Dikatakan Bercinta Dengan Baim Wong: Elfira Loy Diburu Stesen TV Indonesia

Hiburan

Dikatakan Bercinta Dengan Baim Wong: Elfira Loy Diburu Stesen TV Indonesia

Hubungan akrab dan kemesraan yang terjalin diantara pelakon kacak Indonesia, Baim Wong dan Elfira Loy telah mencetuskan beberapa spekulasi yang mendakwa mereka sedang hangat bercinta. Walaubagaimanapun, Elfira sudah berkali-kali menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan.

Advertisement

Gosip mereka sedang bercinta bukan sahaja hangat di Malaysia tetapi turut mendapat perhatian media di Indonesia. Menerusi artikel di portal mStar Online, Elfira mendedahkan beliau kini menjadi buruan penerbit program televisyen di Indonesia yang ingin mengetahui status sebenar hubungan beliau bersama Baim. Namun, Elfira terpaksa menolak permintaan mereka kerana tidak mahu khabar angin tersebut menjadi lebih besar.

Saya pernah dijemput untuk program televisyen Indonesia iaitu Dahsyat sebagai kejutan buat Baim dan selepas itu saya difahamkan rating program tersebut meningkat secara mendadak ketika kami ditemubual.

Selepas itu banyak juga program televisyen yang ingin undang saya sebagai tetamu, namun saya memberitahu mereka perkara sebenar hubungan kami sekadar kawan sahaja. Saya tanya mereka adakah mereka mahu saya berpura-pura menjadi kekasih Baim.

Tambah Elfira, spekulasi mereka mula bercinta bermula apabila Baim sebelum ini pernah memberi kenyataan di media Indonesia yang beliau kini sedang mencari cinta dan teman istimewa. Pada masa yang sama, mereka berdua mula rapat dan berkawan.

Mereka sangka saya kekasih Baim mungkin kerana sebelum ini dia pernah memberi kenyataan kepada media di sana bahawa dia sedang mencari cinta membuatkan orang di sana memberi tumpuan kepada saya.

Hubungan sebagai seorang rakan kadang kala boleh menimbulkan bibit percintaan, tidak mustahil juga satu hari kita akan bertemu jodoh dengan rakan karib kita sendiri. Segalanya terserah kepada ketentuan takdir.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...