Written by Bella | March 21st, 2016

Pernah berpisah seketika dan kembali merujuk, kini pasangan Diana Rafar dan Zamarul Hisham lebih matang dalam menjaga hubungan mereka suami isteri dan rumah tangga yang dibina.

Buat Diana, beliau kini enggan terlalu memikirkan sesuatu perkara sehingga merasa tertekan dan menjejaskan emosinya. Malah beliau kini lebih mempercayai suaminya berbanding dahulu.

Selepas apa yang berlaku, baru saya sedar jangan terlalu fokus kepada sesuatu perkara sehingga memudaratkan diri. Paling penting jangan ambil keputusan ikut emosi semata-mata.

Sejujurnya, dahulu saya sebegitu. Kini, baik saya mahupun suami, kami lebih tenang. Kami tidak lagi bersikap terlalu mengejar sesuatu perkara, sebaliknya mengikut saja aturan ditetapkan.

Malah, saya lebih percayakan suami berbanding dulu terutama jika dia ada penggambaran. Tidak ada lagi istilah suami perlu melaporkan aktiviti hariannya.

Mempunyai seorang anak lelaki bernama Kashfi Haiqal yang kini sudah berusia enam tahun, Diana merencana untuk menambah lagi cahaya mata bersama Zamarul.

Dulu saya selalu bertangguh soal ini. Sekarang saya perlu reda apabila Allah belum memberikan rezeki tatkala saya betul-betul inginkannya. Saya rindu detik ada anak kecil. Pada usia Kash sekarang memang sesuai untuk saya dan suami menambah anak. Apatah lagi, umur kami juga semakin meningkat.

Kami mendoakan agar Diana Rafar dan Zamarul Hisham kekal bahagia sehingga akhir hayat. Mana lah tahu selepas ini hasrat Diana untuk hamil lagi akan menjadi kenyataan. Erm, bertambah berseri lagi lah rumah tangga mereka. Hehe.. InshaAllah.

Sumber Berita : Harian Metro

 

3 responses to Diana Rafar Lebih Percayakan Suami Sekarang, Ingin Tambah Cahaya Mata

  1. nok gebuzzz says:

    semoga bahagia hingga ke jannah..Inn shaa allah

    0

    0
  2. KakEngku says:

    Tambah la cepat2. Tak yah tangguh.

    0

    0
  3. Kita tengok jelh... says:

    Yake boleh dipercayai seratus peratus.. harap2 boleh dipercayailhkn sehingga ke hujung nyawa dn akhirat…bertapa suci murninya kesetiaanya Cinta Abadi Zamarul tu terhadap Diana Rafar ya… Amin…………. :)))))))

    0

    0