Written by AbangNara | February 27th, 2015

Baru-baru ini kecoh apabila Jep Sepahtu didakwa mengamuk di belakang pentas apabila kumpulannya diumumkan di tempat kedua dalam pertandingan MLM2014. Abang Nara pelik juga dengan desas-desus ini. Setahu Abang Nara, Jep memang baik orangnya. Muka pun suci, percakapan pun baik, berbakti kepada ibu dan kontroversi pun jarang ada. Senang kata gadis yang dapat bersuamikan Jep memang untunglah. Kelakar pun kelakar, baik pun baik.

jep sepahtu

Sebelum ini Jep juga pernah dihimpit kontroversi kononnya bergaduh dengan pelawak lain. Namun Jep lebih rela mendiamkan diri daripada membuat sebarang tindakan. Akan tetapi untuk fitnah mengamuk di pentas akhir MLM2014 ini, Jep telah mendapatkan khidmat peguam untuk tindakan selanjutnya terhadap suratkhabar yang mengeluarkan gosip tersebut. Jep juga turut memberi penerangan apa sebenarnya yang terjadi pada malam itu. Kata Jepp:-

Apa yang ditulis di ruangan pojok itu adalah fitnah semata-mata. Ia bertentangan dengan apa yang berlaku pada malam tersebut. Kami gembira dengan kemenangan Zero dan pada masa yang sama bersyukur dengan kemenangan kami.

Saya telah meminta nasihat peguam tentang perkara ini dan peguam saya telah menghantar surat kepada pihak akhbar itu sebagai tindakan awal. Saya hanya diberitahu akhbar terbabit sudah menerima surat tersebut. Selebihnya, saya serahkan pada peguam saya.

Tamat sahaja MLM2014, saya dan Shuib terus dibawa oleh dua kakitangan Astro ke bilik sidang akhbar. Sepanjang perjalanan ke sana, tiada apa-apa pun yang berlaku. Tambahan pula, dua individu yang mengiringi kami itu menjadi saksi bahawa saya tidak mengamuk pun pada malam tersebut.

Saya sendiri tidak pasti (kenapa dakwaan ini timbul). Jika ada orang yang tidak berpuas hati dengan saya, mengapa mereka perlu bercakap perkara yang tidak benar? Lebih baik berterus-terang daripada mereka-reka cerita. Ini fitnah.

Sudah beberapa kali saya terlibat dengan perkara (dakwaan dan fitnah) seperti ini. Bagaimanapun, saya jujur dengan karier saya. Alhamdulillah, saya masih di sini.

jep sepahtu

Biasalah Jep gosip-gosip sebegini lebih-lebih lagi untuk orang yang sepopular anda. Mungkin ada pihak yang cemburu dengan kejayaan Jep bersama kumpulan Sepahtu. Ini semua adat resam dunia hiburan tanah air. Apa pun, Abang Nara percaya ramai lagi di luar sana yang akan terus menyokong Jep. Jadi pedulikanlah segelintir daripada mereka yang tidak menggemari anda. Yang penting, teruskan berlawak. Teruskan menghibur dan buat orang ketawa. Suatu hari nanti pasti kebenaran akan terbukti jua. Sumber Kosmo.

P.S: Tak mampu bayar kereta? Ini tips yang perlu diketahui

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

20 responses to Didakwa Mengamuk Kalah MLM2014, Jep Sepahtu Terangkan Perkara Sebenar

  1. hanuuu says:

    sy trust jep. jep tak mcm tu

    0

    0
  2. tahppetah says:

    si jep ni klu bt lawak xbahan si shuib mmg xsah kan??diri sendiri pn bkn perfect sgt..shuib xpnh lak aku tgk bahan si jep ni sepanjang maharajalawak….taula si shuib tu xensem mane tp xperlula nk bahan sgt kawan tu…sekurang2nya suara shuib sdp la jgk dr jep…

    0

    0
    • Anonymous says:

      nama ko dgn komen ko mmg secocok…
      tah pape…. emo….

      0

      0
    • Anonymous says:

      shuib pun x bising.. ko plak yg lebih2..

      0

      0
    • MakKauNi says:

      Bocey pon suka bahan Abam, xde pulak ko nak kesahkan!
      Dari tahun lepas bawak ke tahun ni,
      Nampak suci je ea lawak dorang tu??

      Tu AC tu, dari Maharaja Lawak dulu dah asek membahan peserta,
      Bukan bahan biasa2, boleh dah tahap menghina,
      Nampak murni je ea lawak dia tu???

      0

      0
    • MakCikLawaPaaak says:

      Bocey tu aku tgk lagi kuat membahan Abam, dari tahun lepas lagi aku tgk..
      Takde pulak orang berbulu perangai Fad ngan Achey yg ‘SEMPURNA’ sangat tu!
      Dorang tu org kata LAWAK lah sangat pon sebab Abam je.
      Kalau dorang tak bahan Abam jadi sendu je lawak dorang tu…
      Tengok final MLM baru ni je la..

      AC tu pon, sejak Maharaja Lawak lagi dah bahan peserta..
      Bukan bahan biasa2, dah tahap menghina aku tengok
      Takde jugak orang nak cakap pasal dia!
      Dengan beraksi lucah atas pentas

      Selalu sgt aku baca orang nak salahkan Jep sbb selalu bahan Shuib..
      Dorang tu mmg dah kawan baik, dah paham cara bergurau.

      0

      0
      • unknown says:

        dengan erti kata lain fizikal abam dijadikan bahan lawak..

        0

        0
      • Anonymous says:

        diorg ni bodo…bile jep je smua mrh konon hina org..yg lain pun hina org gak tp xde lak kena ape2…nmpk sgt ramai dengkikn jep…aku rasa jep tu luar biasa kalo jd artis eksklusif astro..kalah ac mizal tu…tp bnyk job jep tolak sbb takutkn mcm2 fitnah kena kat die…

        0

        0
  3. Sepah Fans says:

    Shuib x panas.. Ko plak yg panas… Apahal! Pening arrrrr lu ni… Mmg tahppetah ko ni ke la ngan nick tu..

    Bersabar la wahai jep.. Selalunye org yg suka fitnah ni x lama. Tgu je balasan dia.

    0

    0
  4. asha says:

    tindakkan yang bijak.. jep dah lama sgt sabar dengan agenda manusia busuk yg nak menjatuhkan dia..
    hari tu ada mulut busuk ckp:
    1. artis malaysia ni kalau benda tak betul awal2 lg dah saman
    2. dia tak komen apa2 betul la kot
    ha skrg, dia dah bertindak.. mane haters puaka ni?? tak nak komen ke

    0

    0
    • Anonymous says:

      Stuju. Kdg2 lg diam lg ditabur fitnah..jahat sungguh tangan2 yg tulis bukan2.. dpt surat lawyer pdn le muke..jwb jgn x jawb ye

      0

      0
  5. yani alyani says:

    Nara ni penipu btol.ari ni sedap memuji2 jep..ari tu ms ko copy gosip ni..ko kutuk jep..haih…

    0

    0
    • asha says:

      dia ni lalang… talam dua muka… bila dapat gosip terus copy paste… langsung tak nak sahkan kesahihan gosip tu…
      patutnye, bukan setakat saman org yg tabur fitnah jek, tp saman skali dgn yg sebarkan fitnah & cerita palsu ni…

      0

      0
      • Anonymous says:

        betul sy sokong…nara lahanat ni mmg mcm tu..baru skrg ko nk bodek2 jep yer…takut kena saman la tu….

        0

        0
  6. Hida says:

    Saman je jep. Kesabaran kita ada gak tahap. Kalau smp fitnah mcm ni saman je.

    Biar cik pang byr saman.

    0

    0
  7. booo haters says:

    ternaya slama ni jep diam sbb xnk timbulkn kekecohan..dulu psl kes tunang….skrg isu mengamuk….wei sepahtu pun x hadap la hadiah yg bkn rezeki diorg…sdgkn bnyk job yg jep dpt pun jep tolak…lg satu kes yg ckp gado dgn ac mizal tu…xde mkna nye die nak irihati dgn ac mizal tu…ac tu lg kuat bhn org,korg xde lak nk hentam ac…ternyata jep punya aura luar biasa…sbb tu org ramai dengki n laga2kn mereka semua…

    0

    0
  8. bukan karatz jep says:

    aritu aku komen kat instagram jep , kata dengan dia , tak baik cakap pasal ” banjir di kelantan untuk menyucikan tanah untuk menerima jenazah tok guru ” sebab di facebook pas tak membenarkan kata-kata tu. pastu si jep ni delete komen aku. padahal aku nasihat je. bukannya kutuk dia . nampak sangat dia ni tak boleh terima nasihat.

    0

    0