Diinspirasi Daripada Kisah Benar, Filem Nasi Tangas Pamer Kejahilan Manusia

Hiburan

Diinspirasi Daripada Kisah Benar, Filem Nasi Tangas Pamer Kejahilan Manusia

Lumrah manusia biasa, penuh dengan perasaan tamak, hasad dengki dan tak bersyukur dengan apa yang ada, ibarat macam lagu Kacang David Teo. Hehe.
nasi tangas filemItulah antara punca yang sering menyebabkan seseorang terjebak dalam ilmu syirik seperti Nasi Tangas atau lebih dikenali sebagai Nasi Kangkang. Menarik jugak sebenarnya konsep yang dibawakan oleh MiG Pictures dalam filem seram terbaru syarikat tersebut iaitu filem Nasi Kangkang.
nasi tangas filemSedikit info mengenai nasi kangkang, ilmu ini sememangnya dah lama dan masih ada segelintir manusia yang mengamalkan amalam syirik ini. Cara pembuatannya adalah dengan mencampurkan bahagian-bahagian kotor dari anggota badan pengamalnya ke dalam makanan si mangsa. Bahan paling popular dalam pembuatan nasi kangkang ini adalah darah haid. Eeeee!!!
nasi tangas filem

Filem ini dibintangi oleh pelakon yang semakin mendapat tempat di hati peminat iaitu Azwan Kombos, Adiba Yunus, Shima Anuar dan Along Eyzendy.

Advertisement

Abang Nara dapat respon dari para peminat, katanya terjerit-jerit para penonton kat panggung dek kerana filem ini. Adegan seram dan terkejut dalam filem ini sememangnya menjadi. Mungkin jugak antara kita yang tak tahu mengenai ilmu nasi kangkang ini dan bahayanya kepada pengguna, filem ini boleh memberi gambaran jelas dekat korang apa akan jadi sekiranya korang mengikut telunjuk syaitan.

nasi tangas filem

Kisahnya bermula apabila Hairi (Azwan Kombos) berkahwin dengan Mira (Adiba Yunus) dan bermulalah kehidupan rumah tangga yang pada mulanya normal sehinggalah Mira terasa hati kerana suaminya lebih mementingkan Fatin (Shima Anuar) yang merupakan rakan kongsi perniagaan Hairi.
nasi tangas filemBeberapa kejadian seram dan menakutkan terjadi sehinggalah terbongkar rahsia yang Hairi ini sebenarnya terkena nasi kangkang. Soalnya, siapakah yang bertanggungjawab? Dapatkah rumah tangga Hairi diselamatkan? Jom tonton di pawagam bermula hari ini!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...