Written by Bella | June 11th, 2015

Digosipkan sedang hangat bercinta, Kamal Adli telah membuat keputusan menolak untuk digandingkan bersama Emma Maembong dalam mana-mana sesi fotografi bagi majalah ataupun akhbar kerana tidak mahu hubungan mereka disalah tafsir.

Ada yang minta untuk menggandingkan kami dalam sesi fotografi tetapi rasanya lebih baik kami tidak berbuat demikian. Ini kerana nanti akan timbul pelbagai cerita kurang enak seperti mana berlaku sebelum ini.

Mengakui Emma satu-satunya wanita  yang paling rapat dengan beliau sekarang, Kamal bagaimanapun menjelaskan sekali lagi mereka hanya bersahabat buat masa ini  dan langsung tidak memikirkan soal percintaan.

Benar kami rapat tetapi sebagai sahabat dan saya senang dengan sikapnya yang sentiasa menjadi diri sendiri. Kami masing-masing ada pengalaman pahit dalam percintaan sebelum ini dan lebih baik kami bersahabat sahaja buat masa sekarang.

Tidak ada apa yang ingin kami sorokkan pun dan meletakkan soal jodoh kepada ketentuan Allah.

Kamal Adli dan Emma Maembong dikatakan hangat bercinta apabila aktres itu telah membuat kejutan harijadi buat Kamal. Kemudian, foto mereka mesra berdua di sebuah gerai telah tersebar di Internet yang menguatkan lagi gosip tersebut.

Sumber Berita: mStar Online

 

 

13 responses to Digosipkan Bercinta: Kamal Adli Tolak Sesi Fotografi Bersama Emma Maembong

  1. Lovelyvic says:

    Oh… gambo dalam magazine tanak…
    tapi gambo bersama dalam ig, fb… ok plak..
    yg jadi gosip tu bkn gambo yg dlm magazine..
    tp yg dlm ig n fb kowang dan gambo candid dari org2 lain tu…

    0

    0
  2. why bother says:

    Emma, maaf cakap, sy rasa awak akan jatuh kerana kontroversi. Sila menuntut ilmu dengan siti nurhaliza dan amy mastura ( contohnya) cara2 untuk kekal lama dalam industri dan diingati kerana sikap rendah diri dan sikap2 positif.

    0

    0
    • love_amy says:

      i love amy mastura….sangat2 jarang kontroversi….

      0

      0
    • Dik Anon says:

      Gara2 org mcm ko yg pndi2 ckp org jatuh la naik la, pembaca yg ngok2 terikut sma sterusnye berjangkit kt 1,2 wrtwn bodo terikut2 lps tu kuar surtkhbar kah3..pdhlnye komen tah dr org hisap gam mna, bdk tgktn 1 x hbs skola mna, org tah sape je ko ni kekekke. Stakt gosip cmni bkn penentu jtuh bgn mreka, kontroversi dia adlah dr zizan, dia brkwn sma mcm artis lain tp akibat sma2 putus cinta org bri prhatian kpd mereka lbh. Yg lwknya, ini bkn kontoversi, ini bahan basi wrtwn yg bodo x tau ke org boring bca hal dorng ni

      0

      0
  3. sssss says:

    sok emma dpt org yg betul2 syg n anggap dia sebagai kekasih pastu masuk meminang emma….masa tu jgn pulak si kamal ni ckp dl mmg bercinta dgn emma..nant frust menonggeng lagi…patut la si intan x nak teruskan hubungan ngan kamal….so emma better u cari yg lebih serius dlm hubungan….

    0

    0
  4. melati says:

    Ni lah Melayu baru jadi Pemain Bola Sepak Negeri sombong tah aper2 pun..gi Terjun KLCC tu Kamal Adli..

    0

    0
    • why bother says:

      Bile masak kamal adli main bola sepak? Macam mana kau boleh mengigau tengahari buta ni -_- siap suruh die terjun bangunan, mohon kau dulu yang terjun bangunan kah kah kah

      0

      0
  5. Teropong Terapung says:

    Emma, Kamal tak selesa dengan kau. So back off!

    0

    0
  6. apa apalah says:

    Emma tolong jaga perangai tu boleh?? Asik nak berkepit2 aje. Masa tu sibuk dengan Zizan.. Skg, Kamal pulak. Minah mentel betul

    0

    0
  7. sm says:

    Emma gadis yang baik.. suka tgk lakonan dia.. kamal adli tak sesuai dgn dia.. she deserved the best of the world. dont waste your time with this guy.. there will be a perfect guy for you to looking up to.. just a matter of time.. sabar ye dear.. luv u

    0

    0
  8. Anonymous says:

    so boring with this emma muka yg x seberapa

    0

    0
  9. mojo says:

    Kamal sampah pun kau rembat.apa punya taste kau nie.

    0

    0