Written by Bella | July 5th, 2017

Sebelum ini rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle pernah menjadi tumpuan ramai apabila Diana mengakui pernah mahu memfailkan penceraian. Namun, mereka kemudian sudah berbincang hati ke hati dan nampaknya pasangan suami isteri ini bahagia dan baik-baik sahaja melayari rumah tangga mereka.

Namun, baru-baru ini pelbagai persoalan mengenai status rumah tangga mereka kembali menjadi bualan netizen apabila Farid dan Diana didakwa tidak menyambut Aidilfitri bersama dan mereka juga  berbahagi tugas menjaga dua orang cahaya mata mereka.

Malah, muat naik Farid di akaun Instagram beliau yang membuat ucapan hari raya buat anak-anaknya, Muhammad dan Nur Aurora menunjukkan beliau berada di lokasi yang berasingan dengan Diana. Farid ada meletakkan lokasinya iaitu di Kampung Malau Kedah.

Diana pula memuat naik foto beliau bersama dua orang anaknya itu dengan kapsyen bahawa beliau akan merindui mereka kerana bakal beraya bersama Farid pula nanti. Diana harap anak-anaknya akan merasa gembira menyambut Aidilfitri di bawah jagaan Farid.

Setiap hubungan di dalam rumah tangga pasti akan ada pasang surutnya. Doakan yang terbaik buat Farid dan Diana.

16 responses to Didakwa Tidak Menyambut Aidilfitri Bersama, Netizen Spekulasi Rumah Tangga Farid Kamil Dan Diana Danielle Bermasalah?

  1. Aku says:

    Ala, mungkin sebab tugas kut.. Please netizen kita baik sangka yer.. Baik sangka mendatangkan doa yg baik dan doa yg baik dr kita mendatangkan berkat kepada diri kita jugak.. “Sedangkan lidah lagi tergigit…”

    27

    0
  2. Mak Becok says:

    Institusi Perkahwinan Melayu Islam bersamaan dengan Penceraian. Stupid people!!

    3

    3
  3. qila says:

    Tak payah nak spekulasi sangat.. xde kerja lain ke selain sebok hal rumahtangga orang.. Lebih baik mendoakan rumahtangga kita semua aman bahagia bersama anak2 dan keluarga tersyg

    19

    0
  4. sue says:

    hard to fit in maybe dengan belah sana? belah sana pun maybe hard to fit in dgn dia?… who knows.. biar jer lah depa settlekan.

    3

    0
  5. komarad says:

    kg malau tu kat mana? kodiang ka??

    0

    2
  6. Nur says:

    Diorang elok je smbut birthday Muhammad 2 hari lps..siap ada adik- beradik farid lg.tgok kt insta story diana & farid dkt sunwaylagoon smbut birthday ank dorg..x beraya bersama x bermakna rmh tangga ada mslh..bersangka baik & doakn yg baik2.

    16

    -1
  7. wekkkkkkk says:

    kalau x balik sama2, mesti ada masalah rmhtangga ya, TAK SEMESTINYA..saya masa rayapun, 2 hari sblum raya, 24hb balik gn anak je berdua..pandu sorang2 dari Jln Duta ke Kpg amek sejauh 180KM smpailah di kpg, ( byk jln pintas..tak lalui jam..bijak2..Bidor start Jam gila)..
    sbb apa balik tanpa suami, sbb byk keja di kpg tolong mak..byk sgt, kesian mak..org jiran sbelah rmh dn kpg pndg..agaknya dlm hati..ha dh ceraike balik tanpa suami, knapa x tanya, ni pndg smacm, (perasaan aku la) raya pertama baru suami aku dtg.sebelum tu keja..makcik2 kwn mak siap tanya..hai mana laki, x balik ke..
    saya jwn la..ala makcik, kita cuti lama, boleh pandu sendiri, balik la dulu…lagi keja byk ni kt kpg..
    ha..anak2 makcik mana dn menantu, sekor pun belum nampak..diam je dia..
    wekkkkkkk

    4

    0
  8. Teacher says:

    Kg Malau area Jitra….

    5

    0
  9. fatimah busung says:

    cepatlah bercerai. mak tak sabar nak masuk daun. farid kamil oiii.. choke me daddy!!!

    0

    6
  10. jamilah says:

    Diana ni lawa weh dulu..
    Lepas kawin ni nampak macam tak terurus sikit. Remember dia pakai baju ke ABP aritu simple je.
    Busy sgt kot.

    3

    1
  11. makdiana says:

    tulah diana oiiiiiiiiiiiiiiiii buang emak buang saudara kerana jantan hamba turutkan………………………………..

    1

    0

Leave a Comment

Optional