Dikatakan Terlalu Manjakan Isteri : Johan Raja Lawak Hanya Hargai Pengorbanan Ozlyn

Hiburan

Dikatakan Terlalu Manjakan Isteri : Johan Raja Lawak Hanya Hargai Pengorbanan Ozlyn

Selebrti terkenal, Johan Raja Lawak yang sering menghadiahkan isterinya, Ozlyn pelbagai hadiah mewah terutama sekali beg tangan membuatkan sesetengah pihak melabelkan beliau terlalu memanjakan isterinya.

Advertisement

Mengenali Ozlyn sejak di bangku sekolah lagi, Johan memberitahu beliau percaya dengan rezeki selepas kahwin.

Malah, Johan memberitahu sudah terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh Ozlyn sepanjang mereka bersama apatah lagi wanita itu sering berada disisinya ketika zaman susah dahulu. Apa yang dilakukan oleh Johan buat Ozlyn sekarang kerana ingin menghargai isterinya itu.

Tak siapa tahu siapa yang bersama saya ketika saya susah dulu? Saya kenal Ozlynn sejak sekolah lagi dan bercinta ketika saya masih menjual otak-otak.

Ketika dia sudah jadi artis, dia masih bersama saya, dia yang belikan baju saya, pinjamkan keretanya kalau keluar dating. Sedangkan kalau dia mahu, dia boleh cari lelaki lain yang lebih kaya. Apa sangat yang saya berikan dia hari ini berbanding apa yang dia korbankan dari dulu? Ini bukan soal memewahkan tetapi tanggungjawab.

Setiap apa yang diusahakan beliau adalah kerana tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Johan tidak mahu isteri dan anak-anaknya hidup merempat sekiranya dimasa hadapan beliau diuji dengan kesusahan semula.

Saya lelaki, kalau ditakdirkan saya susah semula, saya boleh tidur di surau atau merempat tapi anak isteri, mana mungkin saya biarkan begitu?

Sikap Johan yang menghargai isterinya harus dicontoh oleh pasangan lain. Jangan pernah meninggalkan mereka yang sering bersama kita ketika susah. Kami doakan agar Johan dan Ozlyn dilimpahkan dengan rezeki dan kebahagiaan yang lebih lagi selepas ini.

Sumber Berita : INTREND MALAYSIA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...