijab Ketika Berlakon : Zarina Zainuddin Mohon Maaf Diri Belum Sempurna

Beberapa hari lepas, pelakon Zarina Zainuddin ada memuat naik foto beliau tidak memakai tudung dan mengenakan rambut palsu demi menjayakan watak dalam sebuah drama. Tindakan beliau itu mengundang pelbagai kritikan daripada netizen yang mempertikaikan mengapa beliau sanggup untuk membuka tudungnya.

Advertisement

Menerusi portal BH ONLINE, Zarina memberitahu beliau sedar apa yang dilakukannya itu adalah salah di sisi agama tetapi beliau terpaksa berbuat demikian demi menghidupkan watak yang beliau lakonkan.

Sebelum ini, saya pernah jelaskan, walaupun sudah berhijab, mungkin saya membuka tudung bagi sesetengah drama. Memang salah cara itu dan kalau nak diikutkan, berlakon juga tetap berdosa biarpun bertudung labuh.

Maafkan diri ini seandainya ada pihak yang tidak senang melihat saya di kaca televisyen (TV) tanpa tudung bagi sesetengah drama. Suami saya pun tidak menggalakkan cara saya ini. Dia juga sudah berpesan, kalau boleh jangan buka tudung. Tindakan ini ialah salah saya sendiri.

Menurut Zarina, beliau bukanlah seorang yang sempurna meskipun sudah berhijab dan beliau akan cuba untuk menjadi seorang muslimah yang baik perlahan-lahan.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, pendapatan utama saya adalah berlakon. Pada masa sama, perlahan-lahan saya belajar memperbaiki diri dalam menjadi seorang Islam yang lebih baik. Berhijrah tidak bermakna saya sudah 100 peratus sempurna.

Wallahualam, isu seperti ini agak sensitif untuk dibicarakan. Ya, memang benar setiap perubahan itu memerlukan masa dan azam yang kuat.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...