Didakwa Tidak Menyambut Aidilfitri Bersama, Netizen Spekulasi Rumah Tangga Farid Kamil Dan Diana Danielle Bermasalah?

Hiburan

Didakwa Tidak Menyambut Aidilfitri Bersama, Netizen Spekulasi Rumah Tangga Farid Kamil Dan Diana Danielle Bermasalah?

Sebelum ini rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle pernah menjadi tumpuan ramai apabila Diana mengakui pernah mahu memfailkan penceraian. Namun, mereka kemudian sudah berbincang hati ke hati dan nampaknya pasangan suami isteri ini bahagia dan baik-baik sahaja melayari rumah tangga mereka.

Advertisement

Namun, baru-baru ini pelbagai persoalan mengenai status rumah tangga mereka kembali menjadi bualan netizen apabila Farid dan Diana didakwa tidak menyambut Aidilfitri bersama dan mereka juga  berbahagi tugas menjaga dua orang cahaya mata mereka.

Malah, muat naik Farid di akaun Instagram beliau yang membuat ucapan hari raya buat anak-anaknya, Muhammad dan Nur Aurora menunjukkan beliau berada di lokasi yang berasingan dengan Diana. Farid ada meletakkan lokasinya iaitu di Kampung Malau Kedah.

Diana pula memuat naik foto beliau bersama dua orang anaknya itu dengan kapsyen bahawa beliau akan merindui mereka kerana bakal beraya bersama Farid pula nanti. Diana harap anak-anaknya akan merasa gembira menyambut Aidilfitri di bawah jagaan Farid.

Setiap hubungan di dalam rumah tangga pasti akan ada pasang surutnya. Doakan yang terbaik buat Farid dan Diana.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...