Didakwa Mengamuk Kalah MLM2014, Jep Sepahtu Terangkan Perkara Sebenar

Hiburan

Didakwa Mengamuk Kalah MLM2014, Jep Sepahtu Terangkan Perkara Sebenar

Baru-baru ini kecoh apabila Jep Sepahtu didakwa mengamuk di belakang pentas apabila kumpulannya diumumkan di tempat kedua dalam pertandingan MLM2014. Abang Nara pelik juga dengan desas-desus ini. Setahu Abang Nara, Jep memang baik orangnya. Muka pun suci, percakapan pun baik, berbakti kepada ibu dan kontroversi pun jarang ada. Senang kata gadis yang dapat bersuamikan Jep memang untunglah. Kelakar pun kelakar, baik pun baik.

jep sepahtu

Advertisement

Sebelum ini Jep juga pernah dihimpit kontroversi kononnya bergaduh dengan pelawak lain. Namun Jep lebih rela mendiamkan diri daripada membuat sebarang tindakan. Akan tetapi untuk fitnah mengamuk di pentas akhir MLM2014 ini, Jep telah mendapatkan khidmat peguam untuk tindakan selanjutnya terhadap suratkhabar yang mengeluarkan gosip tersebut. Jep juga turut memberi penerangan apa sebenarnya yang terjadi pada malam itu. Kata Jepp:-

Apa yang ditulis di ruangan pojok itu adalah fitnah semata-mata. Ia bertentangan dengan apa yang berlaku pada malam tersebut. Kami gembira dengan kemenangan Zero dan pada masa yang sama bersyukur dengan kemenangan kami.

Saya telah meminta nasihat peguam tentang perkara ini dan peguam saya telah menghantar surat kepada pihak akhbar itu sebagai tindakan awal. Saya hanya diberitahu akhbar terbabit sudah menerima surat tersebut. Selebihnya, saya serahkan pada peguam saya.

Tamat sahaja MLM2014, saya dan Shuib terus dibawa oleh dua kakitangan Astro ke bilik sidang akhbar. Sepanjang perjalanan ke sana, tiada apa-apa pun yang berlaku. Tambahan pula, dua individu yang mengiringi kami itu menjadi saksi bahawa saya tidak mengamuk pun pada malam tersebut.

Saya sendiri tidak pasti (kenapa dakwaan ini timbul). Jika ada orang yang tidak berpuas hati dengan saya, mengapa mereka perlu bercakap perkara yang tidak benar? Lebih baik berterus-terang daripada mereka-reka cerita. Ini fitnah.

Sudah beberapa kali saya terlibat dengan perkara (dakwaan dan fitnah) seperti ini. Bagaimanapun, saya jujur dengan karier saya. Alhamdulillah, saya masih di sini.

jep sepahtu

Biasalah Jep gosip-gosip sebegini lebih-lebih lagi untuk orang yang sepopular anda. Mungkin ada pihak yang cemburu dengan kejayaan Jep bersama kumpulan Sepahtu. Ini semua adat resam dunia hiburan tanah air. Apa pun, Abang Nara percaya ramai lagi di luar sana yang akan terus menyokong Jep. Jadi pedulikanlah segelintir daripada mereka yang tidak menggemari anda. Yang penting, teruskan berlawak. Teruskan menghibur dan buat orang ketawa. Suatu hari nanti pasti kebenaran akan terbukti jua. Sumber Kosmo.

P.S: Tak mampu bayar kereta? Ini tips yang perlu diketahui

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...