Dikecam Kerana Diiktiraf Sebagai Ikon Muslim : Hafiz Hamidun Akui Ia Tidak Jejaskan Persiapan Perkahwinannya

Hiburan

Dikecam Kerana Diiktiraf Sebagai Ikon Muslim : Hafiz Hamidun Akui Ia Tidak Jejaskan Persiapan Perkahwinannya

Diiktiraf sebagai salah seorang ikon Muslim berpengaruh di dunia, selebriti Hafiz Hamidun menerima pelbagai kritikan dan kecaman. Walaubagaimanapun, ia tidak menjejaskan pesiapan ataupun tumpuan bagi majlis raja seharinya bersama Joy Revfa yang bakal berlangsung pada 1 Mei ini.

Advertisement

Agak sedih apabila saya dihentam sesetengah pihak yang pertikaikan mengapa nama saya tersenarai sebagai ikon Muslim.

Sedangkan saya tiada kaitan dalam proses pemilihan berkenaan dan bukannya saya calonkan nama sendiri. Walaupun sedih, tapi insyaAllah ia tak jejaskan mood dan persiapan saya untuk dinikahkan Isnin ini.

Ditanya mengenai cabaran ketika bertunang, Hafiz bagaimanapun memberitahu kesibukan jadual kerja beliau dan Joy membataskan wujudnya salah faham antara mereka berdua. Pada masa yang sama, Hafiz meluahkan rasa syukur kerana tunangnya itu cukup memahami kerjayanya sebagai seorang selebriti.

Ada hikmah juga kami bertunang dalam tempoh yang singkat kerana masing-masing tak sempat nak terasa hati. Walaupun ada sedikit merajuk dan salah faham, tapi ia bukanlah isu yang besar antara kami. Tak sempat nak bergaduh pun, semuanya berjaya diselesaikan seger.

Jadual saya memang padat sehingga sehari sebelum majlis pernikahan kerana perlu menghadiri persembahan di Kota Kinabalu pada petang Ahad dan malam. Perkara ini sudah saya maklumkan lebih awal kepada Joy, nasib baik dia faham.

Hafiz dan Joy sah mengikat tali pertunangan pada 22 Mac lalu dan bakal bernikah dinika  pada 1 Mei ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Sumber Berita : mStar Online 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...