Written by Bella | April 24th, 2017

Tindakan pelakon Sara Ali yang membuka tudungnya hanya selepas sepuluh bulan menutup aurat mengundang pelbagai kritikan dan kecaman daripada netizen. Semuanya kerana pengakuan Sara yang mengatakan beliau berhijab sebelum ini atas paksaan.

Agak teruk juga komen yang beliau terima sehingga ada yang menuduh beliau adalah sebahagian daripada ahli iluminati.  Namun, Sara menegaskan beliau tidak mahu hidup dalam kepura-puraan dan menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri.

Saya enggan hidup berpura-pura lagi, sebab itu saya buat pendedahan sendiri. Macam yang saya cakap, saya nak jadi diri sendiri tanpa perlu berselindung. Saya terima dengan dada yang terbuka apabila teruk dihentam kerana tahu kesilapan itu datangnya dari diri saya sendiri.

Apa yang penting, saya tidak menunggang agama untuk kepentingan diri. Isu pemakaian tudung dan buka tudung ini dilakukan atas kerelaan sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.

Pada masa yang sama, Sara berharap isu hangat ini akan segera berlalu kerana beliau tidak mahu mengenangkan lagi apa yang berlaku dan ingin terus memandang ke depan.

Sumber Berita : Utusan Mingguan

48 responses to Dikecam Kerana Buka Tudung : Sara Ali Tegaskan Beliau Tidak Mahu Hidup Berpura-pura

  1. Corse 848 says:

    Aku dlu..kalau salah taip..sesekali x per..Klu dah kerap sgt..Mmg kena dgn bos..kalau salah taip dekat isi kandungan pun bos bising..ini yang tajuk besar dok salah taip lg..tebal muka ooo bos tegur kerja tak double cek..implikasinya boleh kalah kes mahkamah kalau apa2 jd..

    1

    0
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      bagos sara idop jangan berpura2 n jangan hipokrit..berterus terang n bersyukur ape yg kite ada..hanye Allah saje yg tau susah senang perit idop manusia..teruskn dlm bidang yg kite minat hepi n hepening n jangan stress ok…mulot orang tak boleh tutop macm mulot minah jambu hehe….

      3

      7
    • wa tak le blah dgn hipokrit says:

      ala, tak de job la tu. tu sbb tak larat nk pura2, tudung tu bukan wajib tp trend n fesyen. fesyen shawl dh berlalu, dh lapuk. ramai aku tgk yg komen kt sini tudung tak wajib yg wajib tu ttp aurat. sekarang kan trend sarung guni kt kepala, ada yg pakai tudung saji n baldi g keje. peduli apa asal ttp aurat. lps ni pakai kelambu je senang all in one kan. tp sekarang tak pelik la sbb org islam (bukan melayu tau) dh pandai bab2 agama ni sampai boleh wat hukum sendiri. skrang semua boleh takde hal. kalo esok nk jd islam pastu lusa nk jd athies ke ikot suka ati kg esok tua tobat ler jd islam balik. mn la yg non muslim ckp agama islam mengarut, sbb ada je umat melayu yg mcm uoll. kalo benda ni toksah la wat main, wat ikot suka, jgn la berguru dgn youtube n google. sapa yg terniat nk bukak tudung tu kuatkan semangat. tak ikhlas bertudung pon tak pe, baby step dlu. sama lah dgn solat, tak ikhlas solat tak pe, baby step dlu. buat je sbb tu tuntutan islam. benda wajib tak perlu la tggu ikhlas, ni bkn cerita sedekah kt org ssh nk kena ikhlas.

      5

      0
      • besah says:

        ada juga yg cakap jgn samakn solat dengan tutup aurat.. solat tu tiang agama..ada dalam rukun islam.. tutup aurat tu wajib atas suruhan Allah saja..xdak dalam rukun

        jadi boleh x kita tukar macam ni.. tutup aurat tu suruhan Allah.. ramai buat alasan sebab tak ikhlas.. agak2 ada tak orang lepas berjimak tak mandi junub.. sebab tak ikhlas.. alaa.. bukan ada dalam rukun islam punn

        1

        0
  2. blabla says:

    die dah xnk pakai tudung terpulanglah kat dia ,cuma peribadi n penampilan lepas ni jagalah sebaik mungkin , jgn da xpakai terus laju nk berseksi2 , bikini sana sini ..,be elegant , be educated n be wise ok ..

    korg nk sumpah dia masuk neraka ke , nk timbang kati berat dosa pahala dia ke , nak kutuk berbaldi2 ke , korg buatlah .. aku xnk join

    cuma nk doakan dia , supaya terus mendalami ilmu agama dan cari erti kehidupan sebenar .. moga dapat jumpa ketenangan yg dicari .

    22

    1
  3. Kl says:

    Bagus lh tu.jgn tutup aurat niat speruh2 baju ketat2 nmpk itu ini nnti non muslim kompius lak negok, psalnya ada stengah org non muslim suka cara bpkaian melayu pkai baju kurung pkai yg longar2 sopan ayu gi ke pjbt2 tpi cuma hati mereka blum di jemput

    4

    1
  4. Ko hsp says:

    Alhamdullilah kembali kepda jalan Islam dan quran. Saya mengajak ramai lagi untuk bukak tudung sebab tudung tidak ada dalam quran tetapi ada dalam bible. Jadi kita nak ikut quran atau bible? Kalau yang nak ikut ajaran nasrani silakan

    1

    22
    • Sara Goodman says:

      Its good to know now there are women out there who have brains to think waht is right and wrong without having some rag head telling them what they can and cannot do. Malay women must stand up, be independent, strong and progressive. The man made islamic law is not truly biased in favour of men who abuses, take advantage of and control women all in the name of religion. enough is enough I urge women of Malaysia #takeofftudung

      1

      18
      • Sarah Badman says:

        So pathetic to see your uneducated comment.
        Memang la dalam al-quran tak suruh pakai tudung, tapi dalam Al-Quran dah tertulis suruh menjaga kehormatan diri..
        Pemikiran liberal mula merasuk dalam jiwa orang muda Islam Malaysia~ lepas ni nak tegakkan hak apa pulak? Perkahwinan sejenis?

        Ashamed on you and your thinking and your thinking’s group

        20

        1
        • Dalig says:

          Awak juga yg cakap tudung tak ada dlm quran, so kenapa kena pakai? Only orang kristian yg sepatutnye pakai. Yg penting untuk orang islam ialah pakailag pakaian yg sesuai dan sopan.

          2

          6
        • Anonymous says:

          Pakaian yg menutup aurat…
          Aurat tu apa? Islam itu apa? Ad-Din itu apa?

          Inilah bana nya bila yg poyo nak cerita benda yg xde kena mengena dgn cara hidup korang…

          Kita nie kan yg mengaku Islam tp xmo nak idup cara Islam, jgn ajak org lain tersungkur sama. Islam itu ad-Din cara hidup.

          Kalo xmo bercara hidup Islam. Bila kawin sok jgn cari tok kadi, mati jgn tanam. Org yg suku2 ni lah penjahanam agama.

          6

          0
    • Hajah Muslimah says:

      Kenapa kita kecam orang yang bukak tudung tetapi tidak kepada ahli politik yang mencuri duit rakyat, duit felda, duit mara, duit kwsp, duit kwap. Priority orang melayu salah lebih tertumpu kepada dosa kecil tetapi menghalal kan dosa2 besar. Lebai2 PAS mengaharam McDonald, Cadbury dll, tetapi sanggup makan duit rakyat 90juta.

      10

      0
      • Layak ke Hajah? puihh says:

        Siapa yang tak kecam? Kau baru keluar gua ke?
        Lebai pas ambil 90 Juta? Kau dengar2 dari press Conference Rafizi yang dengar2 dari Bekas Pegawai SPRM yang dengar2 diambil oleh Bekas ahli PAS tahun 2011 tu ke?

        Haha, kalau rafizi kata makan taik memang makan taik la kau. Tu Ketua pemuda PKR ambil rasuah awat buat diam?
        Bodo

        3

        1
      • Sara Goodman says:

        Baca surah korintius 11 ayat 5 hingga 10, cuba paham dan kalau kau percaya, cari lah gereja yg terdekat dan pakai lah tudung

        0

        4
      • nana says:

        kalo dh ttp aurat pon ssh, tak mampu buat…ada hati nk citer pasal dosa besar lain. tu sbb islam cakap sekecil2 perbuatan tu ada dosa n pahala jd kalo dh benda mudah pon kte tak mampu buat, kita seebook nk kondem benda yg besar.

        1

        0
      • Anonymous says:

        Lorrr…. Data internet ko guna utk baca ruang gossip artis je ke?
        Cer bukak laman2 lain, baru tau ada yg kecam ke tak…

        Baca lebih sket ya Hajah

        0

        1
    • Harun Din says:

      Wahai pembaca2 yang kuat mengondem orang bukak tudung, ini khas buat kamu semu…ingat pergilah ke gereja setaip ahad jangan lupa yea!!!!
      Tudung muslimah pun diwajibkan oleh alkitab christian
      Korintus 11:5 Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.
      11:6 Sebab jika perempuan tidak mau menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahwa rambutnya digunting atau dicukur, maka HARUSLAH IA MENUDUNGI KEPALANYA.
      11:7 Sebab laki-laki tidak perlu menudungi kepalanya: ia menyinarkan gambaran dan kemuliaan Allah. Tetapi perempuan menyinarkan kemuliaan laki-laki.

      0

      4
      • cari ilmu says:

        sila kaji semula al Quran. Al Quran dalam bahasa Arab. Bahasa Arab yang tinggi bukan bahasa Arab sepertimana yang digunakan dalam perbualan-perbualan biasa. Dalam dunia ni beratus-ratus bahasa digunakan oleh manusia. jadi satu perkataan dalam AlQuran boleh ditranslate kepada pelbagai sebutan baru mengikut kefahaman sesuatu bangsa. Maka jangan translate dan mentafsir bahasa Arab sesuka hati. Itu gunanya berguru dengan orang yang lebih arif. Jika pandai2 translate dan mentasfir sendiri (sedangkan kita ni keupayaan dalam perbendaharaan kata/vocabulary pun tak sebijak mana), maka kita tak akan jumpa apa yang nak kita rujuk dalam Al Quran sebab memang tiada istilah tudung/hijab dalam bahasa Al Quran. So belajar “bahasa Al Quran”

        2

        0
    • datuk TT says:

      Saya suka #takeofftudung

      2

      3
  5. Ku tak percaya says:

    Abg nara blum kuar award meletop ker.sy tak tengok tpi ada kt blog lain,ayda jebat dpt klu org rmai vote ni mesti para fans2 kat indo kn dia pernah gi indo jdi undangan kat net tv talkshow sule n andre juga nth utuk promosi ker apa bila je tgk ayda jebat trus off huhuhu kat mna2 juga dia

    0

    1
  6. Kl says:

    Ada dajjal lagi, subahanallah kna iman kuat klu masuk sini,jdi seramm,jdi tmpt ajaran sesat serammmm

    4

    0
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      kira iman kau tk kuat la sampai kau masok di ruangan ni..jangan hipokrit sangat sudah sudah la tu jangan idop berpura2 ..

      1

      2
  7. minah jambu suka sahara yaakop says:

    bang nara ni mesti dia teringat kan sari yantiiiii aje sampai tercacol nama sara ali.. bang nara oooooooooooooooooooooooo bang nara…jangan nak mengatal lagi eh bini dh jambu2 tu jangan nak menegenyam lagi huh !!

    0

    0
  8. HambaAllah says:

    Apa maksud awak yg sebenar?jika tidak yakin tanyalah orang yang lebih berilmu.jangan buat andaian sendiri.

    0

    0
  9. HambaAllah says:

    Islam mmg x suruh pki tdg..islam suruh ttup aurat…x kisah la nk pki tdg saji ke..baldi ke..besen ke..terpulang..bila bace Quran dan mentafsir ikut Logik akal,x berguru jd gurunya syaitonnn.?

    9

    0
    • Team says:

      Surah korintius dalam bible suruh perempuan pakai tudung tetapi tidak pulak quran. Dalam kitab talmut, pelacur yahudi pakai niqab untuk membezakan antara perempuan yg baik dan jahat. Tetapi orang islam pakai tanpa buat research

      2

      3
  10. reganathan says:

    rambut bukan aurat tolong tunjuk dalam quran dimana ia menyatakan yg rambut tu aurat

    1

    4
    • Ragabathan says:

      Tak tau la awak ni Islam atau tidak cuma nak cakap satu je,pegangan Ahli Sunnah Waljamaah termasuklah Al-Quran Dan As-Sunnah.. Please belaja lagi

      4

      0
      • william andes says:

        Dalam quran ada mengatakan yg kita tiak boleh menduakan quran, segala yang tertulis dalam quran adalah benar. Selain daripada quran, ia merupakan “extra-quranic” yang meyimpang akidah sebab ajaran yang luar dari quran. Ingat sunnah dikumpul 200 hingga 300 tahun selepas nabi wafat, jadi………so pada pandangan saya tudung tidak ada dalam quran maka perempuan tidak perlu pakai tudung

        0

        3
  11. entah says:

    klu malam jumpa minah ni seram gak, nampak macam pontianak rupe die

    1

    0
  12. Anonymous says:

    Allah Maha Besar.
    Kita dilahirkan sebagai umat nabi muhammad s.a.w.
    Yang haram nyata, yang halal juga nyata. Yang lain lain tu. Terpulang. Samaada nak kekalkan dosa atau sebaliknya.

    2

    0
  13. maisara says:

    sebenarnya tak de isu bersedia atau tidak kalau sentuh bab aurat…kite walau terpaksa sekali pun benda tu memang WAJIB.. insyaallah lama2 kalau kita dah selalu pakai..kita jadi selesa, insyaallah tuhan bagi hidayah…ikhlas atau tidak tu awak dengan tuhan..yang penting awak dah tunaikan perkara wajib..

    makin lama makin jadi trend …orang bertudung bukak tudung..hurm…

    2

    0
  14. MELOR MELOR says:

    JGN CKP YG BUKAN-BUKAN TAKUT BLH JATUH AQIDAH….
    ORG ISLAM WAJIB BG DIE SOLAT & MENUTUP AURAT XDE ISTILAH HIPOKRIT…
    KALAU KATA WAJIB MESTI LAKUKAN…
    TQ

    5

    1
  15. MELOR MELOR says:

    jgn ckp sembarang2 takut-takut blh rosak aqidah…
    umat islam wajib solat & wajib menutup aurat….
    dah kata wajib lakukankan sahaja…taida istilah hipokrit @ terpaksa

    2

    0
  16. Hmm says:

    Patut gak byk artis2 buka tudong ni mesti dorang yg memesongkan akhlak,nmpk dorg ni memutar belik kan.

    1

    0
  17. anon says:

    Takyah lah nak berbalah psl dia bukak tudung, dosa dia, dia yg tanggung. Ade artis2 (ziana zain, nilopa, rozita…dll) yg pakai tudung amik nama je, pakai baju jarang & sendat gile hingga menampakkan segala lurah2 & bukit bukau. Kalau dikira, lagi bernafsu bila nampak bentuk tubuh drp tengok rambut.

    4

    1
  18. Anonymous says:

    Dalam beragama tiada perkataan hipokrit. Hukum tutup aurat adalah wajib. Aurat lelaki atas pusat ke bawah lutut da aurat wanita seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Hukum wajin buay dapat pahala tak bust dapat dosa.

    3

    0
  19. Anonymous says:

    dengan dada yang terbuka ke dengan hati yang terbuka??? eh lain mcm maksudnya ..

    0

    0
  20. Anonymous says:

    rambut bkn aurat..tak wajib pakai tudung.. tp dlm Islam,perempuan wajib tutup aurat..hanya bole nmpk muka dan tapak tangan je..so rambut bkn tergolong dlm “muka dan tapak tangan” tu..fikir2 lah dan selamat beramal..peace yo

    0

    0
  21. Periuk says:

    Biar pura-pura, asal terhindar dari api di akhirat kelak

    0

    0
  22. Anonymous says:

    suka tengok wanita Islam yang tutup aurat dengan sempurna. sejuk mata memandang…rasa tenang saja…

    1

    1

Leave a Comment

Optional