Written by Bella | November 18th, 2015

Kes mengenai Ika Nabella yang telah dipukul sehingga bertubi-tubi oleh pengarah Azma Aizal Yusoof cukup mendapat perhatian ramai. Dikenali sebagai pengarah yang berkaliber, ada segelintir pihak yang seakan tidak mempercayai Azma boleh melakukan hal sedemikian hanya kerana Ika tidak dapat menjiwai wataknya dalam drama Dawai Asmara dengan baik.

Selepas beberapa siasatan yang dijalankan, Azma akhirnya didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Ampang dan telah dikenakan denda sebanyak RM 2,000.

Saya akui kesalahan saya menampar Ika atas niat kerana ingin memberikan mutu lakonan terbaik bagi drama bersiri arahan saya. Namun bukan semua orang dapat menerima teknik yang saya gunakan. Jadi saya membuat keputusan menyerah diri kepada polis sehari selepas Ika membuat laporan.

Saya ada menghantar mesej kepada Ika meminta maaf kerana mengasarinya. Dia membalas mesej dan turut memohon maaf terhadap apa yang berlaku. Alhamdulillah perkara yang terjadi mematangkan saya. Insiden ini memberi impak bukan saja kepada saya dan Ika malah kepada seluruh warga produksi.

Walaubagaimanapun setelah apa yang berlaku kepada dirinya sehingga menimbulkan kontroversi, Azma telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada terus menjadi pengarah kepada drama tersebut.

Malah, beliau sendiri telah berjumpa dengan penerbitnya Datuk Rosyam Nor untuk menyatakan hasrat beliau itu.

Selepas didenda oleh mahkamah, saya menyatakan hasrat untuk menarik diri kerana bertanggungjawab dengan kesalahan yang saya lakukan. Saya berjaya menjalankan tugas sebagai pengarah untuk tujuh episod dan selebihnya akan dilaksanakan oleh pengarah baharu yang dipilih oleh pihak produksi.

Segalanya sudah selesai sekarang dan Azma juga sudah menerima hukuman atas apa yang beliau lakukan terhadap Ika Nabella. Harapya kes sebegini harus menjadi pengajaran buat pengarah di luar sana untuk tidak sesuka hati memukul artis meskipun lakonan mereka tidak menepati kehendak anda.

Sumber Berita: Berita Harian

51 responses to Didapati Bersalah Tampar Ika Nabella : Azma Aizal Yusoof Didenda RM 2,000

  1. Anonymous says:

    giler.. nk capai tahap yg dia nk dlm lakonan so smpai nk kna pukul2 pastu siap ckp bkn semua org bole terima cara dia.. xkn la part pukul ko nk kna pukul artis ko.. mcm mna la part klu nk kna rogol dan bunuh.. ayooo menakotkn.. kata ari tu tuhan akan menyebelahi ko?? salah tetap salah..

    0

    0
    • Pekerja Gomen says:

      You better learn the lesson Azma,
      I think u just screwed up your career….

      0

      0
      • Anonymous says:

        buang je..sebelum bunuh orang. pengarah sakit otak. bukan kali pertama pun. rosyam noor pun samdol.

        0

        0
        • bonda kulop says:

          pengarah mental. tampar budak perempuan ko berani la kan, cuba ko pergi tampar geng2 ayahnda kulup tu tengok… langit tu tinggi ke atau rendah?

          0

          0
        • Anonymous says:

          ko bukan bipolar…ko tahap psychopath la wey! sesuai sgt ko berhenti. masuk ke dlm pergi buat rawatan, sebelum ko mencacatkan org lain!!!

          0

          0
        • Conchita Wurst Ratu Eropah says:

          Nak tanya la, duet 2k tu akan pegi kat sapa ya ?
          And nak ckp ya Allah mengerutu nya muka pengarah tu, sila lah mendapat kan rawatan chemical peel Atau microdermabrasion okey…

          0

          0
        • Zack says:

          Pengarah Paling Bengap, mcm la drama ko boleh cecah box office 17 juta. Eeee…please!!! Lol

          0

          0
        • Anonymous says:

          Naseb baek la kaw bhenti, mcm samseng la kaw ni bro. Agak2 la woi sblum balun org. Pompuan plak tu. Gila ahh.

          0

          0
        • cikgu pra says:

          Kau sepatutnya gilap pelakon bukan belasah pelakon, mangkuk!

          Kalau jdi cikgu aku rasa mati semua budak2 dlm kelas. Sorang pelakon pun kau tk boleh nk handle hilang sabar kau apa cerita ni?!

          0

          0
      • Anonymous says:

        senang2 nk tampar anak org..lu pehal?

        0

        0
    • Kiah says:

      tampar bangla…5k
      tampar orang tempatan 2 k je?

      0

      0
      • Lola says:

        tampar bangla sampai hidung patah…
        yang ni lebam2 je…takde patah…sbb tu 2k je…klu patah kaki tangan hari tu dapat la lebih…

        0

        0
    • Anonymous says:

      Berjaya sbg pengarah? Kepala hotak engko!!! Pas tu siapa ckp alhamdullilah…

      0

      0
  2. aku la... says:

    2nd..

    0

    0
  3. lala says:

    Ko ada cakap Tuhan berada di pihak yang benar kan, haa sekarang ko dh tau mana yang benar dan yang salah kan…pasni jangan nak pukul2 orang suka hati ko ye…

    0

    0
  4. Anti pukul says:

    Rm2000 je??? Hbs ank org tu ko blasah.. Denda RM2000 je

    0

    0
  5. Anti pukul says:

    RM2000 je? Hbs Ank org ko belasah.. Denda RM2000 je.. X adil lgsg

    0

    0
  6. Anti pukul says:

    RM2000 je? Hbs Ank org tu ko blasah.. Kne denda RM 2000 je? X adil lgsg

    0

    0
  7. anon says:

    haritu ckp tuhan menyebelahi nko???
    tuhan mana yang setuju ko blasah orang ni ???

    0

    0
  8. kikilala says:

    pasni kalau x dapat menjiwai watak rogol, bole la rogol btol2? gitu? sesuka hatii je nk lempang anak org.

    0

    0
  9. move on says:

    ko ni suka2 hati je ko tampar ank org..

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Gila! Pergi jual rendang bersama Azwan Ali!

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Teknik la sangat. Teknik sakit jiwa! Podahhhh!

    0

    0
  12. KakBeb99 says:

    Agak-agak la jugak kalau nak mendapatkan mutu lakonan terbaik pun… Aku akui lakonan kau mmg agak berkesan. Yg aku boleh ingat lakonan2 kau yg agk berkesan tu ialah cerita Kerana Cintaku Saerah, Sutun 2, Antara Garisan. Yg lain2 semua biasa je. And kau kena ingat Azma. Setiap manusia ada tahap & kelebihan masing2. Kau as a director, kena la bertolak ansur dgn pelakon2 semua. Kalau pelakon tu boleh sampai tahap tu, sampai situ je la tahap nya. Jgn la dipaksa-paksa. And kalau tak puas hati jgk, ajar la dgn cara yg betul. Bukan dgn kekerasan!

    0

    0
  13. Anonymous says:

    mesti popular drama ni nnt bila ditayangkan sbb nak tgk betapa dramatiknya si azma ni mengarah…

    0

    0
  14. komensikit says:

    Tampar budak tu sbb tak menepati apa yg dia nak..pastu siap cakap bukan semua orang boleh terima teknik dia…teknik..????? Teknik atuk dia…kalau mcm tu la ko punya teknik…sape2 pun mmg tak boleh terima..

    0

    0
  15. mawar says:

    bagus la kau tarik diri…susah bekerja dgn org mcm ni..kalo nasib x baik boleh mati org dkerjakannya

    0

    0
  16. Aduiii ….blh pulak nak tampa2 konon teknik. Dato Yusuf Haslam jadi jutawan, xder pulak sampai menampar artis..

    0

    0
  17. kembayau says:

    alhamdulillah ko tarik diri, patutnya ko mmg tak layak dr mula. setahu i, ika mmg pelakun yg baik, sekali gilap pasti dh boleh menjiwai watak, p klo dh kena penampar dgn ko sekali patutnya ditampar,, opssss

    0

    0
  18. Anonymous says:

    Entah mamat ni, mcm la drama ko laku satu Asia. Entah2 layak ditayangkan kt Tv 2 jewww!!

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Teknik? Wtf? Opah engkoooo!!!

    0

    0
  20. Bollocks says:

    Isma ni aku rasa dia pengarah yang berbakat besar.. Banyak drama dia yg dia direct lain dari style pengarah biasa yg lain. Cumanya approch dia tu cam tak berapa sesuai.. Sebab melibatkan fizikal.. Maybe ter carried away dengan hitchcock time direct filem psycho kot… But bila melibatkan fizikal.. Mmg terserah la pada penerimaan pelakon tu sendiri.. Nak report atau terima sebagai kritikan membina .. Eh ntah

    0

    0
  21. Anonymous says:

    Drama arahan dia haram x pernah tengok!

    0

    0
  22. anonym says:

    jatuh maruah ika nabela….denda 2000 je,fight for your pride,your dignity ika,jgn kasi can !!

    0

    0
  23. Just Sayin' says:

    Violence has never been, is and never will be a solution to any problem!!!! What technique!?!? That’s the dumbest excuse I’ve ever heard!!!!

    0

    0
  24. Anonymous says:

    jgn bermimpi nak jadi pengarah kaalu perangai nak menampar orang beb. Macam lah tak de cara lain. baguslah kalau nak stop jadi pengarah. Pengarah luar negara mat Salleh tak de nye gitu nak menampor orang .. Belajaq kat mana?

    0

    0
  25. Mek Ti says:

    2K je??? silap2 tutup sebelah mata je jumlah tu bagi dia.. pastu buat lagi la kat org lain!

    0

    0
  26. bedah says:

    semayang ke tidak ko ni..geram sbb x menjiwai watak smpi ko pukul pompan gitu sekali??? ko lepas stress ko kat dia ke ape? ko yg gagal mengarah ko lps stress kat org lak?? ko mmg xlayak jd pengarah. elok ko benti.

    jaga solat tu..perlakuan mcm org x solat!!!

    0

    0
  27. Anonymous says:

    bukan BUKAN SEMUA tp mmg TAKDE SIAPA la boleh terima kena lempang ape bagai sebab nak jd pelakon terbaik.gila ke ko ni.

    0

    0
  28. Anonymous says:

    nk srh ika menjiwai watak tu mcm btl…gilo apo kamu smpi melempang ank org…aku tengok ika ni berlakon x ad la kayu..ok je..lain le si heroin mr perfect tu…klau ko lempang dia aku caya la..ap nk jai ngan ko ni azwa..nasib baik ko trkena ngan ika..aku rase klau nga retis lain..lgi teruk ko d buatnya..

    0

    0
  29. Anonymous says:

    pegi saman civil jer lah ika…ko bwak kes pegi court jenayah ape dapat…si najiblah dapat 2 ribu tuh, ko haram ape pon xdpt…rugi2.

    0

    0
  30. Anonymous says:

    dalam gambar pertama rosyam nampak macam kucing

    0

    0