Written by AbangNara | September 4th, 2014

Besar sungguh dugaan yang melanda Shaheizy Sam di kala hari jadinya yang ke 32 ini. Hari ini 4 September adalah hari kelahiran pelakon hebat ini. Malangnya Shaheizy Sam dijangkiti demam denggi dan terpaksa menyambut hari penuh makna ini di atas katil hospital. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang itu dengan ujian yang tidak mampu dihadapinya. Semoga Shaheizy Sam tabah.

shaheizy sam

Demam denggi sekarang ini di Malaysia menunjukkan peningkatan yang amat membimbangkan. Kita semua kenalah berhati-hati. Kalau ada tanda-tanda seperti demam panas dan sakit-sakit sendi, segeralah ke hospital. Namun kalau sudah terkena demam denggi, mungkin boleh cuba memakan sup ketam dan pelbagai lagi tips yang boleh didapati di laman sosial.

shaheizy sam

Marilah sama-sama kita doakan agar Shaheizy Sam cepat pulih daripada demam denggi ini. Nanti dah sihat boleh buat kenduri doa selamat sekali untuk sambutan hari jadinya. Umur dah 32 tahun ini memang molek benar untuk Sam mula berfikir mengenai rumahtangga. Tak sabar rasanya nak tengok Shaheizy Sam dan pilihan hati di jinjang pelamin. Semoga akan tercapai hasrat tersebut dalam masa terdekat ini. Amin.

19 responses to Terkena Demam Denggi, Shaheizy Sam Sambut Hari Jadi Di Hospital

  1. bumblebee1206 says:

    Semoga cpat sembuh

    0

    0
  2. Strawhat Luffy says:

    Ya As-Syafi (Wahai Yang Maha Menyembuhkan), sembuhkanlah hambaMu itu dan tetapkan dia pada petunjuk yang lurus.

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Semoga cepat sembuh. Kalau ada isteri kan senang. Ada orang nak jaga Sam.

    0

    0
  4. Spot on with this write-up, I honestly think this website needs a lot more attention. I’ll probably be back again to see more, thanks for the information!

    0

    0
  5. Eju zurina says:

    makan sup ketam blh,@ mkn buah tembikai merah banyak..insyaallah dgn izinnye..amin

    0

    0
  6. nok gebuzzz says:

    semoga cepat sembuh……

    0

    0
  7. Kuma2comel says:

    Abang Nara ni, org pk pasal kesihatan dia..
    dia boleh ckp pasal rumah tangga lak. haish.. x kene time~~~
    heeeeee

    0

    0
  8. puteri najwa says:

    nnt saya dtg melawat awak ea.. hehe

    0

    0
  9. bobo says:

    comelnye iye

    0

    0
  10. sasa says:

    syg cpt sembuh ea.. :)

    0

    0
  11. Ziela Lala says:

    birthday kite same , hehe

    0

    0
  12. zura says:

    Mnum air daun betik..platelet cpt naik..sammm..

    0

    0
  13. lynn says:

    Get well soon and takecare….Guys…

    0

    0