Written by AbangNara | January 7th, 2015

Menarik sungguh artikel mengenai drama tempatan di TheAntDaily yang baru Abang Nara baca sebentar tadi. Di kala adegan bercium di dalam drama/filem Barat ditapis, jalan cerita drama tempatan yang membenarkan isteri pergi bercuti dengan kekasih hati di Bali sehingga mengandung diluluskan pula oleh pihak yang bertanggungjawab. Ia seolah-olah menunjukkan perkara ini adalah satu norma masyarakat dan pastinya akan memberi kesan negatif terutama kepada kanak-kanak yang menonton drama sebegini.
suamiku encik sotong Seorang ibu bernama Julieza Ibrahim melahirkan rasa prihatinnya dengan jenis-jenis drama yang sedang dipertontonkan untuk tontonan rakyat Malaysia di kaca televisyen. Kata Julieza:-

Jika anda ingin menyemai nilai positif kepada belia Malaysia, adakah drama sebegini yang akan tayangkan? Saya tidak mahu anak saya menonton program seumpama ini.

Berdasarkan hukum Islam, seorang lelaki dan wanita yang tidak berkahwin boleh ditangkap ‘khalwat’ tetapi di dalam drama Melayu, ia ditunjukkan seolah satu perkara biasa yang berlaku hari-hari yang dibenarkan.

Apakah yang sedang dilakukan oleh Lembaga Penapisan Filem? Adakah ini nilai yang ingin kita semaikan kepada anak-anak kita? Anda bercerita mengenai pembuangan bayi tetapi di masa yang sama anda tunjukkan drama seorang wanita berkahwin yang mengandungkan anak lelaki lain.

Orang muda tertarik akan drama sebegini. Adakah program sebegini yang kita mahu mereka tonton? Mereka mungkin beranggapan apa yang ditayangkan adalah budaya dan ia adalah ‘cool’ dan ‘betul’ untuk dilakukan.

Anda haruslah mempraktikkan apa yang diajar. Sudah tentu Islam membenarkan hiburan, tetapi ia sepatutnya hiburan pada jalan yang betul. Kenapa tidak ditayangkan drama dengan nilai yang lebih positif?

Menarik bukan kata-kata daripada seorang ibu ini? Abang Nara memang dah perhatikan lama dah drama-drama Melayu ini (drama negara lain pun lebih kurang serupa). Jalan cerita mesti sama. Kahwin paksa, lahir anak luar nikahlah, isteri garang tak hormat suami, suami macam dayus dan macam-macam lagilah yang kebanyakan nilai negatif. Jarang dapat tengok drama Melayu yang bagus-bagus. Mungkin jalan cerita sebegini yang digemari oleh penonton drama tanah air.
suamiku encik sotong Apa pun menurut penerbit eksekutifnya drama Suamiku Encik Sotong iaitu Zetty Alia, akan ada pengajaran yang bakal disampaikan di dalam 10 episod terakhir drama ini. Untuk makluman, Suamiku Encik Sotong mempunyai 20 episod. Kata Zetty menerusi Mstar Online:-

Sekarang kita baru tengok episod 10 bersiaran, ada 10 episod lagi yang akan ditayangkan yang mana episod seterusnya akan menampilkan nilai pengajaran.

Kami tidak membuat drama ini untuk menggalakkan budaya tidak sihat dalam masyarakat, setiap adegan yang tidak baik akan diberi pengajaran pada akhirnya nanti.

Tak kan kita buat drama yang tiada pengajaran kepada masyarakat. Bagi saya penonton perlu tonton hingga akhir baru menilai drama ini

suamiku encik sotong

Sama-samalah kita nantikan pengajaran yang bakal diselitkan kelak. Apa pula pendapat anda mengenai drama-drama tempatan sekarang ini? Banyak yang bernilai positif atau negatif? Sila kongsikan di ruangan komen.

77 responses to Dikritik Beri Pengaruh Negatif Kepada Remaja, Drama Suamiku Encik Sotong Ada Selit Unsur Pengajaran

  1. aku says:

    kurrr…kurrr

    0

    0
    • ustajah pilihan yo says:

      anak sedara ustajah darjah 2 pon layan citer ni…pengajaran yg diambil “kalau kawen boleh ngandung anak lelaki lain”…pastu kene seligi la ngan ustajah kan…mana hang belajaq semua ni hah??jawapan dia sgt padu “erika dalam drama suamiku encek sotong!”…trus kakak ipar ustajah call astro kasi potong!

      tp ustajah g amik wuduk sbb takut anak sedara ustajah tu kene seligi 20x lagi!

      0

      0
      • Mak Jemah says:

        drama ni senang je. kalau si suami encik sotong tu mengaku itu bukan anak dia, dah lama cerita ni habis. pengarah/penulis skrip dan produser buat2 complicated pulak. nak kasi banyak slot. padahal, isu nya senang je.

        *menguap*

        0

        0
        • Tahu Tak Per says:

          kalau si erika tu mengaku bahawa dia pregnant buka kerana sotong, habislah drama ni. 5 episod je. takde mende pun sebenarnya. saja bikin haru-biru. last2 sekali erika akan mengaku dan sotong pun kawin dgn hanis zulaika tu. sekian.

          0

          0
        • Olga says:

          nak kasi rating naik, episode akhir baby tu keluar… khunsa. next?

          0

          0
        • Datin Semah says:

          drama ni akan berakhir…dan erika dikenakan hukum hudud…direjam dgn batu bata di dataran merdeka sambil disaksikan oleh si abby (abby buat special appearance). tunggu……

          0

          0
        • Hamis Surayap says:

          Datin Semah….hahahahahaha. terbaik skrip. Mantap!!!!

          0

          0
        • Baby AA says:

          pengajaran apa? pengajara supaya zina tapi ada “pak sanggup”?
          zaman sekarang xde maknanya lelaki semulia si sotong.
          perempuan2 kalau ngandung tak berkawin, lelaki lari tinggal x bertanggunjawab cam tu je. dibuatnya mcm sampah. baby dibuang ke longkang dan ditinggalkan dlm tandas stesen bas mcm kat dalam berita.
          pikir lah…

          0

          0
        • Yahudi says:

          #Boring ! Baek layan Chicago Fire , kalau lah fireman kat Malaysia suma hot2 camtu u I sendiri yg bakar rumah I okey !!

          0

          0
  2. nak cuit sikit says:

    Drama suamiku Encik Sotong ni mcm berzina tu nothing…leh wat relax relax je…dgn watak pondan sana sini..hancur la ..dgn scene bunuh diri bagai…what is this???

    0

    0
    • jenah pulut says:

      drama yg terlalu terikut dgn trend telenovela..xde lngsung wajah drama melayu..stuju sgt dgn pndangan pn.juliza ibrahim..yg paling teruk,budaya nyah dipromosikan scara `halal`

      0

      0
    • aku suka ber'main' says:

      Suamiku encik sotong memang yang TERBAIK!!! orang tak faham je yang ckp itu ini….

      0

      0
    • cLn says:

      Pengajaran 10 episod terakhir??? Ape pengajaran dia nak pusing tu? Si sotong akhirnya ceraikan bini dia yg dah berzina? Or dia rejam bini dia smpi mati ikut hudud? Or dia cover kemaluan bini dia & mengaku tu anak dia & live happily ever after??? Astaghfirullahal’azim!! Aku x tgk citer ni tp anak aku tgk kt umah pengasuh….mcm mane la nak explain kt bdk 6thn klu dia dpt absorb “pengajaran²” tu sumer…haihhhhh..

      0

      0
    • damia says:

      what is this??? this is reality….mmg berzina tu mcm dah normal. tengoklah banyak mana kes buang bayi… Artis2 ke manusia biasa ke, bersekedudukan tu dah biasa, tak de yg peliknya…

      0

      0
  3. aku suka ber'main' says:

    Suamiku encik sotong memang TERBAEK!!!

    0

    0
  4. aku says:

    citer melayu skrg bila papar kisah masyarakat, org mudanya social dah mcm citer indon..up skit mcm citer Filipina.
    jgn compare telenovela venezuaaela tu…jauh sgt….bogel & telanjang (beza tue) sana sini.
    eh.. tp kat msia pon mcm dah mula la trend tu…skirt artis wanita dlm drama pendek2 blaka. pastu bila duduk cover ngan kusyen kecik..yg lelaki plak akan tayang badan scene kolam renang ….alahai! level majalah manga jer la..

    0

    0
    • anon says:

      Pelakon perempuan pakai skirt pendek tu bukan zaman skrg je, dulu siput serawak, saadiah & sorang dua lagi pakai skirt jugak dlm filem… Berkemban, pakai baju or kebaya yg tersangat2 lah ketat….takde bezanya dulu dgn skrg. lnfact skrg lagi ok sb ramai yg bertudung, zaman dulu mana ade bertudung…

      0

      0
  5. anti poligami says:

    lg satu..korang perasan tak lately nie slalu tayang citer2 poligami..
    paparan konon poligami itu indah..keluarga poligami yang bahagia akhirnya (ending yg sgt klise). ape kejadahnyaer nie!…propaganda nak promo poligami ker? ketara sgt k! almost semua drama/ filem akan buat citer2 poligami nie. yang tu korang kaum wanita ni taknak bising ker??

    0

    0
    • mira says:

      Poligami mmg ada dlm hukum islam…bkn benda haram di halalkn..adoyai

      0

      0
    • Anonymous says:

      Poligami bukan benda haram dalam islam..tak salah kalau diorang nak tunjuk sisi baik dalam poligami sementelah selama ni kita disogokkan dengan hal-hal buruk berkaitan poligami

      0

      0
  6. miss opppssss says:

    Kalau betul pun ada unsur pengajaran dlm drama ni, tapi puncanya masih disebabkan zina…. isteri orang berzina dgn lelaki lain.. siap hamil lagi anak org lain, bukan suaminya…… then si ayah ericca, dah was-was anak dia nak g bali sorang2, yang benarkan juga tuh kenapa? ayah yang baik dan bertanggungjawab xkan senang2 nak bagi keizinan anak dia ke luar negara on the spot.. sorang-sorang plak tuh….. x masuk lagi watak shuah, si pondan yg tauke butik tmpt keknis kerja tuh…. huduh benar dgn rambut pelesu and baju ketat…..

    0

    0
  7. BOB says:

    ia sprt membenarkan perkara itu berlaku dan akan ada pembetulannye….org akan igt is ok leh buat, xpe nnti leh betulkan…buknkh m’cegah itu lbh baik…iaitu cegah dulu drpd cite2 cmni, npe perlu tunggu pgajarannye….ngaruttt…

    0

    0
  8. ICHI says:

    LAYANNNNNN

    0

    0
  9. Lilo says:

    1. Memang drama tu tunjuk pasal lelaki lembut.. ko tengok kan lelaki lembut tu dah berubah jadi semakin kasar sebab ditegur org sekeliling dia..means dia berubah lepas ditegur.
    2. berzina dengan isteri org? come on people! dunia realiti memang ada kes2 macam ni.. kau hidup dalam dunia khayalan ke apa, semua baik2 je kau nampak?
    3. Mempengaruhi remaja? kau sebagai ibu bapa kat rumah buat apa? tengok drama sama2 dengan anak, sambil2 selitkan lah nasihat, x boleh? kau nak harap Tv & Cikgu2 kat sekolah aje mengajar anak2 kau?
    4. Sibuk Lembaga Penapisan Filem tak buat kerja..Kau sebagai ibu bapa ada kau setting internet di rumah kau filter explicit search? Ada?

    0

    0
    • Anon Tak Bernama says:

      i loikeee your statement. kelasss

      0

      0
      • Gulahati says:

        eh aritu aku tengok sotong ni dengan family. tiba-tiba sorang anak sedara cakap mama tu erika ngandung anak sape then iols balas cakap anak is kendian dia cakap taklahhh erika belum kawin dengan is!

        jadi kau rasa nak ckp mcm mana? nak cakap ” acha, sbnrnya dia dah main dulu gan is,.. kau ghase???”

        jangan cakap macam bagus lah. and cita astro sume mmg sampah. cube compare RTM. better than this. SERIOUS.

        0

        0
    • Tak Kose Cite Melayu says:

      Realitinye masyarakat kite lagi terok dari tu..budak bawah umur mengandung anak luar nikah, buang bayi, gay & lesbian, bapak rogol anak..tapi buat la cite yang senonoh sikit..ni tak abes2 cite sendu..cite cintan cintun kawen cerai..memang melambangkan bangsa Melayu ni sendu ke hape??? dalam kepala hotak duk pikir kawen, main je…. look at Indian film scene, walaupon realitinya negara diorg mundur, dalam filem yg ditampilkan hebat2 belaka, jalan cerita, skrip, sinematografi & lakonan bermutu tinggi sehingga menggamit kite tgk sampai habis.. bukan cam cite Melayu taraf sampahh ni!!

      0

      0
    • Dear Lilo says:

      1. Sepanjang2 cerita sotong sendu ni, tu je pengajaran?
      2. Dah kt malaysia ni realitinya cm tu, film n drama pun kena buat cm tu jgk?mmg x bleh buat cerita bermoral?dgn alasan, dah mmg condition kt sini teruk, apa slahnya tambah lg sikit dgn cerita haroom zadeh tu, ye x?
      3. tu kalau ibu bapa kat umah?kalau xde kt umah?yg keje shift ke?ooooo….myb dorg kene tukar keje lain yg 8-5.
      4. Mostly ada

      0

      0
    • Kak idah says:

      I luv suami ku encik sotong!

      0

      0
  10. pencinta novel melayu says:

    Salam…mmg nampak mcm xelok drama ni memula tp
    apa kata kalau semua yg komen ni baca novel “Suami ku Encik Sotong”
    lagi senang nk paham n boleh la komen ye…
    jangan main komen tp xtau n xpaham apa²

    Assalamualaikum

    0

    0
    • Nom says:

      In general kebanyakan novel melayu cerita hampir sama – mcm sampah. Tak perlu tunggu baca novel baru boleh komen. Tengok tajuk pun dah tau cerita cheapskate.

      0

      0
  11. sentap says:

    terlalu banyak drama melayu yg tah pape, yg menjatuhkan maruah wanita walaupun penulis novel tu wanita jgak. cite yg terlalu klise. romentik bagai. oh tlg la. saya geli tengok babak romentik. baek tengok oh my english villa isabelaaa. serious..

    0

    0
    • anon says:

      Bab yg menjatuhkan wanita ni mmg aku setuju 100%, terlalu banyak crite2 yg merendah2kan & menghina kaum wanita. Tapi mmg betol pun even dlm islam sendiri pun, wanita ni cume 2nd class citizen je…..dlm segala segi lelaki yg lebih. lts a man man man’s world.

      0

      0
  12. AKU YANG PLASTIK says:

    Hai Semua…. jgnlah kita jadi hipokrit… tp realiti lagi terukkkkkk tau….da makin meningkat jumlahnya….lebih baik kita ajar anak2 semua apa itu seks, siapa pondan..dll dalam dunia khayalan bolehlah.. tp dalam realiti ilain!!!! be real plsssss atlez budak2 xla sakai….selamat petang semuaaaaa

    0

    0
    • anon says:

      ajar anak2 ape itu seks?? Mcm sex education yg kat uk & us tu. Hmm….negeri dia org dah berpuluh tahun introduce sex education ni tapi makin banyak je kes anak luar nikah. Sex education tu buat budak2 lagi curious nak tau & nak try… Lagipun buang masa & tenaga je wat sex education ni, budak2 zaman skrg ni lagi terror psl sex sb dia org banyak terdedah dgn bende2 gini melalui internet…

      0

      0
  13. betul la kak oii..sy sokong says:

    saya tak baca saranan kak julieza, tapi saya sokong secara general..sbb cerita sotong ni pada sy mengarut..lelaki watak lembut, and berkahwin semata2 sbb wasiat? mengarut..sy tgk 2 episode saja, and thats it..tapi sbb terbaca komen di sini pasal mengandungkan anak lelaki lain (zina) seolah2 takde apa2, bertambah2 la rasa kurang senang sy pada cerita mat sotong ni..seriously merapu dan takde apa yg boleh dijadikan pengajaran..knowing our audience, this kinda stupid tele-drama with nothg good abt it should be banned by whichever TV channel airing it @ any govt body (if it relates to them for approval, etc)..

    0

    0
    • LOLA says:

      engkau la antara manusia yang x tau hujung pangkal cerita, pastu main sokong je orang cakap ape kn……

      0

      0
  14. nara pengen nikahin perawan says:

    drama melayu skang nie lebih kurang sama macam masykat melayu zaman la ni. anak dara yang tak pernah ada boyfriend dituduh ada skandal dengan jantan. bini orang yang bertepuk tampar dgn org bujang dan laki orang, org diamkan ajer. kononnya tak akan ada hubungan perasaan sebab masing2 dah berpunya. anak dara yang tak pernah dilihat bersama jantan dituduh cuba menggoda lelaki bujang dan suami orang. anak dara yang berpeluk atas motosikal dengan boyfriend dibiarkan saja sebab kompem dah nak kawin . bini orang dok tumpang kereta jantan lain tak dituduh sumbang sebab ada orang yang boleh tutup malu kalau jadi apa2 (suami). anak dara boleh keluar malam dengan jantan dengan syarat jumpa mak ayah dan dipulangkan balik. macam haram jadah!!!!!!!!!!!!!!

    0

    0
  15. sherry says:

    Baik drama mahupun filem sekarang asyik2…rempit….budak jahat…gengsta gengsti…cintan cinton….komedian….semua pengakhiran lebih kepada penceritaan daripada moral value… ader lah moral valuenya..tp out of 100% maybe moralnya cuma 10% sahaja

    0

    0
    • anon says:

      Cerita2 skrg based on reality, dah mmg skrg zaman mat rempit, gengster…. Aku pergi terengganu last year, masa maghrib ade lbh krg 200-300 mat rempit atas jalan. Dia org berkumpul ramai2. Bangsa lain duk berlumba2 belajar tinggi2 & mengejar kekayaan, bangsa melayu duk melepak2 buang masa jadi samseng & sampah masyarakat. Sedihnya melayu zaman skrg. lbu bapa duk buat ape pun tak tahu, sampai tak beri perhatian pd pelajaran anak2. Beranak ramai pun tak guna kalau sorang pun menjadi….

      0

      0
  16. just a drama says:

    hurmm ni cuma drama kot.rase2 klu tgh tengok dgn seisi keluarga tu trus la explain dgn bebudak yg “negatif” tu tak bgus.pantau anak sendiri.jgn suke slh kan org lain.tanggungjawab masing2 ader kan?

    #thinkpositivebepositive #perbaikidirisebelumtegur #satujaritundingsalahorangempatjarisalahkandirisendiri #jadikanpengajaran

    p/s: positive thinking bring positive vibes.jgn sempitkan minda. #justsaying

    0

    0
  17. ada aku kesah says:

    tak suke, tak payah tengok, tutup tv, tido

    0

    0
  18. kak jah says:

    moral of the story.. mak pak kena la tapis cerita yg boleh dan tidak ditonton oleh anak mereka… bukan mak pak dok nganga depan tv sonok sgt smp lupa mana program yg sesuai ditonton anak2 bawah umur

    0

    0
  19. KELOLO says:

    Dari pembacaan aku terhadap komen komen yang ada aku boleh konklusikan
    Di alam yang bukan lakonan pun bersepah – sepah orang berzina, setakat dalam drama ape nak kisah?… But that’s none of my business. Mentality masing masing. Anak pun masing-masing yang punya.

    0

    0
  20. suamiku bukan sotong says:

    pyala malas nak ikut drama ni aku belilah novel dia. x sampai separuh jalan aku berenti… terus skip page last.. the end.. x sampai 1 jam aku baca dh khatam…huhu

    0

    0
  21. Mak jemah pemalu says:

    Bukan drama jek…konsert orang tua..Gegar Vaganza ngn Kilauan Emas pun banyak negatifnya…dah tua tp msh terkinja2 atas pentas.. Sorrry to say that..

    0

    0
    • Kaki Anime says:

      Bukan GEGAR VAGANZA dan KILAUAN EMAS sahaja, semua jenis rancangan realiti hiburan langsung tidak mendatangkan faedah kepada penonton..

      0

      0
  22. aku says:

    bukan nak kata apa…drama istikharah cinta petang2 tu..ape kejadah isteri org dgn laki org bergabung utk meruntuhkan rumah tangga org lain??? teruknya novel2 sekarang ni… kejatuhan moral berleluasa…tolonglahhh

    0

    0
    • enon says:

      Ye drama IC tu pun mcm kawin tak rela, dah jadi mcm jln cerita yg sama dengan drama lepas2. Drama IC bukan adaptasi novel tapi kenapa mcm tengok RA 200% je, cuma beza, isteri dia tak garang & marah2.

      0

      0
  23. ada aku kesahhh..... says:

    adoii, ni kan cuma drama, hiburan semata2 je, yg nk ikut cm drama wtpe?? dh tau klu citer tu x sesuai utk budak2, so tkr la citer lain.. ni x, mak bapak nk lyn tgk, pstu bila anak pn tgk skali, last2 slhkan drama… xkn org nk buat drama/filem ikut citarasa budak2 je kot..ini kan lakonan semata2… klu ssh sgt tkt anak2 tgk citer mengarut, sila buang tv anda… hahhhaahaha…. suh anak baca buku jela….

    0

    0
  24. biee says:

    drama cinta ibadah pun sama kalo nengok nek menyampah pun ada

    0

    0
  25. didi says:

    realitinya bape ramai isteri @ suami yang berzina dgn org lain???kite kene akui bnde ni..drama ni cume nk tunjuk realiti y benar2 berlaku dlm masyarakat kt..jgn lah meroyan sgt…lg satu,sbg mak bapak kkdg kt pun ssh nk kawal anak kite…ade anak dpn mak ayah baik tp blkg mak ayah ………. kkdg bkn sbb terpengaruh dgn drama tp anak2 lbh terpengaruh dgn rakan sebaya….mak ayah tido anak duk dlm bilik tgk video lucah…so,sbg parents tak boleh laa nk slhkan 100% pd drama @ filem..skrg ni semua di hujung jari..sume boleh dpt dgn mudah di internet…

    0

    0
  26. mawar@yahoo.com says:

    aku da tak layan cite melayu…asik2..kawin paksa…lpstu bini kuang ajaq kt laki,…ato laki kuangajaq kt bini..lpstu ada skandal..menyesal…puii la..cite si sotong ni plk..berzina da mcm mkn cekedis..buat rilkes je siap ngandong..pejadah harommm..puiiii la wehhh kot nk sow tunggu pengajaran smpi episod 20..pengajarannye nnti masing2 insap…hak tuiiii lagi sekali

    0

    0
  27. mika says:

    ak tgok stail cite skrg ni kalo slalu kne rogol dulu pastu berkahwin, smua sama je. itu je kot yg org melayu suka tgok..

    0

    0
  28. ju jo says:

    pengajaran abah dia. kalau dah kahwin mengandung anak lelaki lain tu kata pengajaran? ke nak mengajar anak2 muda kat malaysia ni bahawa zina tu lagi mulia dari berkahwin? sapa la producer drama yg tak sesuai di tonton oleh semua lapisan masyarakat ni. sedih!

    0

    0
  29. Anonymous says:

    alahai xpaham la nape ank bising2..cerita ni pon adaptasi dr novel..dah jalan cerita novel macam tu..kalo nk bising2 marah la kat penulis novel sbb typical semua novel melayu jln cerita lebih kurang…sebab tu cerita melayu sekarang pon same jer semua…..sbb semua amik adaptasi dr novel…nak buat mcm mane..malaysia kekurangan org berbakat untuk membuat ceita yg berkualiti..xyah nk bising2..xsuka xyah tengok..dulu follow gak cite ni awal2 tp bile rase dah merepek terus stop sebab rase mmg mengarut..xyah la nk bising2..kalo xde org tgk xde la cite ni org buat lagi..xyah bising2 la….

    0

    0
  30. Krios says:

    Pengajaran 20%. yg banyak2 tu pulak tak berfaedah. Matlamat tak menghalalkan cara. Jangan lah tanya pada budak-budak muda yang layan cerita ini sb norma org muda sukakan hiburan dan tak fikir panjang. Penerbit2 drama2 adalah mereka yg bertanggungjawab membentuk masyarakat melalui medium mereka iaitu drama. Alasan ‘nak menunjukkan realistik kehidupan’ tak lagi relevan bila mereka sendiri meyebarkan anasir2 tersebut dgn skala yg lebih luas.

    0

    0
  31. shishi says:

    aku baca novel dia. jalan cerita boleh tahan tapi ending dia dgn mamat lain. what??? sorg laki sutun sorg gagah lah hensem lah. tak paham aku. hahaha

    0

    0
  32. observer says:

    Dulu macam excited jugk la nk tgk cerita ni sbb jalan cerita dia lain dr yg lain n mcm lawak2 santai. tp semakin lama dh jd lain macam tambah2 bila dh episod watak Erika n Is pegi Bali n duk bilik sama2. n then Erika takut petir n call Is untuk temna dia kat bilik padahal Erika tu bukan main boyish lagi waktu mula2 watak dia diperkenalkan. takkan bunyi petir sikit pun nk takut. serious tak faham. waktu ni dh start rasa pelik. drama yg pada mulanya happy2 nk tgk satu family dgn mak ayah adik2 dh jd ‘aneh’ untuk adik2 tgk..mcm tak sesuai je untuk level diorang

    0

    0
  33. Anon says:

    aku blh la layan la jgak sebab jalan cerita x klise, tapi tak berapa sesuai utk tayangan seiisi keluarga, klu gol senior mak2 urut dada dorang tgok lg2 part main ngan sepupu sndri, anak luar nikah. bdak2 plak suka tgok yela tajuk cerita “sotong” mcm best, ada plak gaya2 pondan2 suka la dorang ngajuk, jgn terikut2 sudah.

    0

    0
  34. ana lulu says:

    suami ku encik sotong… mula2 aku igt cter cinta komedi..excited nk ikuti cerita tp hampeh… pengajaran apakah yg dpt di nilai dlm cerita mcm nie?? seolah2 .. menghalalkan apa yg haram ….si isteri yg sudah bersuami mengedik ngn laki lain smpai mengandung dan si suami walpn sotong seolah dayus membiakan seorg isteri melakukan perkara tu.. dan sggup menjd pak sanggup ohhh duniaa… ermm.. byk lg … cter teladan yg boleh buat.. huhu

    0

    0
  35. betty says:

    drama ni berdasarkan novel…..nampak sgt si sotong ni jantan dayus….aku dah baca novel ni sampai hbs n mmg x ade pengajaran apa pun………..

    0

    0
  36. anna says:

    dari awal saya baca buku ni, saya tak suka.. siap skip2 pastu abih.. yg ada pengajaran pun pasal ada umah anak yatim itupun klu diaorg masukkan bab tu la dan klu itu dikira pengajaran la..

    0

    0
  37. samsung says:

    drama melayu sekrg sejak zmn nora elena tu..byk tunjuk pasangan berkahwin yg tak nak layan suami …nafkah batin..bleh plak pilih nk tgu masa sesuai..laki lak leh tgu bila isteri ready…xdosa ke tolak permintaan suami…konon2 nak tunjuk xsangap sex sgt..bangang…

    0

    0
  38. omma says:

    LEBIH BAIK sy tonton citer KOREA yg bnyk menunjukan KEAKRABAN KEKELUARGAAN dan keutamaan pd keluarga …. lg layannnnn

    0

    0
    • Anonymous says:

      Setujuuuuu…koreaaa

      0

      0
    • Anonymous says:

      Cerita Korea pun menipu jgk. realitinya diorang tak macam tu. tapi, yelah. lebih baik dia menipu dan tnjkkan moral baik dari ditunjuk keburukan sebenar diorang macam mana media melayu sibuk tayangkan drama tak bermoral hanya kerana itu realiti sekarang.

      0

      0
  39. ikan says:

    Aku tgk 1 episod je. Nak start tu org dok tweet sweetnye itu ini, skali aku tgk pergh g cuti dgn jantan lain. Pastu gediknye mmg mintak kene sontot gayanye. Tutup tv.

    0

    0
  40. yang penting ada pengajaran – kedaionlinemy.com

    0

    0
  41. enot says:

    HELO HELO, tajuk suamiku encik sotong. Tapi cerita n main point dia nampak nye banyak berkisar pasar berzina nye isteri encik sotong n mengandung dgn laki lain. cer kalo dah tajuk tu suamiku encik sotong jadikan la mmula erika xterima c sotong then llama erika berjaya menjadikan sotong sorang yang macho n sado n jantan anak deworang pon nanti berderet. ape punya penulis la yang mengarang citer yang based on novel ni. MERAPU!!!! tak membina. Aku ni kecik2 dulu xpaham pon terms berzina tu apa. BBudak skang ni xpayah cari. Belajar dkt tv free2 jek!!!! Hanginn tollll la citer bodoh ni

    0

    0
  42. anonym says:

    yg tak faham sgt tu para penerbit drama semua bertudung bagai tunjuk muslimah…pui buat gambar semua pasal sex,sex,sex,menjatuhkan orng melayu…dah lah melyu dihina bangsa lain,hadooooiiiii

    0

    0
  43. fifi says:

    Kalau di msia ni gejala sosial makin teruk , apa slhnya pnulis novel atau novel adaptasi buat cerita yang baik2 . Tunjukkan moral yg baik terhdp msyarakat.
    org sng la cakap benda tu benda biasa , dah normal berzina ni , no la . Zina bukan perkara biasa , tapi satu dosa yg besar… kalau rasa bnd tu biasa , jgn cuba2 biarkn bnd tu jd kebiasaa n… jgan biarkn gejala tu semakin bertambah2..mereka2 yg berzina tu kenapa jd mcm tu? Sbb media, novel, persekitaran, etc jgk faktornya.

    Kebanyakkn skrg nvl yg laris dan jd best seller bila semak isi kandungannya, babak2 atas katil, yg ‘sweet’ je terlebihnya tapi pengajaran kosong. babak mcm tu jgk yg pembaca terkejar2..lg xphm , pnulis perempuan suka sangat buat cerita yang mencalarkan martabat perempuan sendiri.. berzina sana sini, cita kontrak, bercinta dgn perogol , mengandung ank luar nikah bagai. Kebanyakkn mcm sampah je karya melayu best seller skrg!! Kalau pnulis sndiri suka karang cinta yg xde batas, membuta je tulis, baik xpayah!

    0

    0