Difitnah Curang : Bakal Isteri Hans Isaac Saman Bekas Teman Lelakinya

Hiburan

Difitnah Curang : Bakal Isteri Hans Isaac Saman Bekas Teman Lelakinya

Difitnah berlaku curang oleh bekas teman lelakinya, Robin Coenraad, bakal isteri Datuk Hans Isaac telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Robin selepas dakwaan berkenaan mula menjadi perhatian ramai dan tular di media sosial sejak semalam.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Hans menerusi satu kenyataan kepada  Utusan Online berkata, tindakan tersebut bukanlah datang daripadanya kerana beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk menyaman Robin.

Setahu saya, pihak guaman Gabby telah hantar surat untuk memohon agar pihak lelaki tersebut meminta maaf dan menurunkan kesemua paparan, komen dan gambar peribadi yang melibatkan sejarah silam Gabby di media sosial. Tidak ada sebab untuk saya mengambil sebarang tindakan undang-undang sekarang. Namun saya ada mendapatkan khidmat nasihat guaman.

Robin menerusi status Facebooknya mengatakan Gabriella telah menipu dan berlaku curang terhadapnya sebaik sahaja bekas ratu cantik itu mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan Hans. Malah, menurut Robin, beliau da Gabriella masih lagi berhubung  beberapa hari sebelum pengumuman perkahwinan tersebut.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...